Thursday, December 22, 2016

TERIMA KASIH KERANA HADIR DALAM HIDUP SAYA WALAUPUN UNTUK SEMENTARA


Manusia merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cinta, sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.
Tak siapa tahu, tak siapa menduga hubungan yang terbina hanya bertahan untuk seketika. Aku tercari mana silapnya. Ya, memang banyak silap. Terburu-buru. Awak, kenapa buat macam ni kat saya :( Awak pernah berjanji yang awak x akan tinggalkan dan x akan siakan saya. 


Pernah sampai satu tahap, saya terlalu menyayangi awak dan takut untuk kehilangan awak. 
Allah tarik balik nikmat tu untuk saya belajar tidak terlalu menyayangi manusia kerana manusia tak akan kekal selamanya dan akan pergi bila masa sahaja.

Mungkin saya patut berterima kasih kerana menyedarkan saya untuk mencari seseorang yang menyayangi saya dan tahu menghargai saya dan tak akan tinggalkan saya. 

Tapi sakit awak.... sakit sangat..setiap kali sara rasa sakit, setiap itu juga lah saya banyak menangis, menangis utk melupakan awak. 

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, August 25, 2016

KEK PISANG GULA HANGUS


Kali ni aku nak kongsi kek pisang gula merah. Ceritanya bila aku ternampak video 'Tasty' kat fb. Dia punya video tu teros buat aku terliur. Sejak dah jadi tunangan orang ni, rajin pulak nk godek2 resipi. Sedap ke x, itu kita cerita belakang hihihi. 

yang nie kek pisang yang aku buat baru ni
Bahan Utama

5 @ 6 Biji     Pisang ( emas/berangan depend pada korang)

Bahan A - diayak bersama

2 Cawan       Tepung gandum
1 sdb             bikarbonat
1 sdb             baking powder


Bahan B - (mixer/kacau sebati)

3 Biji                  Telur
1/2 Cawan          Minyak/butter
1/2 Cawan          Gula halus nk manis letak byak, depend ye)
1 sdb                   esen vanilla
1 sdk                   garam halus

Bahan C - (dipanaskan atas api sederhana)

3 sdb             Butter
1/2 Cawan    Gula Merah

Cara-caranya :-

1. Lenyek pisang dalam satu bekas sampai sebati. Nak blender pon boleh, letak air sikit je. Tapi aku guna garpu, xnak halus sangat. Bila dah siap, ketepikan dulu.

2. Bahan B korang satukan dan kacau sampai dia sebati. boleh guna mixer hand atau guna senduk kayu pon boleh. Bila dah siap, korang satukan Bahan A yang korang dah ayak tadi, masukkan sikit2. Kacau perlahan. Then korang masukkan bahan utama iaitu pisang yang korang dah lenyekkan tadi.

3. Step diatas ni, korang kacau sampai pisang n tepung dah bersatu dgn jayanya. Kemudian ketepikan dulu.

4. Untuk Bahan C pulak, dalam periuk, korang tuangkan butter, sambil panaskan, korang letaklah gula merah. Kacau sampai gula merah tu dah cair and pekat sikit. Jaangan terlalu pekat sangat, agak2 so so asalkan dia boleh mengalir.

5. Tutup api. korang amik loyang, sapukan butter sikit sebab xmau bagi kek melekat nanti. Tuangkan campuran gula merah  tadi dalam loyang, biar sejuk sikit. Korang potong lebihan pisang, bulat2, tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal. Korang susun dalam loyang.




6. Dah siap susun, masukkan adunan pisang dan tepung. Bakar pada suhu 200C selama 40-45 minit atau sehingga masak. Hidangkan masa panas. Nak lagi sedap, makan dengan ais krim vanilla <3


Sekian, Selamat mencuba yer :)






Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan