Friday, June 28, 2013

qwi qwi gwiyomi

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
Gwiyomi sinomim dengan masyarakat korea. Namun Fenomena gwiyomi  kini  sudah mula merebak di kalangan rakyat Malaysia.Selepas Gangnam style dan harlem shake mencipta fenomena yang tersendiri dengan munculnya pelbagai versi parodi,gwiyomi juga tidak kurang hebatnya. 

SEJARAH: gwiyomi atau pun kiyomi song adalah kpop single daripada penyanyi Korea Selatan,Hari yang dilancarkan pada 18 februari 2013 .Lirik lagu ini diilhamkan oleh ungkapan kata bersama-sama dengan isyarat seperti gerakan gwiyomi yang sedia ada. Ianya diinspirasikan oleh rapper kpop terkenal Jung ILL Hoon atau Gwiyomo player di rancangan Btob Mtv DIary Many yang menjadi  popular diinternet pada oktober 2012.

Actually, kiyomi nie memang serasi dengan perempuan. Tapi tak kurangnya LELAKI juga turut sama meminati kiyomi. Yang ada aweks tu, mesti la guna kesempatan suruh aweks diorang wat kiyomi :p dan tak lupa jugak ada yang kutuk 'kaw-kaw'. Terus terang aku katakan aku ANTI dengan kiyomi. Anti 1000%.. jangankan kata tengok, dengar perkataan KIYOMI pon dah buat aku 'panas' semacam je kan.. 'ERRR HELLO!! artis pon wat jugak taw! jgn la kolot sgt xsuke kiyomi ni hmmm...''  apepon ada jugak kawan-kawan yang turut mengfilemkan, mengutubekan kiyomi versi diorang. well aku tak marah, aku just bukak, play, n leave dr ctu.. dah orang wat free show..why not i tengok kan..bukan kene bayar pon..hehehe.. .

so kat cnie, aku terjumpa satu video kiyomi paling kiyut.. dengar la k :)


Syok wo mengaji dari melayan “wechat” ohh
Di sayang Ummi Abah, juga di sayang Allah,
oppa bah pesan kalau khatam quran,
akan dibelikan Tora, dindang juga kasut roda.
Kalau tak pandai ngaji nanti camano mo ‘nikoh’ – nikah ??
kena ajari isteri dan anak lepas nikoh.
Betulkan sebutan dan tajwid mereka.
Barulah suiiit (sweet) tanpa diabetis. :-)
Listen Up, Listen up yoo.
siapa mau comel ? gi ngaji.
Mau disayang Allah? gi ngaji.
Mau dicinta Nabi.? gi ngaji.
gi ngaji, gi ngaji. :-P
Mau jadi kuit (cute) ? gi ngaji !!
Mau masuk syurga ? gi ngaji !!
mo dicium Ummi Abi ? Gi ngaji..!! yeaaahhh !!!
notakaki| lain orang lain pandangan :)

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, June 26, 2013

Mengenali Golongan Syiah

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Hari ini kita melihat umat Islam yang berlainan fahaman dan pegangan secara zahirnya adalah sama. Mereka solat, mereka menunaikan zakat dan fardhu Haji sama seperti yang lainnya. Tetapi tahukah kita bahawa ada segelintir umat Islam sebenarnya jauh 'tersasar' drp mengikut acuan ISLAM yang telah dibawa oleh Rasulullah saw ratusan tahun yag lalu?

SIAPA MEREKA..?
Golongan yang berpegang dengan fahaman Syiah ini ialah segolongan umat Islam yang menyatakan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib adalah lebih utama daripada seluruh sahabat dan lebih berhak untuk memegang tampuk kepimpinan kaum muslimin, begitu juga halnya dengan seluruh keturunan dan anak cucu sepeninggalan beliau.
Golongan ini telah muncul di akhir-akhir zaman pemerintahan khalifah ketiga, Saidina Uthman bin Al Affan ra dan semakin berkembang di zaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib kw. Pada hari ini antara negara-negara yang menjadi pendukung kuat golongan ini ialah Iran, Iraq, Afghanistan dan selainya.
Berikut merupakan beberapa prinsip (pegangan) golongan ini yang jelas menunjukkan bahawa ianya amat merbahaya terhadap iman dan aqidah sebenar yang dibawa oleh agama Islam.
1)Imamah (Kepimpinan Umat)
Mereka mendakwa imamah ini adalah hak Saidina Ali bin Abi Talib dan keturunannya sahaja. Adapun, para sahabat Rasulullah saw yang lain seperti Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman r.a adalah dianggap sebagai perampas kekuasaan tersebut. Sebab itulah, para ulama’ mereka pada hari ini sangat lantang dan keras dalam menghina dan mengaibkan para sahabat Rasulullah saw menerusi khutbah-khutbah mereka secara terbuka!

Rasulullah saw seperti sudah mengetahui akan perihal umat Islam yang akan berlaku di akhir zaman ini. Mencela dan mengaibkan para sahabat baginda saw adalah suatu perkara yang dilarang keras oleh Nabi saw di dalam hadithnya yang bermaksud : [Barangsiapa yang mencela sahabat ku, ia akan mendapat laknat Allah, Malaikat dan seluruh manusia ] HR Tabrani

[Janganlah kalian mencela sahabat-sahabatku. Demi jiwaku yang berada ditangan Nya,sekalipun salah seorang dari kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, tetap tidak akan dapat mencapai kebaikan salah seorang dari mereka dan tidak pula separuhnya] Muttafaqun Alaih
2)Maksum
Mereka mempercayai bahawa imam-imam mereka adalah maksum (terpelihara daripada melakukan dosa besar mahupun kecil) sedangkan sepertimana yang kita maklum, hanya Rasulullah saw dan pesuruh-pesuruh Allah swt sahajalah yang diberi keistimewaan tersebut. Adapun imam-imam mereka hanyalah manusia biasa yang tentunya tidak terlepas daripada melakukan khilaf dan kesilapan.

Pemimpin besar Syiah berkata di dalam kitab mereka Al Hukuumatu Al Islamiah : 'Dan sesungguhnya yang terpenting di dalam mazhab kami adalah sesungguhnya imam-imam kami mempunyai maqam (kedudukan) yang tidak mungkin dicapai oleh Malaikat yang muqarrab (dekat), begitu juga dengan Nabi-nabi yang pernah diutus'
3)Raj’ah

Di antara prinsip Syi'ah yang terpenting dan menjadi salah satu asas agama mereka adalah aqidah raj'ah, iaitu keyakinan hidup kembali di dunia ini sesudah mati, atau kebangkitan orang-orang yang telah mati di dunia.Peristiwa ini kononnya akan terjadi ketika Imam Mahdi mereka bangkit dan bangun dari tidur panjangnya yang sampai sekarang telah seribu tahun lebih (kerana selama ini ia bersembunyi di dalam gua). Kemudian dihidupkanlah kembali seluruh imam mereka dari yang pertama sampai yang terakhir tanpa terkecuali Rasulullah saw dan puteri beliau Fatimah ra. Kemudian dihidupkan kembali pula musuh-musuh Syi'ah yang terdahulu yakni Abu Bakar, Umar, Uthman dan seluruh sahabat. Dan seterusnya mereka semua akan diadili, kemudian disiksa di depan Rasulullah saw karena telah menzalimi ahlul bait dan merampas imamah.
4) Taqiyyah
Berkata Mufid dalam kitabnya Tashhiihal-I'tiqaad, menerangkan pengertian taqiyah dikalangan Syi'ah:"Taqiyah adalah menyembunyikan kebenaran dan menutupi keyakinannya, serta menyembunyikannya dari orang-orang yang berbeza dengan mereka dan tidak menampakkannya kepada orang lain kerana dikhuatirkan akan berbahaya terhadap aqidah dan dunianya'' . Ringkasnya, taqiyah adalah berdusta untuk menjaga rahsia. Oleh sebab itulah agak sukar untuk kita mengenalpasti mereka yang menganut fahaman ini dikalangan umat Islam.
5) Nikah Mut’ah
Syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw telah mengharamkan nikah Mut’ah yang pernah dibolehkan suatu ketika dahulu. Ini kerana perkahwinan seperti ini secara zahirnya amat merendahkan martabat kaum wanita dan mencemar kesucian agama Islam itu sendiri. Adapun begitu, golongan Syiah sehingga hari ini dengan beraninya membolehkan kesonsangan ini terus berlaku yang mana tidak ubahlah seperti membolehkan maksiat zina berleluasa dan perempuan tidak lain hanya dilayan seperti seorang pelacur!

Untuk pernikahan ini dilakukan, antara syarat yang ditetapkan agar ia menjadi ‘sah’ adalah seperti :

*Perkawinan ini cukup dengan akad (persetujuan) antara dua orang yang ingin bersenang- senang (mut’ah) tanpa ada para saksi!
*Lelaki tersebut bebas daripada beban nafkah!
*Boleh bersenang-senang (tamattu') dengan para wanita tanpa bilangan tertentu, sekalipun dengan seribu wanita!
*Isteri atau pasangan wanita tidak memiliki hak waris.
*Tidak disyaratkan mendapatkan izin bapa atau wali perempuan.
*Lamanya kontrak kawin mut’ah boleh beberapa detik saja atau lebih dari itu!
*Wanita yang dinikmati (dimut’ah) statusnya sama dengan wanita sewaan atau budak!

Prinsip-prinsip yang disebutkan di atas hanyalah sebahagian daripada pegangan golongan ini. Adapun cukuplah setakat ini yang disebutkan untuk kita sama-sama menyedari dan memahami bahawa golongan ini jelas sekali amat merbahaya untuk umat Islam.

Apa yang kita khuatiri hari ini adalah apabila fahaman tadi cuba diserap masuk ke dalam negara kita Malaysia. Ya, mungkin benar mereka akan mendakwa bahawa fahaman Syiah yang mereka pegang adalah berbeza dan tidak sama lansung dengan ciri-ciri yang disebutkan tadi. Tetapi, fahamilah bahawasanya segala fatwa yang dikeluarkan berbentuk tegahan dan larangan untuk menyebarkan fahaman ini adalah demi menjaga Islam itu sendiri dan umat Islam khususnya.

Sedar atau tidak, realitinya bibit-bibit fahaman yang boleh merosakkan aqidah umat Islam ini sudah mula menjalar ke seluruh negara. Lantas tindakan pihak berwajib dalam memberi kesedaran dan kefahaman untuk orang ramai dilihat merupakan satu inisiatif yang amat wajar dan perlu diteruskan.

wallahualam...(sumber)

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, June 06, 2013

Peristiwa Isra' Mikraj

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^


Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa AS dan Nabi Yahya AS.
3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.
5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.
Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.
Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.
Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.
Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

aku yang tersakiti

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Pernahkah kau merasaJarak antara kitaKini semakin terasaSetelah kau kenal diaAku tiada percayaTeganya kau putuskanIndahnya cinta kitaYang tak ingin ku akhiriKau pergi tinggalkankuTak pernahkah kau sadariAkulah yang kau sakitiEngkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkariOh Tuhan tolonglah akuHapuskan rasa cintakuAkupun ingin bahagia
Walau tak bersama diaMemang tak ‘kan mudahBagiku ‘tuk lupakan segalanyaAku pergi untuk diaTak pernahkah kau sadariAkulah yang kau sakitiEngkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkariOh Tuhan tolonglah akuHapuskan rasa cintakuAkupun ingin bahagiaWalau tak bersama dia… dia…Oh Tuhan tolonglah akuHapuskan rasa cintakuAkupun ingin bahagiaWalau tak bersama dia





Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan