Wednesday, January 30, 2013

Kek.. NYUM..NYUM..NYUM!!!

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
Ting Tong Ting Tong Ting Tong!!! Aku duk sesaja nie kan..lapar pulak.Tak kan nk makan pagi2 buta nie kot..hurmm bagi mengurangkan kelaparan aku nie.biasanya aku akan tanya google imej :p pelik tapi benar. Aku search pic kek. Saja nak kongsi keindahan ukiran kek Pengantin hahaha...

kek dua tingkat 
kek 3tingkat
kek perlbagai bentuk
kek angry bird
kek masjid
kek katil
kek istana
okey tu antara kek yang kreatif.. and yg paling kreatif la kan..kek yang terpelik didunia..contoh mcm ni


errrr xlalu kot nak makan..hahaha.. anyway orang sekarang nie makin kedepan makin maju,makin bijak dan makin pelik.. :p 


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Sunday, January 27, 2013

Apa yang HARUS dan TIDAK seorang Wanita kepada Lelaki

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Hamba tertarik kepada satu blog ni. Nak dikatakan Tips yang berguna untuk wanita di luar sana. Harap sedikit sebanyak boleh membantu awop2 semua dan diri saya sendiri..InsyaAllah
Wanita di pandangan Lelaki

~Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka~ 

~Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain~  
~Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain~

 ~Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan~ 

~Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu~ 

~Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya~

 ~ Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu~

 ~Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki~

 ~ Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu~ 

~ Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat~ 

~ Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia~ 

~ Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi~ 

~Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah~  

~Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara~  

~Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai~  

~ Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara~  

~ Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda~  

~ Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri~  

~Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini~  

~ Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan~  

~ Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda~ 

~ Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila~  

~ Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya~  

~ Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu~ 

~ Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah~

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, January 25, 2013

resipi Durian Crepe

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

kali nie aku nak kongsi resipi durian crepe ..paling mudah..ringkas..dan senang sampai aku sendiri xperlu susah payah..mungkin ramai kat lua sana dah tahu..selain bentuknya yang comel and menarik..ia juga boleh didapati dalam pelbagai warna serta perisa. Kalau dulu ada perisa durian..kini mcm2 perisa ada..antaranya kiwi, mangga, blueberry..ape lagi ehh.. nie resipi dia.. 
Secret and Confidential:Durian crepe
korang klik link tu..ade resipi..see? kan senang je aku bgi resipi nak wat durian crepe.. :p
Kiwi crepe
Bluberry crepe

Durian crepe
Strawberry Crepe




Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Saturday, January 19, 2013

Cuti SeMester

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^


Selamat tengahari ^_^ pukul dua masih tengahari kew? tetttttttt..... cer tengok tajuk post ni "Cuti Semester" tapi gambar atas orang baling mortar..nampak sangat xmasuk kan..aku bukan nak cakap yang aku baru grad.Untuk pengetahun korang, aku da lama grad diploma, tahun lepas 2011. Gambar kat atas ni hiasan je tau..nak gambarkan perasaan aku sekarang ni..perasaan apew? haaa..macam mana perasaan orang terima skroll ijazah, macam tu jugak lah perasaan aku yang baru habis final exam HeHeHe..
Arini baru first day U aku start cuti. Sebelom ni budak poli and U laen dah seronok2 cuti kan..so bia aku lak cuti sebulan menambahkan berat badan HaHa. Well, final da lepas. Semalam paper last. Leh jawab ke x? Aku pon xtahu, study pon dah, cukup and xsedia tu mungkin faktor aku sedikit gugup menjawab soalan final. Apepon kita berserah kepada Dia. Harap2 ok la..hurmm. 
Sempena cuti nie nak buat apa yerk..macam2 plan nak wat ni..tapi xtahu la cam ne kan. Antaranya belajar memasak, melancong, memutihkan diri ekekekek...maklumlah ulang alik dari rumah sewa ke kelas, panas hujan sume aku redah. Lagi ape erk..errrghh entah lah..apepon manfaat kan lah cuti yang sedia ada nie. 


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, January 09, 2013

Rahsia Mata Wanita

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa



  • Mata wanita bersaiz kecil
Wanita tersebut adalah seorang yang peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
  • Mata wanita bersaiz sedang

Wanita tersebut adalah seorang yang sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

  • Mata wanita bersaiz lebar

Wanita tersebut adalah seorang yang cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
  • Mata wanita selalu berkedip
Wanita tersebut adalah seorang yang pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik
  • Mata wanita jarang berkedip
Wanita tersebut adalah seorang yang istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
  • Mata wanita cengkung
Wanita tersebut adalah seorang yang kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.
  • Mata wanita redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.
  • Mata wanita seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, January 03, 2013

Aku rindu Ros Ritsu

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Mood aku nga sedih nie. Alkisahnya, aku baru je habis satu paper petang tadi. Balik Rumah je landing depan tb tue..aku log in facebok mcam biasa. Tapi dia kata error. Aku check email n password.. ehh betol..tapi kenapa xleh? Aku cuba lagi, tapi dia kata error.  Dia xkata la error tapi memang xleh bukak. 

Aku kena Phising ke? Orang report ke? kena banned ke? 

 Aku whatsapp si Iqkage ni, fb aku xleh bukak. Lama gak dia xbalas. Then dia kata fb aku kena block, facebook anta code kat handset. Aku yang blur and xfaham, aku tanya dia kenapa, kenapa leh jadi macam ni. Ko tau dia balas apa, errrr dia maki hamun aku. Katanya aku xdengar cakap dia dari dulu. (aku senarnya nak nanges ni HaHaHa). Dia suh aku bukak fb dia, chat sana. Kena marah lagi :( . Dia suh aku wat sendiri sebab fb bagi aku 3option.


 Dia kata, kalau aku xleh wat, terok aku kena maki ngn dia. Aku sabar2 pon, tapi terasa gak :( kesudahannya memang aku xleh buat. Aku tak tau nak cakap apa sekarang, tapi ayat dia, dia suruh aku g tenangkan dan muhasabah diri aku... lagi sedih. Aku tak bukak pon fb aku hari ni!!!!! ARGHHHH geramnya..mcm nak marah..tapi kalau marah, lagi terok. better aku diam :( tapi aku sedih..sedih gila woiiii... :( 

Aku rasa ketiga2 method tu semua xleh pakai.. no tepon? dari tadi Mark xanta kat aku! recognized pic of ur fren? aku dah lepas sesi mengecam pic.. mai yang last tu.. aku xkenal. Sape ntah upload pic beruk aka kera... berok sape tu? mana aku nak tau..memang random Mark nie pilih!!! urghhhh org tu pon agak -agak la nk upload pic berok! muka ko xda ke? kalau aku tau sape empunya beruk tu.. siap ko!!!
Berok sape ni??? :/
FAIL!!! Aku kena gelak ngan iqkage, kena marah, kena maki :( dah la aku sakit hati, dia pulak marah2.. renyuk hati aku ni..siyess terasa kali nie.. :( nak wat fb laen? Aku start dari 2010 kot... :( 

p/s: aku harap sangat esok2 fb aku leh bukak :( n ni sume mimpi...

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Tuesday, January 01, 2013

!Hello 2013!

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
Hye, ketemu lagi. Dalam nak xnak aku berblog, aku tewas gak. Perasaan ingin coret entry pertama untuk tahun 2013 datang menbuak2 dalam diri. Sambil menyaksikan slot Akasia TV3 iaitu Setia Hujung Nyawa , aku menaip la sikit2. Actually tak da pe aku nak kongsi kat cni, pasal tahun baru tu pon aku sambut kat rumah sewa ja. Tapi sempat la jugak tengok bunga api jiran aku punya. Errr,,sunyinya HuHu. ingatkan tak dapat wish dari orang dah..maklumlah da makin besar..hehe orang pon makin lupakan kiter..hurmm.. tapi aku dapat mesej officially dari my sayang,,Iqkagay (ejaan sebenar IQKAGE) in short pangil kage. Abang ikage! tak biasa panggil abang :( 
" HAPPY NEW YEAR SYG.. x tau dosa ke x, yg kage tau harap2 dpat kkal dgn syg :) love u shahada"
okeyh!!! terharu tau.. ingtkan kage x amiek tau soal ni..:p ok stop situ. malam ni aku study betol2. Exam pertama aku start 3hb ni. Hwaiting!!!



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan