Saturday, December 29, 2012

FiNaL HopE 2012

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Selamat berhujung minggu buat korang yang kebetulan nak tahu apa yg aku nk tulis di cni :p  Malam ni jiran aku wat BBQ! actually BBQ ni atas kerjasama dr semua org, masing2 mengeluarkan titik peluh membeli, memasak, membakar. Bila aku cakap passal bakar2 nie, aku tak jamah lagi ayam bakar! lambat sangat ekpon dorang bakar, aku malas nak tunggu :(

"Fir! tolong amek ayam bakar kat kak satu :p"
and belum sempat aku nak pesan ke adik aku sebelum dia kuar rumah, berlari2 dia kesana.. -__-  ok tinggal la pasal ayam tu..lari topik!


Tirai 2013 bakal menjelma tidak lama lagi iaitu dua malam lagi dan tirai 2012 akan melabuhkan jendelanya ..hurmmm sedih.. kenapa "Final Hope 2012" ? Errrr... aku bukan nak wat impian baru ke hape ke kan. Tapi aku takot mungkin kali ini adalah post aku yang terakhir utk tahun nie 2012? Tak sape tahu kan. Actually aku wat ni sbb aku rasa, esok lusa aku mungkin xtulis blog..hurmm dengan nak final lagi.."tolong doakan aku eh :) thanks ^_^
dan sebab kedua maybe aku xleh online kan diri..apepon aku ucapkan selamat menjejak ke tahun 2013.. yeay!!!!!

Final Hope: 
aku bukan nak wish apa2 or nk azam ni nk azam tu..sedangkan azam yg lama pon entah capai ke nth tidak and aku sendiri dah lupe apa azam aku. >.< tapi aku rasa yang paling dekat adalah status aku.. rasanya aku penah azam, nk bertunang tahun 2012..paling kecik pon impian tu..HaHa.. ckit je lagi, tapi aku tak hargai peluang masa tu...hurm ok forget it.. kita tengok lak tahun nie mcm mana  ^_^

Well! aku senarnya..teringin nak memiliki gadget! aku nak Samsung Galaxy Note II.. lantak g r kalau ada yg lebih hebat dr nie. tapi bagi aku kalau dpt nie, xpegang dah laptop. Walopon orang laen dah mampu nak beli, tapi bgi aku..apa aku nak, aku akan dapatkan sendiri! termasuklah walopon aku terpaksa gunakan sebahgaian dr pinjaman.. OOpppSSS!! dari dulu lagi aku beli h/phone ikut hati aku, since diploma lagi and aku rasa aku dah tukar 5kali h.phone HuHuHu.. semua atas usaha aku sendiri..  terima kasih kepada PTPTN yg sudi menaja saya ^_^

p/s: kita merancang dan Dia juga merancang, tetapi sebaik-baik perancang adalah Dia












Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, December 28, 2012

Jumaat terakhir 2012

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Sedar tak sedar kita makin menghampiri penghujung 2012. Sungguh cepat masa berlalu dan kita tak sedar dalam masa yg sama usia kita makin meningkat naik. Dan tahukah kita hari ini merupakan jumaat terakhir dalam tahun ini??? Bila terpandang satu post di facebook barulah kita kalut2 tengok kalendar.. Bz nya kita dengan urusan dunia sehingga kita tak tahu apa yang kita buat :( 

Ape pun di sini aku mewakili DKnS blog ingin mengucapkan selamat tahun baru 2013 yang bakal menjelang tak lama lagi dan tahun depan jugak lah aku nak final HuHu. wish me good luck ok ^_^





Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, December 07, 2012

Khasiat Strawberry

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
Strawberry kalau kita tengok bukan sahaja cantitk dari segi rupanya, tapi banyak juga khasiat yang terkandung didalamnya. umumnya strawberry ini adalah sejenis buah herba yng kebanyakannya memiliki 200 biji2 kecil padanya dan terdapat hampir 700 jenis buah strawberry. 
warna MERAH yang terdapat pada strawberry masak itulah yang ada banyak khasiatnya. untuk pengetahuan anda, warna merah itu menunjukkan yg ianya kaya dengan pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi

kandungan yanag terdapat dalam buah strawberry ialah vitamin C, kalori,  dan juga antioksidan dimana ketiga2 kandungan ini memberi kesan positif kepada tubuh badan manusia.


Dengan komposisi nutrisi yang telah disebutkan di atas, strawberry mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Khasiat buah strawberry untuk kesihatan antara lain:

1. Memutihkan Gigi 

Asam malat yang terkandung dalam stroberi bertindak sebagai bahan yang akan mengikis dan menghilangkan beberapa noda pada permukaan gigi. Dengan mengunyah strawberry setiap hari dapat membantu untuk menyihatkan mulut, seperti: memutihkan gigi, menghilangkan bau mulut, dan membuat nafas menjadi lebih segar.

2. Mencegah kanser

Kandungan vitamin A, C, E dan Asam ellagic yang berfungsi melumpuhkan sel kanser dalam tubuh. Dan juga dapat mencegah terjadinya Leukimia. Leukemia merupakan salah satu kanser yang sangat mematikan dan buah strawbery dipercayai dapat mencegah terjadinya kanser sel darah.
Selain itu stroberi mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini akan melindungi tubuh dari serangan kanser. Kandungan antioksidan dalam stroberi ini pun tetap tinggi walaupun telah diolah menjadi bentuk lain, seperti selai atau jus. Selain itu, sebatian asid ellagik dan kuersetin yang ada dalam stroberi juga boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat, kanser payudara, kanser kulit, dan kanser hati.

3. Mengubati Jerawat

Kandungan asam salisiat di dalam strawberry mempunyai manfaat untuk mengubati jerawat secara alami.

4. Menghaluskan kulit

Buah strawberry mampu mengangkat sel-sel kulit mati. Gunakan stroberi ini sebagai lulur mandi. Untuk mendapatkan manfaat lebih, campurkan strawberi yang telah dihaluskan ini dengan susu dan minyak zaitun. Selain menjadi lebih halus, kulit pun akan tampak lebih cerah.\

5. Dapat mencegah terjadinya radang dan alergiStrawberry merupakan buah-buahan yang mengandungi gula rendah sehingga sesuai untuk diet penghidap diabetes, melawan radang sendi.


6. Kesihatan mata

Usia dan nutrisi mempengaruhi keadaan kesihatan mata. Namun dengan adanya zat anti oksidan yang dapat memerangi radikal bebas, tentunya penuaan boleh dicegah.

7. Kerosakan Fungsi Otak

Makanan dan persekitaran membantu penyebaran radikal bebas yang mengancam tubuh, radikal bebas tidak hanya menyebabkan penuaan, tetapi juga mengancam keadaan fungsi otak. Namun dengan adanya vitamin C dan fitonutrient tadi hal tersebut boleh dicegah.

8. Tekanan darah tinggi
Karena kandungan potasium dan zat besi, Strawberry sangat efektif menekan tekanan darah tinggi dan membuatnya lebih seimbang kembali.

9. Penyakit jantung

Kerana tinggi serat, folat, vitamin C dan anti oksidan, Strawberry cukup berkesan mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh, dan mencegah penyakit jantung.
Kandungan serta khasiat buah strawberry untuk kesihatan ini diambil dari beberapa sumber. Semoga bermanfaat dan lebih memotivasi anda untuk hidup lebih sihat dengan pengambilan buah strawberry setiap hari.




Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Saturday, December 01, 2012

Aku Dia dan SuSHI

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Okey..disebabkan mak abah aku pegi melancong..tinggallah aku berdua dengan akak ku aida. Memang dari petang tadi kitorang rancang nak kua mlam ni..alasan, jalan2 cari makan :p aku pulak ngidam macam2..nak makan ni..nak makan tue..last2 kitorang pilih g tesco jew. 
1st sekali, makanan yang aku cari, adalah SUSHI!!!! errrr...da lama xmakan :( kitorang g area belakang sekali. tgok2 da habis..hurmm..masa tu pown da pukul 9 lebih..confirm2 da xde kan.. 

entry kali nie..aku nak cakap pasal sushi..bukan pasal dari mana dia dtg, cara2 nk wat, kebaikan or keburukan dia ni.. tapi aku nak cite satu jew daya tarikan sushi adalah dari segi bentuk nya yang comel dan berwarna warni..:)



menarik x..hehe.. feveret aku ialah sushi yang ada telur ikan kat atas tu..then yang ikan salmon tu..yang laen..xberapa sgt..tp kalau da lapar..makan aja.. hahaha.. jgn lupa wasabi ok.. <3


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

cinta jarak usia?

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
da lama aku menyepi dari berblogging, kerana bz dgn study, dan faktor 'internet' slow.. agak lama juga aku xberbicara ttg cinta, dan semestinya aku bukan Dr.Cinta or Prof.Cinta.. Hari nie aku bangkitkan isu cinta di usia berbeza.. apa yang usia berbeza ni? 



Cinta tidak mengenal usia, bangsa, negara dan perasaan cinta itu tiada batas. Salahkah mempunyai kekasih yang jarak usianya jauh lebih muda atau lebih tua dari korang? Tidak salah asalkan korang tidak menggangu kebahagiaan orang lain. Apa yang penting di dalam perkara ini adalah persepsi korang terhadap erti sebuah perhubungan.


Biarlah berbeza jarak usia asalkan korang tetap mencintai antara satu sama lain. Ianya tidak salah. Cinta itu sesuatu yang sangat luas pengertiannya. Asalkan tidak melampaui batas batas norma masyarakat dan agama, tiada masalah sebenarnya untuk korang bercinta dengan seseorang yang jauh lebih tua atau lebih muda.

Jangan risaukan kata2 orang, kerana yang bercinta itu korang, bukannya mereka. Pendapat yang baik, ambillah dengan hati yang terbuka manakala buanglah kritikan yang menghina dan menjatuhkan korang. Atasi semuanya dengan buat tidak tahu saja. Lama kelamaan persepsi buruk orang terhadap korang dan pasangan akan hilang juga nanti ditelan masa.

Apa yang sebenarnya korang perlu fikirkan adalah cara untuk membuatkan hubungan korang pasangan makin mesra dan serasi biarpun berlainan era usia. Ada yang senang bercinta dengan lelaki muda dan ada juga yang tidak kisah bercinta dengan lelaki yang jauh lebih tua.

Itu semua terpulang kepada individu. Korang yang bercinta jadi koranglah yang perlu bertanggungjawab di atas cinta itu. Seperti juga dengan pasangan pasangan yang lain, korang juga tidak akan terlepas daripada masalah. Dan rasanya masalah korang yang utama adalah masalah pemikiran yang berbeza.

Yelah, lain era lain pendapatnya. Tetapi korang boleh selesaikan masalah itu. Jangan runsing kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Yang penting korang dan pasangan dapat mengambil pendekatan saling bertolak ansur dan saling memahami, itu sudah cukup.

Antara yang selalu terjadi dalam kes pasagan berlainan usia ini adalah lelaki yang bercinta dengan wanita yang lebih tua, gadis yang bercinta dengan lelaki lebih muda dan gadis yang bercinta dengan lelaki yang jauh lebih tua.

Apa pun kategorinya, ia bukan satu masalah. Bercinta sajalah tanpa mendengar kata kata sinis dari orang lain. Asalkan korang dan pasangan bahagia. Siapa kata percintaan berlainan faktor usia tidak boleh bahagia? Boleh je, tapi sudah lumrah manusia ini yang sering mencari kesalahan dalam sesuatu benda.

Jika ditakdirkan korang menerima jodoh dengan seseorang yang jauh faktor usia, terimalah dengan hati yang terbuka. Cinta kan tetap satu cinta. Yang berbeza itu usia, bukannya perasaan korang. Perasaan korang berdua adalah sama, iaitu saling mencintai.

Pedulikan kata kata orang lain. Hiduplah dengan tenang dan gembira dan buktikan yang korang dan pasangan juga bahagia seperti orang lain. Hilangkan mentaliti masyarakat yang memandang serong terhadap hubungan atau perkahwinan dengan faktor jarak umur yang jauh berbeza ini. Apa yang korang boleh lakukan untuk menghiraukan kata kata orang adalah, ikat segera ikatan percintaan itu dengan perkahwinan yang sah.

Pasti kata kata buruk orang lain akan hilang juga nanti. Senang cerita, jadilah seseorang yang kebal dalam menerima kata kata tidak baik dari orang lain. Pekakkan telinga, kalau korang dengar cakap orang pun bukannya ada kebaikan kan? Makin merosakkan hubungan korang dan pasangan lagi adalah.

Tidak dinafikan, pasti sedikit sebanyak akan timbul masalah untuk memahami pasangan kan? Korang memang berkongsi satu rasa cinta yang sama tetapi lumrah kita cuma manusia biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula korang dan pasangan. Sebagai contoh, pandangan korang terhadap sesuatu seperti muzik misalnya, sudah pastilah lain.

Lagi panjang beza jarak umur korang dan pasangan, lagilah ada macam macam pandangan yang berbeza nanti. Hehe. Tapi tidak apa, ia sekurang kurangnya akan membuatkan korang lebih memahami di antara satu sama lain. 

p/s: aku malas nak karang, aku copy jer.. jangan risau..luahan dia sama jugak dgn luahan aku..wakakaka

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, October 19, 2012

Tinta untuk Rashidah Alias

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

SAHABAT
Hari ini..tak ada lagi puisi yang ku tulis untukmu
Hari ini..tak ada lagi kata-kata indah ku tulis untukmu
semua terdiam dan membisu
hanya tetsean air mata di pipimu
SAHABAT
Hapuskanlah air matamu..aku tak mampu lihat semua itu
padamu ku ucapkan sejuta Terima Kasih
kau tinggalkan kenangan yang tak kan terhapus
kaulah pengibur hati di saat lara
disaat suka dan duka
sejuta kenangan indah kala canda, tawa kita
bersama kita lewati semua
SAHABAT
waktu telah mengantarakan kita
pada satu titik pemahaman
bahawa dunia ini tidak ada yang abadi
kini saatnya kita harus berjalan sendiri
melangkah mengikuti takdir yang telah tergariskan
dalam ruang dan waktu yang berbeza
ketika kebersamaan menjadi angka
ketika canda tawa begitu brharga
SAHABAT
semoga waktu tak akan membuat kita lupa
bahawa kita pernah ada..kita pernah punya cerita
walau perpisahan ini menyiksakan luka kita
tapi yakinlah...
bahawa kau tak akan tergantikan.. SAHABAT..
abadilah tercipta lebih dari cinta 

Selamat Bertugas^^vv




Entry kali nie sangat bermakna buat diri aku dan dirinya . Siapa dirinya?ahakss... dia adalah kawan baek, kawan sepermainan, seperjuangan..kawan se'nangis', kawan se 'gado', kawan se'ketawa' dan kawan punya kawan.. walopon kami jarang berjumpa..maklumlah semakin meningkat dewasa..masing2 dengan kehidupan sendiri. aku masih di Uitm..dia pulak di kolej 'nursing'.. kenapa aku tulis pasal dirinya?
aku mendapat khabar darinya yang dia akan 'terbang' ke sarawak..owh..best gitu :)
''weh..best la duk tempat orang, mula-mula memang sedey tapi lama2 bila da kenal orang ..kenal tempat..baru best.. nanti bila duk sana jangan lupakan aku..keje la elok2..kumpul duit, then belanjalah tiket fly ke aku..ngeee.. nak jugak rasa fly g sana..xpenah wooo g sana.. sebelom tu aku tingin nak belanja hang makan McD, nanti tuntut lah kat aku.. aku belanja McD okeyh  :( sedey tau xdpt jumpa hang.. da la aku xda kawan,.. nanges tau x aku skrg nie..raya Haji kali nie..xdpt lah aku nk bergaya :( pepon gudluck yerk.. ''
notakaki| this entry dedicated to my BFF: RASHIDAH ALIAS fly to Miri
Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, October 18, 2012

Doa Dhuha

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^


''Ya Allah sesunguhnya waktu dhuha itu dhuha-MU, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu...Ya Allah jika rezekiku masih dilangit turunkanlah jika dibumi, keluarkanlah jika sukar permudahkanlah..jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu.. limpahkanlah kepada ku segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang SOLEH"

solat Duha ialah solat sunat yang dilakukan seorang muslimketika waktu dhuha yakni ketika matahari mulai naikkurang lebih 7 hasta terbitnya matahari ( 7.00 pagi hingga) hingga waktu Zuhur.Solat Dhuha boleh biasnaya dikerjakan 2,4,8, atau 12 ra'kaat dengan setiap satu salam dalam dua rakaat. 





Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, September 20, 2012

Kehadapan my Future Wife(s)

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Hari nie tamatlah minggu kedua pelajar degree belajar.. Esok jumaat, kami cuti. " kau xbalik kampung ke" " nak la balik..tp takut mak aku marah..hurmm.." nak tau kenapa mak aku nk marah? sebab aku dah balik minggu lepas..n hampir xnak balik ke cnie.. hehe..homesick laa katakan :) bukan anak mak..

ok tinggal kan cite tu.. dengan ditemani beruang housemate dan bantal strawberry aku..dan hp pavilion g4..aku ber'fb' walking lagi. aku terjah sorang demi sorang profile fb dorang.. then aku terjumpa note kt sorang wall mamat nie.. bukan calang2 org.. harap2 aku xkena 'gam' selepas copy paste dari note beliau.
aku tertarik nak baca surat yang dia tulis.. (xtahu la dia tulis or xpon dia copycat mcm aku gak) aku sekadar berkongsi kat cni je la..k ..Harap owner jangan marah :)


kehadapan my future wife(s) i menulis surat ini bukanlah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi..err..I..menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca surat ini perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju 


So, wahai my future wife(s)
I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun. I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem. 
Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan? Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi. 
My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan  berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak berharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak, I okey je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau. Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk rumah je jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah 1 lagi (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin. Hmm
You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. kalau you boyish sikit pon apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, i tak suka perempuan yang lemah lembuh sangat. nanti tak meriah rumah tangga. So kalau sekali sekala bergaduh, best juga kan? lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampaka katil di malam jumaat, kita berbaiklah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam jumaat.
My future wife(s),
you, i harap you reti memasak. you mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dna dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4, Banyak sangat. bukan tak mampu. tapi..Ehem. Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. asalkaan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. lagi pun, tak akan setiapa hari kita nak makan kat restoran kan? kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan i tambah lagi satu(cukup 4) kan ? I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak ernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. boyfriend you tu bukan bolh percaya sangat. Kebanyakannya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mpouth is bull****. So, don't trust them. Akhir kata dari i, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan, I imam you makmum, I baca doa you aminkan. You merajuk I pujuk. Perfect kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari you. takut tersalah pilih perempuan lain. you pun mesti tak naak jadi isteri ke dua I kan.
<3 Dx DotMy








Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, September 12, 2012

Dan sejak dari itu aku bukan lagi Ros Ritsu yang dikenali

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

dan sejak itu aku bukan lagi Ros Ritsu yang dikenali.. entry kali nie tajuk panjang..tp harap2 isinya xde la sepanjang si tajuk :) Biarlah aku berterus terang..aku xda mood sebenarnya nk titip2 kat cni..tapi kat mana lagi nak aku luahkan..
yer aku tegar ber facebok .. aku rajin on9..kadang sampai tak tido semalaman.. ''mak kau xmarah ke" ''gila kau..ada pulak xmarah..mestilah marah'' hehe.. itulah..mak aku sgt xsuka lau aku on9 ngadap laptop..kadang dari pagi sampai ke maghrib HuHu.. aku dgn dunia maya aku..gila kan?
ape yang kau 'update'?
macam2 yang aku update..kebanyakannya soal cinta..soal hati. Bila aku post ja ayat jiwang..org pon mula beri respon..positif negatif pon ada..tu yang aku suke! ada jugak org tnya..knp aku selalu post jiwang..mcm org bercinta..n putus cinta.. sebenarnya, itu mmg luahan hati aku.. tapi sumpah aku ckp.. ada jugak ayat yang aku copy paste.. and ada jugak ayat aku sendiri.. :) 
kenapa soal cinta? ada pengalaman ke?
aku suke post ayat cinta..aku xda pengalaman sangat bab2 cinta ni.. walopon org kata aku nie mcm dah ada sumone? ada ke? haha.. malas nk jawab. bagi aku pengertian cinta ni sgt luas hinggakan semua org leh sesat dlm menuju cinta yang kekal.. 

dan sejak itu aku bukan lagi ros ritsu yang dikenali
sejak bila aku bukan ros ritsu.. semuanya terjadi bila ada beberapa pihak yang menegor aku..xkesah la tegor ape.. dulu aku rajin post mcm2..sampai org remove aku dr fren.. kelakar kan.. kawan2 sekelas pon duk mengacah..ros ritsu terkenal dgn on9 fb.. dlm kelas nset mesti duk tekan2..ngee~~
ramai xtahu senarnya apa yang berlaku..fb kena hack pon pena berlaku..dicerca..dimaki..dikutuk pon pernah..well..aku sendiri pon xtahu kat mana silapnya..mungkin benar kata org tu..aku menunjuk2..aku megah2 dgn rupa paras..tarik perhatian org..
ramai yang xtahu?
aku sebenarnya pendiam..aku susah utk buat kawan.. ramai kata aku sombong..sampai block aku teros..betol weh..aku xtipu! aku xrapat ngn org..nth la..org pon mungkin pk aku ni memilih..aku senarnya xkesah anggapan org..sbb prinsip aku.. kita hidup bukan atas kaki orang laen!
dan bila berlaku tu..aku semakin hari semakin kurangkan pergaulan aku di fb.. mungkin juga aku sedang diperhatikan..adat sosial,,xsume org leh trime diri kita :)

jam pon dah menunjukkan kul 2..tido dlu.. nite :)


  



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, September 07, 2012

Tips Memasuki Semester Baru

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
Salam SaiyidulAyyam wat semua sahabat tak kira dimana kita berada..apa khabar Iman kita hari ini? 
harap semuanya baek indah belaka. Kali nie aku nak share tips memasuki semester baru. Kita pon tahu raya da lepas..ketupat rendang sume dah basi..yang dah keja tu..dah start keja semula..yang sekolah pon dah kalut2 g sekolah.. tapi yang bakal memulakan semester baru yang pelajar2 IPT nih.. aku xtahu la IPT laen start bila..tapi kalau UiTM nie akan bermula isnin nie..tp kelas aku bermula ahad nie!.. Maklumlah Kedah! HuHu.. "kau dah sedia lom" "kau jgn tanya aku la..mesti la.. berat nk melangkah" :p 
Anyway aku mewakili DKnS Blog ingin mengucapkan Selamat menempuh Semester baru wat semua pelajar IPT! utk adik2 junior tu mungkin nga seronok orientasi :)


TIPS Memasuki SEMESTER BARU by Me

  • Mental Fizikal Spritual

Paling utama adalah soal kelengkapan diri, kita  haruslah bersedia dari segi mental fizikal spiritual..bila bercakap soal nie..mestilah soal luaran dan dalaman kita. Disebabkan da lama cuti..mood study pon hilang ke mana nth..so sebelom masuk belajar mestilah kita cari semula mood belajar tu..slow2 k. fizikal kita pon harus kuat..kalau dah rasa xsehat tu..g la jumpa doktor peribadi ke..klinik..check sume sistem saraf samada fungsi elok x? hehe
  • Kelengkapan diri
Baldi?tikar? bantal? meja? bukan tu maksud aku..kelengkapan yang dimaksudkan adalah laptop..hey..laptop penting tau utk mahasiswa/wi.. nnt kalau kau masuk blajar kat IPT..kau tahu la penting mcm mana..telepon bimbit- supaya mudah menghubungi rakan dan keluarga..utk kegunaan emergency..nk call gewe kau pon boleyh :) data traveller- ape tu? pendrive la..senang nk tranfer maklumat..selain mudah dibawa ~kewangan- part yang penting! make sure kau pandai gunakana bajet kau dalam satu semester.. beli buku xpon potostat je dr senior.. jangan membazir! yang amik PTPTN tu, gunakanlah pinjaman kau tu sebaik  mungkin k. :)
  • Perancangan kuliah
sebagai seorang pelajar yang nak berjaya..mestilah ambil berat menegenai jadual kuliah..jangan bergantung pada kawan ja..sampai kls pon xtahu kat mana..subjek apa..lecturer yng mengajar pon xtahu sape! make sure kau kena rapat ngn lecturer k..lau x kau leh fail! 

