Bibiografi

Biodata: Gelaran blog diberi Adriana Qaisara merupakan anak kelahiran Pulau Mutiara yg berdarah kacukan Melayu-Parsi . Anak kepada Che Raus dan Radziah . Lahir pada bulan Ogos tanggal 23 pada tahun bulan terang di Hospital Daerah Butterworth. Mempunyai tiga orang adik beradik kandung iaitu dua orang kakak, Roslina dan Roshaida serta seorang adik perempuan, Rosshafirah. 

Pendidikan: Mula mendapat pendidikan pra sekolah pada umur 5 tahun dan masuk ke Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh pada umur 6 tahun. Peperiksaan pertama kali dan mendapat 1A 3B dan 1C di dalam UPSR . Pada tahun bulan bulat , dia menyambung pelajaran di peringkat menengah di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi. Alhamdulillah , dia mendapat *A *B dan *C untuk keputusan PMR nya dan dengan keputusan ini melayakkan dirinya untuk berada pada kelas pertama iaitu kelas Sains Tulen semasa di Tingkatan 4 dan 5 sekolah yang sama, walopon keluarganya mendesak supaya mengambil kelas akaun atas faktor ikut jejak langkah kakaknya yang sulong tetapi dia seorang yang risk taker disamping cita-citanya yang ingin menjadi seorang doktor.Antara subjek yg diambil ialah Biologi, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Matematik Tambahan, danEnglish for Science and Technology  serta subjek teras yang lain. Keputusan SPM .... Hehehe ... ade lerrrr...

Pendidikan Tertinggi: Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun bulan mengambang di usia 17 tahun,  pada tahun berikutnya iaitu tahun bulan sabit dia telah ditawarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma setelah kecewa dengan keputusan memasuki Matrikulasi ditolak serta keengganan untuk menyambung ke Tingkatan 6Rendah dan 6Atas di sekolah yang sama, dia telah bersetuju untuk menyambung ke peringkat diploma. Akhirnya dia ditawarkan kursus Diploma in Accounting di Uitm, Arau Perlis. Berada di perantauan selama 3tahun, jauh dari family tidak mematahkan semangatnya utk fokus pada pelajaran dan setelah menempuhi pahit manis suka duka bersama rakan akrab, dia yang juga pelajar dari Fakulti Perakaunan(AC110), dari semester pertama(2007) hingga semester keenam(2010) telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Diploma pada bulan Oktober 2010 serta melayakkan dirinya menerima skroll diploma pada majlis Konvokesyen ke-78 di Uitm Arau tanggal Mei 2011.

Perjuangannya tidak terhenti disitu, dia membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya diperingkat tinggi, dan usahanya membuahkan hasil apabila dirinya diterima kembali sebagai pelajar Ijazah UiTM dalam bidang Kewangan atau Degree in Finance di UiTM Merbok, Kedah. Selama dua tahun lebih, kini dia sedang menjalani latihan Industri praktikal di Pej,Belia dan Sukan SPU disamping mehabiskan thesis nya selama kurang 5 bulan dan akan berakhir pada 20 Disember2013 nanti. 

Doakan sayer oke :)



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

No comments: