by ARIS NAKAJIMA
Puteri Hatiku
tiada siapa yang tahu bahawa kasih ini ku tujukan kepadamu
meskipun ku rasakan mustahil untuk ku gapai
tetapi ku tahu Allah mengetahui hasrat hatiku
padamu terhimpun pekerti tinggi
padamu tergambar kelembutan dan kebijaksanaan hakiki
senyumanmu manis menenangkan hati
bicara lembut menawan hatiku
hatiku yang satu..hanya utukmu ku abadi
Puteri Hatiku
sedari awal kulihat dirimu insan mulia
terlalu baik buat diriku yang hina
tetapi diri ini menyintai kebaikan dan keindahan akhlakmu
lantas padamu kuletakkan harapan
adakah kau tahu? adakah kau merasai?
insan daif ini menangis dalam kerinduan dan penuh pengharapan
Puteri Hatiku
tidak mampu kusampaikan bicara hati ini
rendahnya pekerti meskipun cinta dan perhatian daripadamu kudambakan
terasa betapa kerdilnya diri ini
terasa tidak layaknya untuk memiliki hatimu yang suci
Puteri Hatiku
adakah kau akan hadir untuk menyelamatkan jiwa yang lesu ini?
adakah kau dapaat merasai kewujudan perasaan kudus ini?
lantaran aku ini tidak pandai menunjukkan perasaanku padamu
walau hatiku amat berdebar dan kakiku goyah
tatkala berkata pada dirimu...yang ku CINTAI
ok..entry kali ini adalah hasil kiriman oleh saudara ARIS NAKAJIMA..sebenarnya dah lama saudara aris nie mengantar karya beliau di page DKnS..dan baru mlm ini saya berkesempatan utk berkongsi kiriman beliau..maaf yer saudara aris...katanya ini adalah hasil tanganya selepas ****** cinta pertama kali dgn seorang gegurl..HeHe..xpe2...ikhlas ni.. :)
nasehat kepada saya dan rakan2:
Bahagia itu hadir di dalam hati kita walau kadang orang memandang kita tidak bahagia.Kerana bahagia itu tidak semestinya bersama dengan orang yang kita sayangi.Kadang bahagia itu terserlah melepaskan dan merelakan dengan ikhlas melihat orang yang kita cintai hidup bahagia walau bukan dengan kita....♥
Pesan pada diri andai terluka,teruslah melangkah walau kemana pergi,dihadapan banyak jalan perlu dlalui,carilah kejayaan kebahagian diri,bermanfaat didunia,diakhirat menanti,tiada dendam tersimpan dihati,semoga hidup Allah memberkati..
Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan