seorang lelaki yang aku idamkan
ialah seorang buta, bisu, bakhil, dan papa..
biarlah dia seorang yang buta
Buta, kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
biarlah dia seorang bisu
bisu, daripada pujuk rayu mengonggang keimanan
bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
asalkan dia petah membangkang kemungkaran
dan lantang menyuarakan kebenaran
lelaki yang aku idamkan ialah seorang bakhil,
bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
bakhil dalam meluanagkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
bakhil dalam menghabiskan wang hanya kerana wanita yang tidak sepatutnya
tetapi dia begitu pemurah meluankan masa untuk beribadah kepada Khaliqnya
pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
sehingga sanggup menggadaikan hartanya
bahkan naywanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
kembali megah dimuka bumi
lelaki yang aku idamkan adalah seorang papa
gambar hiasan |
papa memiliki akhlak mazmumah
tapi dia cukup kaya dalam perlbagai ilmu pengetahuan
kaya dengan sikap sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
dan dia seorang kaya dalam membina jati diri
dia mahu menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Maha Esa...
No comments:
Post a Comment