Saturday, December 29, 2012

FiNaL HopE 2012

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Selamat berhujung minggu buat korang yang kebetulan nak tahu apa yg aku nk tulis di cni :p  Malam ni jiran aku wat BBQ! actually BBQ ni atas kerjasama dr semua org, masing2 mengeluarkan titik peluh membeli, memasak, membakar. Bila aku cakap passal bakar2 nie, aku tak jamah lagi ayam bakar! lambat sangat ekpon dorang bakar, aku malas nak tunggu :(

"Fir! tolong amek ayam bakar kat kak satu :p"
and belum sempat aku nak pesan ke adik aku sebelum dia kuar rumah, berlari2 dia kesana.. -__-  ok tinggal la pasal ayam tu..lari topik!


Tirai 2013 bakal menjelma tidak lama lagi iaitu dua malam lagi dan tirai 2012 akan melabuhkan jendelanya ..hurmmm sedih.. kenapa "Final Hope 2012" ? Errrr... aku bukan nak wat impian baru ke hape ke kan. Tapi aku takot mungkin kali ini adalah post aku yang terakhir utk tahun nie 2012? Tak sape tahu kan. Actually aku wat ni sbb aku rasa, esok lusa aku mungkin xtulis blog..hurmm dengan nak final lagi.."tolong doakan aku eh :) thanks ^_^
dan sebab kedua maybe aku xleh online kan diri..apepon aku ucapkan selamat menjejak ke tahun 2013.. yeay!!!!!

Final Hope: 
aku bukan nak wish apa2 or nk azam ni nk azam tu..sedangkan azam yg lama pon entah capai ke nth tidak and aku sendiri dah lupe apa azam aku. >.< tapi aku rasa yang paling dekat adalah status aku.. rasanya aku penah azam, nk bertunang tahun 2012..paling kecik pon impian tu..HaHa.. ckit je lagi, tapi aku tak hargai peluang masa tu...hurm ok forget it.. kita tengok lak tahun nie mcm mana  ^_^

Well! aku senarnya..teringin nak memiliki gadget! aku nak Samsung Galaxy Note II.. lantak g r kalau ada yg lebih hebat dr nie. tapi bagi aku kalau dpt nie, xpegang dah laptop. Walopon orang laen dah mampu nak beli, tapi bgi aku..apa aku nak, aku akan dapatkan sendiri! termasuklah walopon aku terpaksa gunakan sebahgaian dr pinjaman.. OOpppSSS!! dari dulu lagi aku beli h/phone ikut hati aku, since diploma lagi and aku rasa aku dah tukar 5kali h.phone HuHuHu.. semua atas usaha aku sendiri..  terima kasih kepada PTPTN yg sudi menaja saya ^_^

p/s: kita merancang dan Dia juga merancang, tetapi sebaik-baik perancang adalah Dia












Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, December 28, 2012

Jumaat terakhir 2012

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Sedar tak sedar kita makin menghampiri penghujung 2012. Sungguh cepat masa berlalu dan kita tak sedar dalam masa yg sama usia kita makin meningkat naik. Dan tahukah kita hari ini merupakan jumaat terakhir dalam tahun ini??? Bila terpandang satu post di facebook barulah kita kalut2 tengok kalendar.. Bz nya kita dengan urusan dunia sehingga kita tak tahu apa yang kita buat :( 

Ape pun di sini aku mewakili DKnS blog ingin mengucapkan selamat tahun baru 2013 yang bakal menjelang tak lama lagi dan tahun depan jugak lah aku nak final HuHu. wish me good luck ok ^_^





Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, December 07, 2012

Khasiat Strawberry

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
Strawberry kalau kita tengok bukan sahaja cantitk dari segi rupanya, tapi banyak juga khasiat yang terkandung didalamnya. umumnya strawberry ini adalah sejenis buah herba yng kebanyakannya memiliki 200 biji2 kecil padanya dan terdapat hampir 700 jenis buah strawberry. 
warna MERAH yang terdapat pada strawberry masak itulah yang ada banyak khasiatnya. untuk pengetahuan anda, warna merah itu menunjukkan yg ianya kaya dengan pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi

kandungan yanag terdapat dalam buah strawberry ialah vitamin C, kalori,  dan juga antioksidan dimana ketiga2 kandungan ini memberi kesan positif kepada tubuh badan manusia.


Dengan komposisi nutrisi yang telah disebutkan di atas, strawberry mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Khasiat buah strawberry untuk kesihatan antara lain:

1. Memutihkan Gigi 

Asam malat yang terkandung dalam stroberi bertindak sebagai bahan yang akan mengikis dan menghilangkan beberapa noda pada permukaan gigi. Dengan mengunyah strawberry setiap hari dapat membantu untuk menyihatkan mulut, seperti: memutihkan gigi, menghilangkan bau mulut, dan membuat nafas menjadi lebih segar.

2. Mencegah kanser

Kandungan vitamin A, C, E dan Asam ellagic yang berfungsi melumpuhkan sel kanser dalam tubuh. Dan juga dapat mencegah terjadinya Leukimia. Leukemia merupakan salah satu kanser yang sangat mematikan dan buah strawbery dipercayai dapat mencegah terjadinya kanser sel darah.
Selain itu stroberi mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini akan melindungi tubuh dari serangan kanser. Kandungan antioksidan dalam stroberi ini pun tetap tinggi walaupun telah diolah menjadi bentuk lain, seperti selai atau jus. Selain itu, sebatian asid ellagik dan kuersetin yang ada dalam stroberi juga boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat, kanser payudara, kanser kulit, dan kanser hati.

3. Mengubati Jerawat

Kandungan asam salisiat di dalam strawberry mempunyai manfaat untuk mengubati jerawat secara alami.

4. Menghaluskan kulit

Buah strawberry mampu mengangkat sel-sel kulit mati. Gunakan stroberi ini sebagai lulur mandi. Untuk mendapatkan manfaat lebih, campurkan strawberi yang telah dihaluskan ini dengan susu dan minyak zaitun. Selain menjadi lebih halus, kulit pun akan tampak lebih cerah.\

5. Dapat mencegah terjadinya radang dan alergiStrawberry merupakan buah-buahan yang mengandungi gula rendah sehingga sesuai untuk diet penghidap diabetes, melawan radang sendi.


6. Kesihatan mata

Usia dan nutrisi mempengaruhi keadaan kesihatan mata. Namun dengan adanya zat anti oksidan yang dapat memerangi radikal bebas, tentunya penuaan boleh dicegah.

7. Kerosakan Fungsi Otak

Makanan dan persekitaran membantu penyebaran radikal bebas yang mengancam tubuh, radikal bebas tidak hanya menyebabkan penuaan, tetapi juga mengancam keadaan fungsi otak. Namun dengan adanya vitamin C dan fitonutrient tadi hal tersebut boleh dicegah.

8. Tekanan darah tinggi
Karena kandungan potasium dan zat besi, Strawberry sangat efektif menekan tekanan darah tinggi dan membuatnya lebih seimbang kembali.

9. Penyakit jantung

Kerana tinggi serat, folat, vitamin C dan anti oksidan, Strawberry cukup berkesan mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh, dan mencegah penyakit jantung.
Kandungan serta khasiat buah strawberry untuk kesihatan ini diambil dari beberapa sumber. Semoga bermanfaat dan lebih memotivasi anda untuk hidup lebih sihat dengan pengambilan buah strawberry setiap hari.




Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Saturday, December 01, 2012

Aku Dia dan SuSHI

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Okey..disebabkan mak abah aku pegi melancong..tinggallah aku berdua dengan akak ku aida. Memang dari petang tadi kitorang rancang nak kua mlam ni..alasan, jalan2 cari makan :p aku pulak ngidam macam2..nak makan ni..nak makan tue..last2 kitorang pilih g tesco jew. 
1st sekali, makanan yang aku cari, adalah SUSHI!!!! errrr...da lama xmakan :( kitorang g area belakang sekali. tgok2 da habis..hurmm..masa tu pown da pukul 9 lebih..confirm2 da xde kan.. 

entry kali nie..aku nak cakap pasal sushi..bukan pasal dari mana dia dtg, cara2 nk wat, kebaikan or keburukan dia ni.. tapi aku nak cite satu jew daya tarikan sushi adalah dari segi bentuk nya yang comel dan berwarna warni..:)



menarik x..hehe.. feveret aku ialah sushi yang ada telur ikan kat atas tu..then yang ikan salmon tu..yang laen..xberapa sgt..tp kalau da lapar..makan aja.. hahaha.. jgn lupa wasabi ok.. <3


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

cinta jarak usia?

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
da lama aku menyepi dari berblogging, kerana bz dgn study, dan faktor 'internet' slow.. agak lama juga aku xberbicara ttg cinta, dan semestinya aku bukan Dr.Cinta or Prof.Cinta.. Hari nie aku bangkitkan isu cinta di usia berbeza.. apa yang usia berbeza ni? 



Cinta tidak mengenal usia, bangsa, negara dan perasaan cinta itu tiada batas. Salahkah mempunyai kekasih yang jarak usianya jauh lebih muda atau lebih tua dari korang? Tidak salah asalkan korang tidak menggangu kebahagiaan orang lain. Apa yang penting di dalam perkara ini adalah persepsi korang terhadap erti sebuah perhubungan.


Biarlah berbeza jarak usia asalkan korang tetap mencintai antara satu sama lain. Ianya tidak salah. Cinta itu sesuatu yang sangat luas pengertiannya. Asalkan tidak melampaui batas batas norma masyarakat dan agama, tiada masalah sebenarnya untuk korang bercinta dengan seseorang yang jauh lebih tua atau lebih muda.

Jangan risaukan kata2 orang, kerana yang bercinta itu korang, bukannya mereka. Pendapat yang baik, ambillah dengan hati yang terbuka manakala buanglah kritikan yang menghina dan menjatuhkan korang. Atasi semuanya dengan buat tidak tahu saja. Lama kelamaan persepsi buruk orang terhadap korang dan pasangan akan hilang juga nanti ditelan masa.

Apa yang sebenarnya korang perlu fikirkan adalah cara untuk membuatkan hubungan korang pasangan makin mesra dan serasi biarpun berlainan era usia. Ada yang senang bercinta dengan lelaki muda dan ada juga yang tidak kisah bercinta dengan lelaki yang jauh lebih tua.

Itu semua terpulang kepada individu. Korang yang bercinta jadi koranglah yang perlu bertanggungjawab di atas cinta itu. Seperti juga dengan pasangan pasangan yang lain, korang juga tidak akan terlepas daripada masalah. Dan rasanya masalah korang yang utama adalah masalah pemikiran yang berbeza.

Yelah, lain era lain pendapatnya. Tetapi korang boleh selesaikan masalah itu. Jangan runsing kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Yang penting korang dan pasangan dapat mengambil pendekatan saling bertolak ansur dan saling memahami, itu sudah cukup.

Antara yang selalu terjadi dalam kes pasagan berlainan usia ini adalah lelaki yang bercinta dengan wanita yang lebih tua, gadis yang bercinta dengan lelaki lebih muda dan gadis yang bercinta dengan lelaki yang jauh lebih tua.

Apa pun kategorinya, ia bukan satu masalah. Bercinta sajalah tanpa mendengar kata kata sinis dari orang lain. Asalkan korang dan pasangan bahagia. Siapa kata percintaan berlainan faktor usia tidak boleh bahagia? Boleh je, tapi sudah lumrah manusia ini yang sering mencari kesalahan dalam sesuatu benda.

Jika ditakdirkan korang menerima jodoh dengan seseorang yang jauh faktor usia, terimalah dengan hati yang terbuka. Cinta kan tetap satu cinta. Yang berbeza itu usia, bukannya perasaan korang. Perasaan korang berdua adalah sama, iaitu saling mencintai.

Pedulikan kata kata orang lain. Hiduplah dengan tenang dan gembira dan buktikan yang korang dan pasangan juga bahagia seperti orang lain. Hilangkan mentaliti masyarakat yang memandang serong terhadap hubungan atau perkahwinan dengan faktor jarak umur yang jauh berbeza ini. Apa yang korang boleh lakukan untuk menghiraukan kata kata orang adalah, ikat segera ikatan percintaan itu dengan perkahwinan yang sah.

Pasti kata kata buruk orang lain akan hilang juga nanti. Senang cerita, jadilah seseorang yang kebal dalam menerima kata kata tidak baik dari orang lain. Pekakkan telinga, kalau korang dengar cakap orang pun bukannya ada kebaikan kan? Makin merosakkan hubungan korang dan pasangan lagi adalah.

Tidak dinafikan, pasti sedikit sebanyak akan timbul masalah untuk memahami pasangan kan? Korang memang berkongsi satu rasa cinta yang sama tetapi lumrah kita cuma manusia biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula korang dan pasangan. Sebagai contoh, pandangan korang terhadap sesuatu seperti muzik misalnya, sudah pastilah lain.

Lagi panjang beza jarak umur korang dan pasangan, lagilah ada macam macam pandangan yang berbeza nanti. Hehe. Tapi tidak apa, ia sekurang kurangnya akan membuatkan korang lebih memahami di antara satu sama lain. 

p/s: aku malas nak karang, aku copy jer.. jangan risau..luahan dia sama jugak dgn luahan aku..wakakaka

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan