I think la kan, semua orang mungkin noticed or x tentang apa yang aku lakukan selepas konvo. Gaji pertama aku bermula sebagai seorang pendidik@guru@cikgu. Dan exceli jugak, aku dah jadi guru sebelom konvo lagi, cuma kontrak sebagai guru dah tamat dua minggu sebelom aku konvo.
Sunday, August 10, 2014
kerjaya vs kerjaya
Thursday, May 15, 2014
saya xnak pengakhiran, tapi saya nak permulaan~Mrr.W
Wednesday, May 07, 2014
99 kali rindu?
Monday, March 24, 2014
Take My Heart
Wednesday, February 26, 2014
kenapa sy memilih dia? sebab ALLAH dah pilih dia untuk sy
Saturday, February 22, 2014
Perlu ke Cemburu
Begitu detail Aisyah, isteri rasulullah yang jelita menceritakan rasa cemburunya. Dan itu diungkapkannya kepada semua orang yang berniat mendengarkan kisah tauladan dan perasaan yang dialami Aisyah.Dari Abu Hurairah, Aisyah berkata : “Aku tidak pernah merasa cemburu kepada seorang wanita sebesar rasa cemburuku pada Khadijah. Aku tidak pernah melihatnya, tetapi Rasulullah sering menyebut dan mengingatnya”. Ketika menyembelih seekor kambing, beliau selalu memotong sebagian dagingnya dan menghadiahkannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Aku pernah berkata kepada Rasulullah, ‘Seperti tidak ada wanita lain di dunia ini selain Khadijah’. Rasulullah menjawab, ‘Khadijah itu begini dan begitu, dan dari dialah aku memperoleh anak.’” (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan Baghawi)
Bagaimana seorang wanita menceritakan rasa cemburunya, kejadian demi kejadian yang secara jujur pasti menyakitkan dan membuat hati rasa teriris pisau. Namun Aisyah dengan cara yang sangat professional ternyata mampu mengatasi itu semua serta menceritakan semua kejadian dan perasaan yang dialaminya untuk dijadikan pelajaran bagi siapa saja yang mendengarkan bahkan sampai beratus tahun kemudian.
Aisyah akan terus bercerita tentang kisah hidup rumah tangganya berulang kali sampai sekarang, seakan-akan apa yang dialami oleh beliau baru beberapa hari yang lalu terjadi. Sehingga kitapun seakan hadir pada waktu peristiwa itu terjadi. Subhanalloh demikian indah beliau menggambarkan perasaannya yang secara fitrah pasti tidak enak, karena sikap profesionalnya yang dilandasi keimanan yang tinggi.
demikian profesionalnya dia dalam menjalankan tanggung jawab sebagai isteri terdekat rasul yang meriwayatkan berbagai hadith, untuk dijadikan hikmah bagi umat. Aisyah mampu mengelola rasa cemburunya sehingga rasa cemburu itu dikemas dengan indah sehingga menjadi cemburu yang profesional.
Sanggupkah kita memiliki cemburu yang profesional?, iaitu cemburu namun tetap professional, tidak menyakiti diri sendiri, tidak keanak-anakan atau mencelakakan orang lain dan atau marah marah tidak keruan, serta negative thinking ketika cemburu menyerang kita. Ternyata hanya keimanan yang tinggilah yang mampu membuat kita memiliki kepandaian untuk mengelola rasa cemburu sehingga menjadi cemburu yang profesional.
Thursday, February 20, 2014
My First Gadget ( Based on True Story)
Nampak? yang atas ni la handset aku yang pertama tahun 2007. Ada lampu kat atas berguna utk suluh dlm bilik asrama. nada dering pon monofonik.. tret tret tret.. hahaha mmg kelakar. Masa tu duk hostel ngn kengkawan. Rindu pulak zaman tu. Nokia ni mmg tahan sampai skrg ada lagi kat umah aku, cuma xda sape guna. utk kecemasan kalau habis bateri hehe
Bila masuk sem dua, da remaja cikit, baru teringin nak bli nset lain lak. Masa nie jiwa memberontak sebab jeles tengok kengkawan, roomate ada nset canggih2. bercakap pasal handset, masa ni la jiwa kami memberontak, memang jenis nk menunjuk gila hehe.. kalau dulu monofonik, second ni, advance cikit polifonik and ada camera. casing dia leh tukar-tukar. tapi ni da rosak.
Dengan teknologi yang semakin berkembang dan umo yang semakin meningkat, dunia teknologi makin berubah, Ni la nset aku yang ketiga. masa tu aku di semester 4 dekat arau. Dari Nokia, aku bertukar kepada Sony Ericsson. Actually aku xpasti sony apa, tapi lebih kurang mcm atas ni la. Warna Putih. masa aku beli tu MYR400. Masa ni jiwa aku kata nak nset yg ada memori, mp3,camera. So setelah berpusing satu Arau dengan kengkawan Leen, Nadia, and Yana, ina mungkin kot.. akhirnya aku beli ni. Thanks Korang :)
Macam yang aku kata tadi, zaman dah berubah, teknologi makin canggih, orangnya pon makin bijak. Dan aku pon yang makin cerdik ni, mula berminat utk mencuba sesuatu yg baru. Nokia Express 5800 menjadi pilihan dihati setelah diperkenalkan oleh saudara Hamdi dari WD (M) Sdn Bhd. Aku beli nset dari dia la. Ada memori 8gb, 1st and 2nd camera, and ada pen lagi tu. Pe lagi, siap tenyeh la ari2 haha. Last2 pensil dia hilang huhu hilang kat kedah. Masa ni aku da habis belajar dan sambung ke uitm kedah.
Bila dah jemu..bukan jemu, tapi nset nokia tu da rosak sebab skrin dia jadi cam ne ntah . So aku bertukar arah pergi ke Samsung. kali ni Samsung young pulak or SGY. ni aku beli masa semester dua dekat lembah bujang, rumah sewa 47B. Yang ni pon touch-skrin jugak. Lebih smooth lagi berbanding dengan sebelomnya.
Ok lastly, sampai sekarang ni dan saat ni yang aku tengah taip ni, nset ni la yg aku guna sekarang. Apa? xnampak? nasibla, dapat tgok sisi pon jadi la haha. Baru ja beli, agak la baru beli, 13/9/2013 hari Jumaat. tarikh dan hari yang aku xkan lupakan sebab berlaku dua kejadian. yg pertama moment aku beli benda ni, and kedua sebab personal ckit. sedih sgt :( lantak lah dia. Akan datang..mungkin bila da keja nanti, mungkin la kan.. mungkin... noted that, semua ni aku beli sendiri, cuma yg pestime tu je akak yang beli.
Sunday, February 16, 2014
Rumput dan Kasih Sayang
Saturday, February 15, 2014
Finally End of Study
BIG HUGS to my MOM and DADDY, my family sebab selalu ada bersama adik, membesar, mendidik, merotan, membesarkan sampai dah jadi anak dara! hehe.. Adik xkan hampakan korang semua..
and to my teachers, all my friends and u! because of everything. yang dikecewakan, or mengecewakan , yang pernah hadir dan pergi selepas itu, awak adalah sebahagian daripada ini.
Plan selepas nie? InsyaAllah bulan 4 ni bertunang.. :) Aminnn... dengan sape? aku pon xtau >.< kalau 40 org yg baca ni sebut 'amin' ... insyaAllah benda yang kita xsangka mungkin termakbul.. hehe
Selepas ni kita jumpa di Shah Alam tau.. bawak bunga sixe XL and Bear sixe XXL.. bunga ros tau sebab nama ros :p InsyaAllah :)
“Yang bernama ilmu itu bukanlah kepandaian atau banyaknya meriwayatkan(sesuatu),melainkan hanyalah nur yang diturunkan Allah SWT ke dalam hati manusia.Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah SWT dan menjauhkannya dari kesombongan diri”
Wednesday, January 29, 2014
Cara Teguran Dalam ISLAM
Kek Pandan Ros
Bahan-bahan ( menggunakan marjerin)
2 cawan tepung naik sendiri/ tepung gandum pon boleh
1 cawan gula halus
4 biji telur ayam (dibasuh)
1 1/2 marjerin
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan pati pandan ( pandan diblend dan ditapis)
1. Masukkan marjerin dan gula kedalam mesin pengadun. Pukul sehingga kembang, kemudian masukkan telur dan pukul lagai sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanila, pati pandan, dan juga tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi, dan putar sehingga sebati.
3. Sapukan loyang dengan mentega secara rata utk mengelakkan kek daripada melekat setelah masak. Tuangkan adunan kek tadi kedalam loyang.
4 Bakar pada suhu 170'C sehingga masak dan sedia utk dihidangkan. :)
Thursday, January 23, 2014
Cerahkan Kulit
Lobak
Beras
kacang+Badam
Telur
Lebatkan Bulu mata
Basuh muka sehingga bersih. Ambil tangkai daun sirih dan dicelupkan kedalam lendir lidah buaya. Sapukan pada bulu mata. Amalkan setiap hari.
Petua Bibir Merah
Tomato
Kunyit hidup+Santan
Ubat gigi
Florida yang terdapat dalam ubat gigi sebenarnya boleh membuat bibir kita akan merah merona. Percayalah. Senang je cara dia amik sikit ubat gigi tu dan sapukan di bibir. Biarkan selama 3 hingga 5 minit dan kemudian bilas dengan air suam. Buat lah selang sehari ke atau hari hari.. In Syaa Allah boleh buat ia kemerahan. tapi jangan banyak kan merah lebih dari bibir plak. hahahaha....
Madu
Madu boleh mengurangkan kekeringan pada bibir dan semestinya akan membuatkan bibir kelihatan lebih merah berseri. Mudah juga, korang cume sapukan pada bibir menggunakan jari anda tp ingat pastikan korang dah cuci n bebas dari lipstick atau lip balm atau sebagainya. Madu asli ke madu segera ke apa ke tak kisah asalkan madu. campur sedikit dengan minyak zaitun pun ok jugak tau. setitik dua sudahlah ehehehe...
Daun Sirih
Ambil tiga helai daun sirih, tumbuk lumat dan perah airnya. Sapu pada bibir pada waktu malam.
Ok ini je yg dapat aku kongsikan. Yg ni pulak tips menjaga bibir, kata orang lebih baik mencegah dari mengubati kan?
1) Jangan biasakan diri menjilat atau membasahkan bibir terutama ketika bibir tengah kering . Ini kerana air liur mempuyai enzim yang menyebabkan kerengsaan pada luar bibir.
2) Jadikan lipbalm sebagai teman baik anda. Bawalah selalu keman-mana anda pergi.
3)Jangan gelupas atau tarik kulit bibir yang mati. Ia akan menyebabkan bibir anda luka dan berdarah . Seeloknya gunakan kain yang bersih atau wet tissue untuk mengelap bibir yang gelupas itu.
4) Pilihlah gincu yang sesuai supaya tidak tersalah pilih kerana ia akan menyebabkan bibir anda hitam dan kering. Bagi penggemar gincu juga, tidak perlulah menggunakan gincu yang sudah setengah tahun umurnya , kerana ia akan merosakkan bibir anda.
5) Elakkan daripada selalu memakan makanan yang pedas , panas dan bergetah seperti duku.
6) Bagi yang gemar menggunakan bahan semulajadi , hirisan tomato boleh di saukan pada bibir anda . Biarkan selama 10-15 minit dan lakukan nya sebanyak 2 3 kali sehari. Hasilnya , bibir anda kelihatan lebih halus dan bebas dari pecah-pecah.
7) PENTING!! amalkan meminum AIR yang banyak kerana penyebab bibir kering dan pecah-pecah adalah disebabkan kekurangan air dalam badan. TAHUKAH ANDA manusia memerlukan 70% air dalam badan?
Petua Awet Muda
Wednesday, January 22, 2014
Kek Mentega
Tuesday, January 21, 2014
Pengertian Cinta Berbeza
cinta ibarat menggenggam sekutum mawar, semakin keras kau menggengam, semakin duri menusuk tajam, namun semakin lembut kau memegang, maka semakin mudah sang mawar terbang terbawa angin
Cinta ibarat tin cat, ia mewarnai dunia orang yang mengalaminya
Cinta ibarat rambut,walau dipotong,ia akan tetap panjang,janganlah membenci cinta,kerana ia sebahagian dari kita,walau dibuang ia akan tumbuh kembali
Cinta ibarat kentut
ditahan perit
dilepas malu
dah keluar...lega(perasaan bila nak luah cinta)
cinta ibarat rama-rama, makin kau kejar makin ia menghindar tapi bila kau biarkan ia terbang ia akan menghampirimu disaat kau tak menduganya
Cinta itu ibarat rama-rama, semakin kita kejar.. semakin jauh ia terbang meninggalkan kita... jadi biarkan saja rama-rama itu terbang kemana saja ia suka.. Siapa tahu, lama kelamaan ia akan datang juga pada kita tanpa kita menyedarinya.. Dalam keadaan yang tidak kita sedar.. mungkin rama-rama yang kita kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan buat kita..
Monday, January 13, 2014
''Kangkong''
Friday, January 03, 2014
Warm Welcome 2014
dalam hadis ni Allah Taala menyuruh serta menggalakkan umat nabi Baginda lelaki dan perempuan berkahwin, dan Allah Taala mengatakan bahawa sesungguhnya perkawwinan itu akan melipatkan kali ganda rezeki daripadaNya."Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" - Surah An-Nur 24:32
Dalam satu hadis Nabi juga ada menyebut:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"(riwayat Al-Bukhari)
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"(riwayat Bukhari dan Muslim)