Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ..
Thursday, December 19, 2013
Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur
Tuesday, December 17, 2013
10 Tanda Dia Jodoh Anda
- Bersahaja
- Senang bersama
- Terima kita seadanya
- Sentiasa jujur
- Percaya Mempercayai
- Senang Bekerjasama
- Memahami diri kita
- Tampilkan kelemahan
- Kata hati
- Mimpi
Kita Merancang Allah Juga Merancang tetapi sebaik-baik Perancang adalah Allah s.w.t
Friday, December 13, 2013
Allah Ajarkan Kita Melalui Kekecewaan
Lelaki mana yang datang kepada si perempuan untuk tujuan bercinta dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah fasiq. Berbeza jika lelaki itu datang untuk melamarnya dan meminta izin dengan ibubapa perempuan tersebut, maka lelaki itu jauh lebih beragama dan bermaruah. via AkuIslam.com~
***
(Bahagia yang dicari bukan dengan cinta duniawi yang dipuja, hakikatnya bahagia itu hanyalah dengan mencintai Allah. Jangan mudah tertipu dengan cinta-cinta yang tidak memberi makna dalam hidupmu)
Saya tahu awak dah tak mungkin ingat pada saya. Sebab awak dah ada dia. Saya cuma nak bagitahu awak sesuatu.
Awak, ingat tak suatu masa dahulu,sewaktu awal perkenalan kita. Malu-malu je. Awal-awal tu memang sangat bersalah taw, sebab saya tak pernah pun message dengan mana-mana lelaki. First kenal, awak baik. Awak sangat care tentang saya. Saya bahagia. Hati selalu berbunga-bunga je. Jumpa awak malu. Nampak awak jadi segan. Tapi saya tak tahu yang bahagia saya itu akan bertukar jadi derita. Saya tak tau yang bahagia itu diredhai Allah ke tidak.
Awak ingat lagi kita dulu suka merancang (mungkin awak dah tak ingat). Bila dah kahwin nak life macam mana, nak stay dekat mana. Nak anak berapa orang. Nanti kahwin nak theme apa nak pakai baju apa. Semuanya kedengaran nonsense kan. Yeah, love is childlish. =) Semuanya tampak indah. Awak pun tak rasa kekok pun layan saya yang macam budak-budak ni. Awak kata saya ni sesuai kawan dengan adik awak yang umur 7 tahun tu (masa tu). Agaknya sekarang dia ni dah besar kan. Tapi awak ajar saya satu benda, perancangan yang kita rancang tu hanya tinggal perancangan. Awak mengajar saya bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Awak dah ingat kan saya tentang kuasa Allah secara tidak lansung. Walaupun Allah pilih untuk sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa.
" Awak ni sesuai kawan dengan adik saya yang umur 7 tahun lah..'' btw, rambut awak macam cendawan lah |
Awak ingat tak lagi masa birthday awak (mungkin awak dah tak ingat), sayalah orang pertama wish dekat awak. Awak tahu, masa malam esok nak birthday awak tu, saya dekat dalam bas, saya on the way nak balik ke rumah. Rumah saya jauh. Itu tandanya saya sangat care dengan awak dan saya nak awak ingat saya sorang je. Tapi saya salah, awak dah mengajar saya tentang siapa yang sewajarnya saya ingat lebih secara tidak lansung. Walaupun Allah pilih untuk sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa.
Awak ingat lagi tak kita selalu keluar jalan-jalan sama-sama (mungkin awak dah tak ingat). Awak bawak saya pergi pantai untuk mencari ketenangan bila saya ada problems. Automatik bila saya ada problems, saya akan cari awak sebab dengan adanya awak, saya rasa macam semua problems saya hilang macam itu je. Awak motivate saya dan saya rasa awaklah superhero saya yang sangat hebat. =’) Sifir saya, ada masalah jumpa awak. Tapi saya salah, awak dah mengajar saya tentang siapa yang sewajarnya saya cari bila ada masalah secara tidak lansung.Walaupun Allah pilih untuk sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa.
Awak berjanji untuk sehidup semati (kononnya lah) dengan saya (mungkin awak dah tak ingat). Awak berjanji macam-macam. Awak kata nak protect saya. Awak kata nak tunaikan impian saya. Awak kata awak nak kahwin dengan saya. Saya tahu, semuanya itu tak akan boleh berlaku kalau Allah dah tak izinkan right? Tapi saya bersyukur semuanya tu jadi kenangan sebab saya dapat belajar bahawa jangan terlalu menaruh harapan pada manusia, sebab mostly mengecewakan. Allah dah kata bergantung dan berharaplah pada Dia, sebab Dia tidak akan mengecewakan. Janji manusia? Apalah yang nak diharapkan.
Saya kecewa sangat bila awak berharap hubungan kita putus macam tu je. Malam tu awak call. Awak kata, “Rasanya, hubungan kita sampai di sini je. Saya dah ada orang lain. Maafkan saya.” Masa tu saya terlalu sayangkan awak sepenuh hati saya. Saya putus asa. Kenapa awak buat saya macam tu. Setelah macam-macam kenangan yang kita cipta. Bukan mudah untuk saya jatuh cinta tapi sekali saya jatuh cinta, saya akan benar-benar setia. Saya kecewa. Kecewa sehingga saya menyakitkan diri saya sendiri. Awak mungkin tak tahu derita-derita yang saya lalui selepas malam itu. Tapi, akhirnya saya sedar hati manusia ni Allah yang pegang. Perasaan boleh berubah bila-bila masa sahaja. Malah saya bersyukur Allah pilih saya sebab Allah tahu saya kuat yeay ^___^
Apalah sangat ujian yang saya rasa ni berbanding orang lain. Bila saya fikir baik-baik dan duduk diam-diam, saya percaya bahawa saya orang yang paling bertuah. Walaupun pada awalnya saya rasa bertuah mendapatkan cinta awak tapi saya rasa kini saya lebih bertuah kerana mendapatkan cinta yang lebih agung. Manusia. Selalu mengecewakan dan dikecewakan. Saya tak ada simpan dendam apa-apa pun terhadap awak. Dan perasaan tu pun dah lama lupus dalam hati saya. Mungkin perasaan sayang-sayang cinta tu dah tak ada dalam rekod hati saya, nama awak pun saya dah erase kan. Perjalanan hidup panjang lagi. Dan saya nak ucapkan terima kasih sebab pengalaman itu mematangkan saya. Banyak saya belajar. Terlalu banyak perkara yang saya tahu selepas kekecewaan itu. Hati saya ni terlalu banyak dilukai. Tapi tak apa, I’m used to it. Bila dah terbiasa, saya faham itulah aturan Allah. Saya belajar bersabar. Meskipun Allah memilih saya untuk selalu sakit hati tapi saya yakin pilihan Allah bersebab.
credit to: cinta belog
malas menulis..copy je..xde kene mengene dgn yang hidup atau pon yang dah tiada :)
Thursday, December 12, 2013
Sekitar Perkahwinan RozitaCheWan&ZainSaidin
Ibarat Pisang goreng panas yang laku dijual time hujan, begitu yang boleh diibaratkan dengan tersebar meluasnya perjalanan aktress wanita jelita Malaya iaitu Rozita Che wan atau mesra dipanggil Che Ta', 40 tahun dan suaminya yaang juga seorang pelakon Zain Saidin,29 tahun. Perbezaan 11 tahun tidak menghalang mereka untuk sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada 11.12.2013. Mari kita lihat 'kronologi' pasangan bahagia ini.
Sekitar majlis Merisik
Majlis tertutup di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur
Perkahwinan Di Bali
Pre-Wedding di Kota London
Bersaksikan Eiffel Towel di Paris.. (aku pon nak jugak kekeke)
Majlis Berinai
Dengan hanya sekali lafaz, akhirnya termeterailah ikatan suami isteri di antara Zain dan Che Ta yang bertempat di Gazebo Setia City Convention Centre.
Che Ta diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan |
Che Ta menerima 9peti hantaran wang hantaranwang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin sebanyak RM9,300 dan juga menerima cincin nikah bernilai RM93,000 . Selain itu, peti hantaran tersebut turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.
Pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.
Akhir kata, dari Krew Adriana Qaisara
''Semoga Berbahagia Hingga Kekal Akhir Hayat''
Monday, December 09, 2013
♥ 9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan
Sunday, December 08, 2013
Siapa Wanita Cantik?
karamel
Bahan-bahannya:
400ml susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
Bahan untuk karamel
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Sediakan karamel:
- Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
cara membuat:
- Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
- Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
- Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
- Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
- Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.
Wednesday, December 04, 2013
Tanda Mata Berkedip/berkelip?
Dari pagi tadi sampai la sekarang, mood aku unbalance. Awat ni? Start dari pukul 2 pagi tadi sampai la bagun Subuh tadi, mood aku xberapa seimbang. Bukan sebab hal keje. Tapi entahlah, xtahu kat sape nak luah. and now kat opis pon, aku macam kat awan-awangan. Ape lagi masalah ni kalau bukan masalah tu. Ok sebenarnya dari pagi tadi, mata kanan aku x henti-henti berkedip. Menurut pendapat orang dulu-dulu la kan ada petanda tu, baik ke buruk. Seyes la weh, memang xhenti-henti berkedip. xtau pasai apa. So sejak dari pagi tadi, aku pikir, apa la nak jadi pah ni..takot senarnya :( Then aku google, petanda mata kanan berkedip. Nah aku nak share
Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.
MATA KANAN
Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan ada yang menggoda atau mengganggu.
8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.
10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.
12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.
4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.
6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.
8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.
10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil
2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
orang dulu-dlu suka mengaitkan petanda-petanda ni, kita xtahu sejauh mana benda ni, mungkin berlaku secara kebetulan dan orang dulu-dulu teros mengaitkan petanda ni dengan apa yang akan terjadi. nak percaya atau tidak, terpulang. tapi kita kena percaya pada Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah. Yang pasti apa yang berlaku dan akan berlaku ada hikmah yang kita sendiri tidak tahu.
Based dari apa yang aku copy ni, aku rasa benda baik akan berlaku, sebab kanan kan. Kalau kiri, wallahua'alam. Then aku pon dapatkan pandangan kak ina, kak ina banyak pengalaman hehe, then she said.. biasanya kalau kanan nie benda baik akan berlaku. tapi kenapa aku rasa shusah hati :(
disini saya ingin memohon maaf kepada pihak mana yang berkenaan, jika saya ada melakukan kesalahan, saya memohon maaf. Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, boleh terus cakap.