Friday, April 26, 2013

Cinta Agung ADAM a.s dan HAWA: Wanita didatangi bukan mendatangi

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
Aku tertarik untuk menulis kisah cinta agung nabi Adam alaihissalam dan Siti Hawa. Entry kali nie amat istimewa kerana kisah cinta agung ini mampu menyedarkan kita kembali besarnya kehadiran seorang wanita dan kehadiran seorang lelaki sebagai peneman hidup. Mungkin kita seringkali meng'damba'kan kisah percintaan Romeo and Juliet yang terhalang kerana keluarga, Shah Jahan dan Mumtaznya cinta yang dibina berasaskan ukiran Taj Mahal. Tapi kita lupa yang cinta agung nabi kita, Muhammad s.a.w dan Khadijah, Sadina ali dan Fatimah Az-zahra. kali nie aku tertarik untuk menceritakan kisah cinta Nabi pertama iaitu nabi Adam a.s

Nabi Adam hidup bersendirian di syurga (al-jannah), segala kesenangan ada di dalamnya. semua tersedia, apa sahaja yang diinginkan, tanpa bersusah payah mendapatkannya. Sungguh tempat yang indah. Hari-II nya dihabiskan dengan menikmati keindahan Maha pencipta selain dirinya. Adam a.s terpikat melihat makhluk lain darinya iaitu burung-burung yang berterbangan kesana kemari, sambil bekejaran, bernyanyi dan bersiul seolah mempamerkan kemesraan sehinggalah adam berasa kesunyian tidak mempunyai kawan. Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! tetapi apalah ertinya jika hati selalu gelisah resah seorang diri? Inilah satu-II nya kekurangan yang dirasakan adam. Hendak mengadu tetapi tetapi apakan dia malu dan hanyalah makhluk biasa, namun Allah itu Maha Mengetahui Maha Melihat apa yang tersirat dikalbu hambanya. 

Allah swt ingin mengusir keresahan dihati Adam a.s. lalu saat Adam tidur nyenyak pada suatu malam, Allah menampaikan wahyu kepada malaikat jibril mencabut tulang rusuk kiri Adam a.s tanpa merasa sakit sikitpon. Dengan kuasa Ilalhi, apabila disebut 'Kun' maka terciptalah seorang wanita yang sempurna kecantikan paras rupa dan budi pekertinya yang diberi nama Hawa. 
Sebaik sahaja Adam bangun dari tidur, beliau mendapati ada serang gadis jelita berada disampinya sambil tersenyum manis lantas bertanya..Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang. 
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan. 

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan. 
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak lalu memandang Adam dengan penuh ketakjuban. 
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan. 
    Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. 


p/s: ada lagi sambungan..yang menegah Adam dan Hawa untuk bersama kecuali melalui pernikahan, mahar perkahwinan. 
Gambar hiasan
"Siti Hawa tidak diciptakan dari kepala Nabi Adam sebab ia tidak diciptakan untuk memimpin Nabi Adam. Siti Hawa tidak diciptakan dari kaki Nabi Adam supaya ia tidak diinjak-injak oleh Nabi Adam.  Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam supaya ia selalu dekat dengan hati Nabi Adam"




Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, April 24, 2013

Cinta Jangan Pergi

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Aku tak bisa
Menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa
Melupakan salahku resah hatiku

Maafkan diri ku
melukakanmu
Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi

*******************************************
Maafkan diriku melukakanmu cinta jangan engkau pergi jauh dari diriku lagi

cintaku tetap disini, xkan pernah jauh darimu\



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Saturday, April 13, 2013

Cemburu Perempuan dan Cemburu Lelaki

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
Hello peeps..!

semua orang ada perasaan cemburu antara lelaki dan perempuan. Begini..

Bila perempuan jealous...

Bila perempuan jealous, kami suka diam dan tunjuk perasaan dulu. Buat perangai, buat kepala angin dulu then only terbongkar.

bila ditanya ''kenapa ni sayang?'', perempuan bila jealous akan jawab ''takde apa''

bila ditanya ulang kali

Lelaki: Kenapa ni sayang?
Perempuan: takde apa. (sambil buat muka selamba atau betol2kan tudung atau pandang tempat lain)
Lelaki: Yeke takde apa..kenapa ni?
Perempuan: Takde apa.. takda apa la. (sambil buat muka selamba atau betol2kan tudung atau pandang tempat lain)
Lelaki: yeke takde pape. habis tu?
Perempuan: Takde apa
Lelaki: Yeke, ok lah. Esok u plan buat apa?
Perempuan: Yela. I x lawa macam perempuan tu. Pergi la kat perempuan tu. Buat apa sibuk kat sini. Pergila. Perempuan tu kan lawa..lawa macam model. Pergi la..pumpampumpampumpam

Ehem..selalunya bila perempuan jeles, dia budget macam taknak bagitau yang dia jealous tapi dalam hati tak tahan. Buat2 takde pape sebab memang nak partner concern tanya banyak kali pun. Tapi at the same time tunggu masa nk kena kasi tahu jugak perasaan dia jealous dan as warning pada lelaki tu suapaya tak dekati pada gadis lain yang buat dia jealous. Bila lelaki start ubah topic, baru lah perempuan nak bongkar, Eh, mana tahan nak tahan jealous dalam hati ni. Mesti mau kasitau.

Perempuan akan ''diam'' atau kata ''takda apa''...





Bila Lelaki cemburu..

so far aku tengok lelaki kalau jealous, samada dia akan diam sebab malas nak layan perasaan cemburu atau terus direct saja , kalau dia cemburu dan x selesa apa yang girlfriend dia wat, dia beritahu terus terang . i mean xda proses ''buat perangai'' or sort

Lelaki: Eh apesal u pergi senyum-II kat mamat tu tadi???
Perempuan: Nape..jealous kew??
Lelaki: Yea ar! LOL

cemburu lelaki nie dahsyat.. betol ke?

apepon, itulah beza cemburu yang aku nampak so far dari orang sekeliling aku. Jangan cakap menyampah dengan bf/gf yang suka cemburu. cemburu itu mesti ada makna dan sebab sayang takut kehilangan. 

lagi satu ada pulak yang cemburu senyap-II lalu berdendam. balas dendam lalu pergi curang untuk puaskan hati sebab cemburu tu tadi. 

Ada ke orang yang xpenah cemburu??? kekekeke

copycat:nameeroslan
repost:me

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan