Wednesday, February 26, 2014

kenapa sy memilih dia? sebab ALLAH dah pilih dia untuk sy


Semua orang ada pengalaman bercinta. Mungkin yang sedang baca ni sedang, pernah, mungkin tidak pernah bercinta atau sedang mencari? Saya doakan kita semua temui pasangan dan kekal hingga akhir hayat kita. Sepatotnya saya berbicara pasal percintaan halal, tapi saya akui saya manusia biasa yang tak terlepas dari mencintai dan dicintai. itu lumrah kehidupan kan. Ada orang pernah dikecewakan dan ada juga orang yang suka mengecewakan orang lain. Jadilah manusia yang tidak pernah mengecewakan orang lain biarpon begitu jangan pula anda suka dikecewakan. 
Entry malam ni saya bukan ingin membuka aib diri sendiri mahupon orang lain. Yang berlalu biarkan berlalu apa yang penting adalah masa hadapan.
 
Dari kecik kita belajar meniarap, merangkak, bertatih, berjalan, dan berlari tapi kita tersungkur jatuh rebah ke bumi. Kita berdarah, sakit dan menangis tapi ada orang pujuk. Siapa? MAK! Begitu juga jika kita bercinta. Kita cuba mencintai, menyayangi tapi kita disakiti, putus cinta, kita menangis, dan ada paling teruk bunuh diri? jangan tau.. tak baik..berdosa besar. Kenapa tak bunuh diri ja masa kita jatuh dari kecik dulu? Dari cerita saat kita masih kecil tu, sama seperti kita bercinta, kita bahagia tapi kita disakiti, hati kita sakit dipermainkan, tapi tak bermakna hidup kita dah berakhir, kita bangun semula. Itu yang saya buat.. Entah kali keberapa saya jatuh tapi saya bangun saat ada orang hulurkan tangan. tapi saya jatuh berulang kali, saya menangis tapi saya bangun kembali. 
Saat kita jatuh, kita bangun. Dan kita takot untuk jatuh kembali. kenapa? Bila jatuh kan sakit, sebab tu kita xnak jatuh lagi. Sama juga kita, takot untuk bercinta lagi. Sampai kita ambil keputusan untuk elakkan . Itulah alasan yang saya beri kepada mereka. Memang saya takot, kerana bila saya dah menyayangi seseorang, saya akan menyayangi dia sepenuh hati saya. Dan bila saya dah benci seseorang, bermaksud tiada peluang kedua. Saya pernah memberi peluang kedua tetapi keadaan sama juga. Peluang kedua ibarat kita mengulangkaji buku sejarah dimana kita dah tahu penamat ceritanya. 
Point here is, kita harus faham sebenarnya bila kita menerima seseorang bererti kita harus bersedia untuk kehilangan dirinya. 

Tajuk yang sangat simple tapi dah cukup buat seseorang senyum kalau membaca. Soal jodoh, rezeki, maut adalah ketentuan Allah, yang mana kita xboleh pertikaikan. Soal rezeki kita boleh cari, juga jodoh kita boleh mencari, maut akan datang bila2 masa dan kita tak boleh menghalangnya. 
Siapa 'dia' tak siapa tahu. Cuma saya berharap dapat luahkan kepada ''dia'' suatu hari nanti. 



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Saturday, February 22, 2014

Perlu ke Cemburu

Orang kata cemburu tu tandanya sayang?? kalau tak cemburu tu namanya tak sayang ke?? tapi ada juga orang kata yang cemburu tu satu kelemahan.. dan macam-macam lagilah.. tapi bagiku cemburu tu adalah satu lumrah kerana di situ letaknya kasih sayang kita pada orang yang kita sayang.. dan seseorang itu tak kan pernah lari dari perasaan tersebut..Cemburu disini ada dua kategori. cemburu yang profesional dan cemburu buta
Ok..aku juga memiliki perasaan itu.. tapi perasaan tu kita sendiri boleh kawal. bertindak la secara profesional supaya perasaan ini tak memakan diri kita. sebab bahayanya perasaan cemburu ini boleh memutuskan sesuatu perhubungan.. bila kita lihat, bahaya kan cemburu ni?? sebelum tu mari aku kongsikan bagaimana Aisyah mengawal perasaan cemburu dia ye.. supaya boleh dijadikan ikutan..

Dari Abu Hurairah, Aisyah berkata : “Aku tidak pernah merasa cemburu kepada seorang wanita sebesar rasa cemburuku pada Khadijah. Aku tidak pernah melihatnya, tetapi Rasulullah sering menyebut dan mengingatnya”. Ketika menyembelih seekor kambing, beliau selalu memotong sebagian dagingnya dan menghadiahkannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Aku pernah berkata kepada Rasulullah, ‘Seperti tidak ada wanita lain di dunia ini selain Khadijah’. Rasulullah menjawab, ‘Khadijah itu begini dan begitu, dan dari dialah aku memperoleh anak.’” (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan Baghawi)
Begitu detail Aisyah, isteri rasulullah yang jelita menceritakan rasa cemburunya. Dan itu diungkapkannya kepada semua orang yang berniat mendengarkan kisah tauladan dan perasaan yang dialami Aisyah.
Bagaimana seorang wanita menceritakan rasa cemburunya, kejadian demi kejadian yang secara jujur pasti menyakitkan dan membuat hati rasa teriris pisau. Namun Aisyah dengan cara yang sangat professional ternyata mampu mengatasi itu semua serta menceritakan semua kejadian dan perasaan yang dialaminya untuk dijadikan pelajaran bagi siapa saja yang mendengarkan bahkan sampai beratus tahun kemudian.

Aisyah akan terus bercerita tentang kisah hidup rumah tangganya berulang kali sampai sekarang, seakan-akan apa yang dialami oleh beliau baru beberapa hari yang lalu terjadi. Sehingga kitapun seakan hadir pada waktu peristiwa itu terjadi. Subhanalloh demikian indah beliau menggambarkan perasaannya yang secara fitrah pasti tidak enak, karena sikap profesionalnya yang dilandasi keimanan yang tinggi.

demikian profesionalnya dia dalam menjalankan tanggung jawab sebagai isteri terdekat rasul yang meriwayatkan berbagai hadith, untuk dijadikan hikmah bagi umat. Aisyah mampu mengelola rasa cemburunya sehingga rasa cemburu itu dikemas dengan indah sehingga menjadi cemburu yang profesional.

Sanggupkah kita memiliki cemburu yang profesional?, iaitu cemburu namun tetap professional, tidak menyakiti diri sendiri, tidak keanak-anakan atau mencelakakan orang lain dan atau marah marah tidak keruan, serta negative thinking ketika cemburu menyerang kita. Ternyata hanya keimanan yang tinggilah yang mampu membuat kita memiliki kepandaian untuk mengelola rasa cemburu sehingga menjadi cemburu yang profesional.
Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, February 20, 2014

My First Gadget ( Based on True Story)

Dari tadi duk cari idea nak update apa utk blog..hmm pikir punya pikir..aku terpandangkan handset aku ni, then review balik gadget-gadget yang pernah aku guna sebelom nie sampai la sekarang. Aku tak nafikan budak-budak sekarang xsama dengan budak-budak dulu kala ni. Baru masuk darjah satu dah ada handset sorang satu. Jangan kata darjah satu yang tadika pon xlebih xkurangnya.. Kita ambil aura positif oke, untuk keselamatan, utk senang mak bapak diorang nie hubungi ketika kecemasan, rindu pon bole kan. 
TAPI!! haa.. tapi bagi orang yang mcm aku ni, yang sederhana molek ni kan, memiliki handset pada usia 18tahun! Ini FAKTA! Dalam erti kata lain, aku xdak pon bercintan cantun masa sekolah menengah hehehe.. Itupon masa masuk UiTM kat Arau. Yela sebab berpisah dari family hurm sedih2.. so nset yang pertama ni kak ina yang tolong beli hehe jenama NOKIA. Bukan Nokia 3310 yang baling anjing leh mati tu :p 
Nampak? yang atas ni la handset aku yang pertama tahun 2007. Ada lampu kat atas berguna utk suluh dlm bilik asrama. nada dering pon monofonik.. tret tret tret.. hahaha mmg kelakar. Masa tu duk hostel ngn kengkawan. Rindu pulak zaman tu. Nokia ni mmg tahan sampai skrg ada lagi kat umah aku, cuma xda sape guna. utk kecemasan kalau habis bateri hehe
Bila masuk sem dua, da remaja cikit, baru teringin nak bli nset lain lak. Masa nie jiwa memberontak sebab jeles tengok kengkawan, roomate ada nset canggih2. bercakap pasal handset, masa ni la jiwa kami memberontak, memang jenis nk menunjuk gila hehe.. kalau dulu monofonik, second ni, advance cikit polifonik and ada camera. casing dia leh tukar-tukar. tapi ni da rosak.
Dengan teknologi yang semakin berkembang dan umo yang semakin meningkat, dunia teknologi makin berubah, Ni la nset aku yang ketiga. masa tu aku di semester 4 dekat arau. Dari Nokia, aku bertukar kepada Sony Ericsson. Actually aku xpasti sony apa, tapi lebih kurang mcm atas ni la. Warna Putih. masa aku beli tu MYR400. Masa ni jiwa aku kata nak nset yg ada memori, mp3,camera. So setelah berpusing satu Arau dengan kengkawan Leen, Nadia, and Yana, ina mungkin kot.. akhirnya aku beli ni. Thanks Korang :)
Macam yang aku kata tadi, zaman dah berubah, teknologi makin canggih, orangnya pon makin bijak. Dan aku pon yang makin cerdik ni, mula berminat utk mencuba sesuatu yg baru. Nokia Express 5800 menjadi pilihan dihati setelah diperkenalkan oleh saudara Hamdi dari WD (M) Sdn Bhd. Aku beli nset dari dia la. Ada memori 8gb, 1st and 2nd camera, and ada pen lagi tu. Pe lagi, siap tenyeh la ari2 haha. Last2 pensil dia hilang huhu hilang kat kedah. Masa ni aku da habis belajar dan sambung ke uitm kedah.
Bila dah jemu..bukan jemu, tapi nset nokia tu da rosak sebab skrin dia jadi cam ne ntah . So aku bertukar arah pergi ke Samsung. kali ni Samsung young pulak or SGY. ni aku beli masa semester dua dekat lembah bujang, rumah sewa 47B. Yang ni pon touch-skrin jugak. Lebih smooth lagi berbanding dengan sebelomnya.


Ok lastly, sampai sekarang ni dan saat ni yang aku tengah taip ni, nset ni la yg aku guna sekarang. Apa? xnampak? nasibla, dapat tgok sisi pon jadi la haha. Baru ja beli, agak la baru beli, 13/9/2013 hari Jumaat. tarikh dan hari yang aku xkan lupakan  sebab berlaku dua kejadian. yg pertama moment aku beli benda ni, and kedua sebab personal ckit. sedih sgt :(  lantak lah dia.  Akan datang..mungkin bila da keja nanti, mungkin la kan.. mungkin... noted that, semua ni aku beli sendiri, cuma yg pestime tu je akak yang beli.

pada adik-adik tu yang spenda pon mak bapak yg tolong belikan, xyah nak kerek sangat pakai nset mahal2..bukan korang yang beli. :p 

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Sunday, February 16, 2014

Rumput dan Kasih Sayang


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kpd gurunya. ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : cikgu, mcm mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yg paling kita sayang? mcm mana jugak kasih sayang tu nak berkekalan?

Cikgu : ok. kamu ikut apa yg cikgu suruh. kamu pergi ke ladang. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. dan pilih yg paling cantik, bawa ke kelas.

apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai pun rumput di tangannya.

Cikgu : kenapa tiada rumput yg dipilih?

Pelajar : tadi masa berjalan, sy carilah rumput yg paling cantik. memang ada banyak yg cantik tapi cikgu kata pilih yg paling cantik, maka sy pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai di penghujung padang, sy tak jumpa pun yg paling cantik tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yg sy boleh petik.

Cikgu : ya, itulah jawapannya. maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yg kita sayang, janganlah kita mencari lagi yg lebih baik dari itu. kita patut hargai orang di depan kita sebaik-baiknya. janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yg berlaku tetap dah berlaku. semoga yg berlalu tak berulang lagi. dan ingatlah orang yg paling kita sayang itulah yg paling cantik dan paling baik.walaupun nak ikutkan banyak lagi yg lebih cantik dan baik seperti rumput tadi.
**************************************************************************

Maknanya, kita harus hargai orang yg sentiasa ada disamping kita. tatkala kita sedih dan tatkala kita gembira. dia sentiasa berada disamping kita. tapi lumrahlah, manusia tak pernah puas dengan satu. selalu inginkan dua tiga dan seterusnya tanpa menyedari ada yg terluka. namun atas tiket sayang, dia tetap setia. walaupun dihujani pelbagai masalah dan dugaan. itulah nikmatnya kasih sayang, jarang sekali orang menyedarinya.



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Saturday, February 15, 2014

Finally End of Study

Result universiti baru je keluar semalam, (Jumaat). Refresh email xdapat-dapat lagi. Eleyh, macam lah aku nak tengok time tu jugakkan..paling koman pon tgu sehari dua baru tengok. Beberapa jam sebelom  keluar result UiTm tu, kecoh dekat whatsapp group Alumni UiTM kedah iaitu aku, Sarah, Yana dan juga Ekin. Masing-masing takot da xsabar nak tau keputusan  masing-masing. Akhirnya kitorang tunggu result pukul 9 esok pagi (semalam). Seeprti Biasa aku xbukak lagi, takot weyh. series takot. Memang setiap kali result keluar ja, rasa nak demam. Ingat senang ke nak lulus hehe..usaha tau. Kawan-kawan duk bagi nasihat suruh tengok gak. Dah usaha kan..tawakal je la ape-pon. 
Pukul 2 lebih kot, aku bukak jugak student portal. Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................!!!!!
tengok jugak akhirnya. Walopun tak mencapai target seperti yg diinginkan, tapi meningkat jugak la ..boleh la.. syukur, pass! 
BIG HUGS to my MOM and DADDY, my family sebab selalu ada bersama adik, membesar, mendidik, merotan, membesarkan sampai dah jadi anak dara! hehe.. Adik xkan hampakan korang semua.. 
and to my teachers, all my friends and u! because of everything. yang dikecewakan, or mengecewakan , yang pernah hadir dan pergi selepas itu, awak adalah sebahagian daripada ini. 

Plan selepas nie? InsyaAllah bulan 4 ni bertunang..  :) Aminnn... dengan sape? aku pon xtau >.< kalau 40 org yg baca ni sebut 'amin' ... insyaAllah benda yang kita xsangka mungkin termakbul.. hehe 
Selepas ni kita jumpa di Shah Alam tau.. bawak bunga sixe XL and Bear sixe XXL.. bunga ros tau sebab nama ros :p InsyaAllah :)

“Yang bernama ilmu itu bukanlah kepandaian atau banyaknya meriwayatkan(sesuatu),melainkan hanyalah nur yang diturunkan Allah SWT ke dalam hati manusia.Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah SWT dan menjauhkannya dari kesombongan diri”

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan