Wednesday, January 29, 2014

Cara Teguran Dalam ISLAM



Cara teguran yang mulia dalam Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW

Insan yang lemah seperti kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kesilapan ini akan berlarutan sekiranya tidak disedarkan ataupun tiada siapa yang menegur kita tetapi, tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka. Kita sering menilai siapa yang menegur, bukannya apa yang ditegur.

Dikisahkan dahulu, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Sayidina Umar r.a. Beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang melihat keadaan tersebut berasa pelik. Lalu mereka bertanya: "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?" Saiyidina Umar r.a. menjawab; "Ya dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar."

Biasanya, manusia tidak suka kepada teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego. Sedikit atau banyaknya ego itu bergantung bagaimana kita mengawalnya. Namun, walau setinggi mana pun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan kepada kita.

Diriwayatkan daripada Tamim Al-Dari r.a. Bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Agama adalah nasihat."Kami pun bertanya: "Untuk siapa wahai Rasulullah?" Jawab Baginda: "Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemerintah-pemerintah umat Islam dan orang Islam." (Riwayat Muslim)

Orang yang memberi teguran juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang ditegurnya, jangan dilabel sebagai "Cakap tidak serupa bikin". Biasanya, orang akan menilai keperibadian orang yang memberi teguran, tacit dikecam bak kata pepatah, "bagai ketam mengajar anak berjalan lurus". Jadi, orang yang menegur perlu berwaspada terhadap kata-katanya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengigatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit. Islam telah menyediakan garis panduan dalam membuat teguran.

Niat kita menegur seseorang itu mestilah betul, demi kebaikan orang itu dan bukannya bertujuan menjatuhkannya, menghina, menunjukkan keaiban atau apa-apa jua niat buruk, Elakkan "memilih bulu" apabila ingin menegur; jika orang itu kita tidak suka, jangan pula kita biarkan sahaja walaupun dia patut ditegur.

Sebelum kita membuat teguran atas apa jua alasan, tiga faktor tersebut perlu diambil kira:

1.Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur.
2.Waktu yang sesuai untuk menegur.
3.Memahami kedudukan orang yang ditegur

Cara kita menegur juga perlu berhikmah. Kita bukan sengaja mencari-cari kelemahan dan menegur seseorang. Teguran mestilah kena pada tempat dan masanya.

Firman Allah yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah Al-Nahl 16: 125)

Cuba kita bayangkan, apakah yang akan berlaku jika perlakuan buruk yang kita lakukan tiada orang yang mengesan dan menegur? Atas apa juga alasan, kita akan meneruskan perbuatan itu tanpa disedari. Jika hari ini ada orang yang menegur perbuatan itu, mungkin kita dapat mengubah, hasilnya nasib kita juga mungkin berubah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tiga perbuatan yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah s.w.t. dalam segala situasi, saling menyedarkan antara satu sama lain dan mengasihi saudaranya (yang memerlukan)." (Riwayat al-Dailami)

Hidup seorang mukmin seharusnya menjadi cermin kepada mukmin yang lain. Jika kita melihat sesuatu kebaikan yang dilakukan, kita harus memberikan pertolongan dan sokongan agar ia mendatangkan kebaikan kepada Islam.

Jika berlakunya kemungkaran dalam masyarakat, kita harus menegah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya." (Riwayat al-Bukhari)

Marilah kita tegur-menegur secara berhikmah dan berbudi bahasa sesama kita supaya kita menjadi umat Islam yang hebat. Terimalah teguran dengan perasaan bersangka baik supaya kita dapat memperbaiki diri dan mengeratkan silaturahim antara mukmin. Berilah teguran dengan niat yang ikhlas dan cara yang penuh hikmah agar teguran dapat diterima dengan hati terbuka :)



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Kek Pandan Ros

Buat pertama kali aku mencuba kek pandan. Kenapa ada ros? Sebab aku yang wat.. jadilah kek pandan ros hehe. kali nie xde hangit2 dah k. Korang tengok textures kek tu, nampak mampat, gebu, dan cantik kan bentuk dia. Bukan nak puji, ada setengah orang buat kek ada yang xnaik, ada yang kempis ditengah-tgh.. ha.. ni yang aku buat. 


Bahan-bahan ( menggunakan marjerin)

2 cawan tepung naik sendiri/ tepung gandum pon boleh 
1 cawan gula halus
4 biji telur ayam (dibasuh)
1 1/2  marjerin
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan pati pandan ( pandan diblend dan ditapis) 

1. Masukkan marjerin dan gula kedalam mesin pengadun. Pukul sehingga kembang, kemudian masukkan telur dan pukul lagai sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanila, pati pandan, dan juga tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi, dan putar sehingga sebati.
3. Sapukan loyang dengan mentega secara rata utk mengelakkan kek daripada melekat setelah masak. Tuangkan adunan kek tadi kedalam loyang. 
4 Bakar pada suhu 170'C  sehingga masak dan sedia utk dihidangkan. :)




 

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, January 23, 2014

Cerahkan Kulit

Lobak 
Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Beras
Ambil dua sudu beras dan kisar halus. kemudian campur dengan satu sudu madu lebah bersama sedikit teh pekat. Gaulkan hingga kesemua campuran itu menjadi krim pekat. Sapukan krim tersebut pada wajah, kemudian biarkan ia kering dengan sendiri, kemudian bilas dengan air hingga bersih
kacang+Badam
Sediakan satu sudu kacang dan enam biji badam. Rendamkan kesemuanya dalam bekas berisi air panas dan biarkan semalaman. Esoknya kisar kesemua bahan tu atau tumbuk menggunakan lesung batu hingga halus. Sapukan pada wajah dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.
Telur
Pukul sebiji telur ayam dan campurkan dengan setengah cawan minyak masak kelapa beserta satu sudu madu lebah. Kacau sehingga rata dan peat. Setelah itu simpan dalam peti sejuk selama sejam sebelum disapu pada wajah. Biarkan selama setengah jam kemudian barulah dibilas dengan air bersih


Selamat mencuba :)



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Lebatkan Bulu mata



Basuh muka sehingga bersih. Ambil tangkai daun sirih dan dicelupkan kedalam lendir lidah buaya. Sapukan pada bulu mata. Amalkan setiap hari. 

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Petua Bibir Merah



Semua orang impikan bibir merah bak merah epal. sini korang leh cuba utk dapatkan bibir merekah bak delima gitu. selain dari menggunakan produk dipasaran mungkin korang leh try cara nie pulak :D

Tomato
Sapukan isi buah tomato pada bibir setiap hari. Boleh lakukan beberapa kali sehari, tidak kira pagi petang atau malam. Bibir anda akan kelihatan segar kemerahan bak tomato.
Kunyit hidup+Santan
Tumbuksedikit kunyit hidup dan campurkan dengan sesudu pati santan. Sapukan pada bibir. Amalkan 3 kali seminggu.
Ubat gigi
Florida yang terdapat dalam ubat gigi sebenarnya boleh membuat bibir kita akan merah merona. Percayalah. Senang je cara dia amik sikit ubat gigi tu dan sapukan di bibir. Biarkan selama 3 hingga 5 minit dan kemudian bilas dengan air suam.  Buat lah selang sehari ke atau hari hari.. In Syaa Allah boleh buat ia kemerahan. tapi jangan banyak kan merah lebih dari bibir plak. hahahaha....  
Madu
Madu boleh mengurangkan kekeringan pada bibir dan semestinya akan membuatkan bibir kelihatan lebih merah berseri. Mudah juga, korang cume sapukan pada bibir menggunakan jari anda tp ingat pastikan korang dah cuci n bebas dari lipstick atau lip balm atau sebagainya. Madu asli ke madu segera ke apa ke tak kisah asalkan madu. campur sedikit dengan minyak zaitun pun ok jugak tau. setitik dua sudahlah ehehehe...
Daun Sirih
Ambil tiga helai daun sirih, tumbuk lumat dan perah airnya. Sapu pada bibir pada waktu malam.

Ok ini je yg dapat aku kongsikan. Yg ni pulak tips menjaga bibir, kata orang lebih baik mencegah dari mengubati kan?

1) Jangan biasakan diri menjilat atau membasahkan bibir terutama ketika bibir tengah kering . Ini kerana air liur mempuyai enzim yang menyebabkan kerengsaan pada luar bibir.

2) Jadikan lipbalm sebagai teman baik anda. Bawalah selalu keman-mana anda pergi.

3)Jangan gelupas atau tarik kulit bibir yang mati. Ia akan menyebabkan bibir anda luka dan berdarah . Seeloknya gunakan kain yang bersih atau wet tissue untuk mengelap bibir yang gelupas itu.

4) Pilihlah gincu yang sesuai supaya tidak tersalah pilih kerana ia akan menyebabkan bibir anda hitam dan kering. Bagi penggemar gincu juga, tidak perlulah menggunakan gincu yang sudah setengah tahun umurnya , kerana ia akan merosakkan bibir anda.

5) Elakkan daripada selalu memakan makanan yang pedas , panas dan bergetah seperti duku.

6) Bagi yang gemar menggunakan bahan semulajadi , hirisan tomato boleh di saukan pada bibir anda . Biarkan selama 10-15 minit dan lakukan nya sebanyak 2 3 kali sehari. Hasilnya , bibir anda kelihatan lebih halus dan bebas dari pecah-pecah.

7) PENTING!! amalkan meminum AIR yang banyak kerana penyebab bibir kering dan pecah-pecah adalah disebabkan kekurangan air dalam badan. TAHUKAH ANDA manusia memerlukan 70% air dalam badan?  





Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Petua Awet Muda



petua nie khas utk wanita yang inginkan awet muda. maklumlah umur kita makin meningkat, tambah pulak dengan keadaan cuaca dan persekitaran. Percaya lah, kita terdedah dengan bahan kimia setiap saat. So boleh lah try petua ni yerk :D

1 batang lobak merah
1 sudu besar tepung jagung
sebiji kuning telur

cara-caranya, parut lobak merah dan gaulkan dengan tepung dan juga kuning telur sehingga sebati. Sapukan ke wajah dan leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering dalam masa 20minit. Bilas dengan air bersih dan suam. 
Amalkan selalu, inshaAllah :)





Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, January 22, 2014

Kek Mentega

baru2 nie aku belajar utk membuat kek mentega. disebabkan faktor senang dari segi bahan dan juga tidak complicated, so ini lah hasilnya :D



Bahan-Bahan untuk Resepi Kek Butter 
250gm butter 
200gm gula kastor 
5 biji telur gred A 
210gm tepung kek 
1/2 sudu teh serbuk penaik 
1 sudu teh esen vanilla sodium 
60ml susu segar/ wholemilk 


Cara-Cara untuk Membuat Resepi Kek Butter Moist Mudah
1) Pertama sekali, putar butter dan gula sehingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanilla dan putar dengan rata. 

2) Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh apabila diterbalikkan. 

3) Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga kembang. 

4) Masukkan telur kuning sebutir demi sebutir dan sambil terus diputar sehingga rata dan gebu.

5) Perlahankan putaran. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.

6) Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan.

7) Masukkan baki telur putih dan dikaup balik dengan menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

8) Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dialas dan ratakan. 

9) Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 °C selama lebih kurang 50 minit atau sehingga masak bergantung kepada ketuhar masing-masing. Boleh Kurangkan suhu pada 15 minit terakhir. 


selamat mencuba :p

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Tuesday, January 21, 2014

Pengertian Cinta Berbeza

Apa itu Cinta

Cinta ibarat pasir, makin digenggam,makin hilang, kalau dibiar pada tapak tangan akan hilang tapi bila dibawa berlari,lama-lama hilang dari tangan.

cinta ibarat menggenggam sekutum mawar, semakin keras kau menggengam, semakin duri menusuk tajam, namun semakin lembut kau memegang, maka semakin mudah sang mawar terbang terbawa angin

Cinta ibarat tin cat, ia mewarnai dunia orang yang mengalaminya

Cinta ibarat rambut,walau dipotong,ia akan tetap panjang,janganlah membenci cinta,kerana ia sebahagian dari kita,walau dibuang ia akan tumbuh kembali

Cinta ibarat kentut
ditahan perit
dilepas malu 
dah keluar...lega(perasaan bila nak luah cinta)

cinta ibarat rama-rama, makin kau kejar makin ia menghindar tapi bila kau biarkan ia terbang ia akan menghampirimu disaat kau tak menduganya



Cinta itu ibarat rama-rama, semakin kita kejar.. semakin jauh ia terbang meninggalkan kita... jadi biarkan saja rama-rama itu terbang kemana saja ia suka.. Siapa tahu, lama kelamaan ia akan datang juga pada kita tanpa kita menyedarinya.. Dalam keadaan yang tidak kita sedar.. mungkin rama-rama yang kita kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan buat kita..



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Monday, January 13, 2014

''Kangkong''

Hye semua Salam 1 kangkong. hari ni bila bangun je bukak fb penuh wall duk cerita pasal kangkong. Nak masak menu kangkong 3 rasa la, nasi goreng kangkong, kangkong celup tepung, Mckangkong, kangkong masak kicap, kangkong masak belacan, ice blended kangkong, sirap kangkong and macam2 masakan. Aku hairan. Eh apasal ramai orang update pasal kangkong kangkong ni? Hurm rupenya harga kangkong dah turun! Semalam PM kita dah buat pengumuman pasal penurunan harga kangkong adalah sebagai salah satu usaha kerajaan utk mengurangkan kos sara hidup rakyat. By the way, apa kaitan kangkong dgn beban kos sara hidup rakyat? Ape sebelum ni kita ada masalah dengan kangkong ke? Eh xde kan. kangkong tu skrg boleh dapat free jew  skrg ni, kalau dekat kawasan kampung ni berlambak kangkong dalam parit cuma rajin dan tak rajin je nk petik. Lain lah kalau dekat kawasan bandar, mungkin org bandar taksub dgn kangkong kot, itu sebab kerajaan turunkan harga kangkong hehe. Nonsence la. Aku pon kadang marah jugak dengan tindakan kenaikan harga utk barang-barang tertentu. Mana tak nya, harini aku habis RM10 sebab pegi print, sekaligus effect dekat harga barang.  Ini memang kelakar! dan penurunan itu tidak kelakar! 

 

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, January 03, 2014

Warm Welcome 2014

Hai! Hello! Annyeonghaseyo! Ahlan Wasahlan! tahun 2014. Sedar tak sedar kita dah pon masuk tahun baru iaitu tahun 2014! wow excited nyer!! uhuk uhuk excited ke? Hi Hi Hi kita pon tahu kan, bila berganjaknya helaian demi helaian, bulan ke bulan itu bermaksud pertambahan umo baru bagi semua orang, yang kanak-kanak da jadi remaja, yang remaja dah jadi semakin remaja, yang semakin remaja lagi jadi makin makin makin makin remaja. Apepon kita makin matang seiring dengan usia kita dan juga pengalaman yang lalu...
So.. aku dapati ramai yer Malaysian kita ni yang berazam.. dan kebanyakan nya berazam nak bina Masjid Perkahwinan. Urm satu bnda yang baik, dan dituntut dalam Islam berdasarkan Nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah swt  Surah An-Nur ayat 24:32
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" - Surah An-Nur 24:32
dalam hadis ni Allah Taala menyuruh serta menggalakkan umat nabi Baginda lelaki dan perempuan berkahwin, dan Allah Taala mengatakan bahawa sesungguhnya perkawwinan itu akan melipatkan kali ganda rezeki daripadaNya.

Dalam satu hadis Nabi juga ada menyebut:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"(riwayat Al-Bukhari)

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"(riwayat Bukhari dan Muslim) 

Lihat? tidak salah kita berniat begitu, benda yang baik kan. Aku pon berharap agar dapat ditemukan jodoh yang baik-baik dari kalangan yang baik-baik.. EHHH! kenapa tetiba cakap pasal kawen-kawen ni? Au bagi contoh situasi ja sekarang ni, terimalah ini sebagai satu nasihat atau mungkin semangat utk kita melakukan sesuatu pekerjaan. Wallahualam. 
Akhir kata, selamat datang 2014...


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan