Saturday, May 11, 2013

HUKUM Puasa Ganti dan Puasa Sunat Rejab

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^


Bulan ini merupakan bulan Rejab dalam kalendar Islam. jadi sekiranya kita berpuasa sunat di bulan ini, terlalu besar ganjaran yang kita akan peroleh. selepas berakhirnya bulan Rejab, maka bulan Syaaban dan Ramadhan pula yang akan menyusul. sudahkan kita bersedia untuk bertemu dengan Bulan Ramadhan sekali lagi?

sudahkah kita melangsaikan hutang-hutang kita bersama Allah SWT? bagi sesiapa yang masih belum mengqadhakan puasa anda, cepat-cepatlah berbuat demikian sebab ajal maut semua di tangan Tuhan. jadi, sekiranya tak sempat, maka kita akan mati dalam keadaan masih berhutang dengan Allah SWT.

banyak isu telah timbul samada bolehkah kita sebagai umat Islam menggantikan puasa Ramadhan kita serentak dengan membuat puasa sunat di bulan Rejab? isu ini jugak sering merunsingkan ramai orang samada boleh atau tidak kita berbuat demikian..jadi, setelah di google dan di baca oleh sheila, maka inilah jawapan kepada permasalahan kita pada masa ini..sebab kadang-kadang sheila pun was-was sama ada sah atau tidak menggantikan puasa Ramadhan dengan berpuasa sunat..jadi di sini ada jawapannya.


1) Soalan: menggabungkan niat puasa sunat dgn puasa ganti dlm satu masa,adakah sah?

Jawapan: Sah puasa menggabungkan niat puasa sunat dengan puasa wajib (ganti)..Sekiranya diasingkan adalah lebih baik.

2) Soalan: Boleh kah puasa sunat kita selitkan dgn membuat puasa ganti(membuat kedua-dua puasa serentak dgn niat puasa sunat dan puasa ganti bulan ramadhan)

Jawapan: Puasa qadha' (ganti bulan ramadhan ) boleh di satukan dengan puasa sunat dengan niat puasa qadha' (ganti) dahulu kemudian niat puasa sunat.Sekiranya diasingkan adalah lebih baik.

3) Soalan: adakah sah bila kita niat puasa ganti wajib dengan niat bahasa melayu sahaja?apakah niat untuk puasa ganti?

Jawapan: Sah puasa dengan hanya niat dalam bahasa Melayu sahaja.Niat untuk puasa ganti ialah "sahaja aku qada' puasa Ramadhan kerana Allah S.W.T."

Satu soalan perlu ditanya manakah yang lebih utama di antara puasa sunat syawal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha.Kerana ia merupakan kewajipan yang boleh disamakan seperti hutang kita kepada Allah SWT. Ini terbukti dari sebuah Hadis Qudsi yang sohih:

.......))وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه((........رواه البخاري

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

* tetapi seeloknya mengasingkan antara puas aganti dengan puasa sunat yer..dan sekiranya ingin berniat secara serentak, maka hendaklah berniat puasa qadha dahulu barulah berniat puasa sunat.

copypasta###.

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Saturday, May 04, 2013

Diam Bukan Bererti Beralah

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
Hi hati! Apa kabar hati kita sekarang? Hati aku tak sihat..hurm. Sebelom nie ok je, tapi malam ni disebabkan aku bukak kembali jahitan luka aku yang baru nak sembuh..huhu madah gitu!! >>.<<
Yela aku cite kat sorang budak ni, yang aku baru kenal. Dengar kata dia junior aku kat UiTM :p Seronok dengar part tu :))))
Memang aku sedih :( tak da pape yang aku boleh lakukan utk ubati kesedihan aku selain dari mohon ketenangan hati n bergaul dengan teman-teman. 
Aku banyak bersosial, tapi aku bataskan sikit. Aku banyak diamkan diri. Mendiamkan diri bukan bermaksud aku terima, redha, pasrah. NO!!! aku bukan jenis mengalah and aku tahu aku tak patot duk diam and tengok sandiwara depan mata. Macam-macam aku pikir, pikir bukan-bukan lah :( lagi serabut..urgh!
Adakala lebih baik diamkan diri, aku bukan diamkan diri duk saja. tapi aku pikir ada rasionalnya semua nie berlaku. Kalau mereka pikir aku da penat and beralah? tak la sayang...tak la sayang.. aku bukan mengalah beralah, tapi aku bersedia..yep! aku menyediakan diri aku untuk bersedia dari masa sekarang. So awak awak and awak..jangan seronok sangat yer..HewHewHew.. Dendam? tipu namanya kalau aku kata tak ada. Aku jujur. Menyesal?a little bit. Tapi keseluruhannya, aku tak menyesal. Cuma satu yang aku pegang, jangan buka aib orang, satu saat nanti Allah akan buka aib kita pula. 
Apepon memang aku sedih :( sokongan dari kawan-kawan tue penting. Aku tahu aku tidak keseorangan hurmm.. bumi itu sentiasa berputar. ingat yer adik-adik :)



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan