AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi
pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar
isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
- Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
- Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
- Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
- Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
- Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
- Dia akan mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
- Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
- Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
- Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.
- Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
- Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya. Lelaki yang jujur dan cukup `mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.
notakaki| mungkin ada sesetengah lelaki berlainan caranya..adakala lelaki lebih suka berdiam diri menahan EGO nya didepan perempuan
No comments:
Post a Comment