hurm ape lagi ea..aku pon dah xigt.. semalaman aku pk ape aku nk goreng kat cni.. 
tapi bagi aku sendiri..penyediaan utk memasuki semester baru mestilah handphone and laptop. make sure handphone touchskrin tu elok..clear.sng digunakan masa exam test nnt..hehe.. tak faham? ok tak perlu paham pon..ekeke..

aku ucapkan selamat menempuh semester baru wat semua pelajar yang akan bemrula ahd dan isnin ini.. 


p/s: semakin tinggi level..makin susah 



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, September 05, 2012

Mereka Sudah, Aku Bila Lagi?

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
kalau dulu masa zaman sekolah..mesti sibuk tanya.." bilalah nak habis belajar''
then dah dapat SPM..mula melangkah ke alam universiti..belajar 3 tahun amek diploma.. pon duk tanya ''bila la nk habis belajar''
dah habis diploma..dapat pulak sambung belajar peringkat ijazah.. umo pon dah 23 da sekarang.. soalan yang selalu ditanya ''bila la nak kerja pulak''
tapi dalam sibuk2 nak habiskan sisa2 degree nie..fenomena yang hangat dan tak hangat sangat.. ramai rakan seperjuangan dah mendirikan rumah tangga! paling tak pon..ada yang mengikat tali pertunangan dulu..maklumlah..dah nak habis belajar..mestilah bertunang dulu..habis ja belajar.teros kahwin.. HeHe
kadang tu bila bukak je facebook..dah ada yang relationship, engaged,married tetiba =.=..bila gado teros jadi single lik..hahaha..budak2 macam tu la.. tapi yang tu tak hairan sgt.. bila ada kengkawan yang undang ke majlis dorang..siap wat 'event' and 'kad undangan' lagi.. itu yang teros kata " tahniah" then komen2..mulalah usik2 kita.."kau bila lagi" "aku tunggu kau dululah..nampak kau ramai sgt gf/bf'''
macam tu lah.. kadang yang bercinta bagai nak rak kononnya siap bucuk..beby boy.. baby girl..mama papa..ape pon xda..tapi yang diam2 ubi..yang tu la selalunya ada something kan... mcm kawan aku sorang ni..dah nak ada anak pon..yang da nak masuk dua orang..ada gak..hehe.. tp yang lagi dahsyat..yang da cerai pon ada! nauzubillah...

apepon aku ucapkan tahniah buat sahabat baikku..nurzahirah dan pasangannya di atas pertunangan baru2 ini pada 1 september lepas.. maaf xdapat g..jauh sgt.. hehe..insyaAllah lau kenduri nnt..kami g k :)
dan tahniah buat Hanisibrahim(Maksu) serta suami yang bakal bergelar ibu'ayh tahun depan..insyaallah..dan pada mereka2 yang bakal menamatkan zaman bujang..semoga bahgia hiangga ke akhir hayat. aminn..


Mereka Sudah, Aku Bila Lagi?
kekadang hati nie tertanya2..aku bila lagi? bila kawan-kawan ada yang usik usik..aku hanya mampu gelak..hehehe.. jawapannya aku pon xtahu.. yang pasti aku sedang menanti si dia.. Siapa? Aku pon xtahu..bukannya aku xda org yang aku suka..ada..tapi aku sendiri belom pasti..aku sendiri xtahu apa yang aku tunggu.. Aku bukan memilih kesempurnaan..kerna aku sendiri pon bukanlah sempurna..bila ada yang datang, aku rasa aku jauh sekali utk diri nya..aku bukan memilih..aku bukan ramai peminat seperti yang org selalu katakan..aku nie orangnya biasa2 saja..sederhana :)
"Hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, InsyaAllah ia akan datang esok atau lusa, atau bila-bila pun ia kehendaki, itu adalah sebahagian dari kekuasaanNya, Jodoh adalah perkara ghaib..tanpa ada seorang pun yang tahu bila & dengan siapa kita akan berjodoh..jujur ku katakan itu bukanlah perkara biasa tapi sungguh luar biasa"
p/s:  menanti bulan jatuh ke riba :p
Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, August 30, 2012

Adam & Hawa: Adam & Hawa - Episod 01


Adam & Hawa: Adam & Hawa - Episod 01

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

da lama nak tgok cite adam hawa ni..karya novel aisya sofea. lakonan mantap oleh pelakon kelahiran singapura nie..sape lagi kalau bukan Aaron Aziz sebagai adam mukhriz n heroinnya iaitu Nadiya Nissa sebagai ain hawani... tp sayang dorang muatkan dlm astro mustika.. umah aku mn de astro mustika :( arini aku terjumpa link ni..episode satu..jomm layannn

p/s episode sampai 80..bleh lah wat koleksi nak donlot nnt.. :)
Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Monday, August 20, 2012

SeLamaT Hari RaYa AidilFitri

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

dikesempatan ini saya Roshadah Che Raus pemilik blog Ceritera Dulu Kini Selamanya mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri wat semua bloggerz yang menyambut raya.. actually hari raya nie untuk semua kan.. xkira bangsa agama mahupun budaya..

nah..sedikit pantun untuk sahabat handal::
Buah Laici Buah Strawberi
Enak dimasak bersama ikan patin,
Selamat Hari Raya Aidilfitri ucapan diberi..
Mohon Maaf Zahir & Batin 
notakaki| Raya nie cuba kurangkan makan banyak tau..heHe.. pic raya erm nantilah upload HeHeHe





Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, August 16, 2012

Nak Kad Raya !

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
selamat pagi kamis wat sume blogger yg xbaca and yang xbaca..
seawal bangun arini dah kena mintak izin mak.." mak nak on9" hehehe..mak aku cukup xsuka bila aku on9..sebab bila aku on9..berjam-jam aku leh habiskan mengadap HP Pavilion g4 nie..orang nasehat pon xpenah aku dengar and xpenah aku amek peduli HoHo..
benda 1st mestilah aku bukak Facebook.. 



topik aku arini " Nak Kad Raya''.. imbas kembali zaman masa sekolah dulu..
bila nak raya ja, posmen la orang paling sibuk..Ye ke?rasanya sume org sibuk..aku pon sibuk gak..HaHa. tapi aku fokus posmen la kan..sebab dia kena antar kad raya..dulu selalu tgu2 posmen..and bila posmen masuk kampung ja..dalam hati harap sangat 
"abang posmen..surat utk saya xde ke?"
bila dapat surat..mestila kena tengok kepada siapa surat ditujukan..kalau dlu asyik lawan ngan akak2..berapa byk surat dapat.. selalunya aku la ketinggalan :( sebab aku kadang dapat satu dua surat ja..kadang xdapat langsung HaHaHaHa.. meme jeles :p

tapi sekarang zaman dah berubah, dunia dah baru, teknologi serba canggih,, khidmat posmen xdiperlukan lagi..posmen skrg hanya jalankan tugas antar surat rasmi ja HikHikHik.. maklumlah sekarang dah ada phone canggih, Ipad, nak yg lagi open.. FACEBOOK la..sekarang ni sume dah guna facebook, xhenti2 orang duk 'tag' kad raya.. aku pon xwat lagi..aku lebih suka rekacipta sendiri..tapi xthu la mcam mana lau rajin..aku wat la. :)

notakaki| lagi seronok lau dapat kad raya yang handwriting punya..kata orang ikhlas :p apepon Thanks to Abang Posmen yang menghantar surat..Jasamu Dikenang ^_^



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, August 15, 2012

Entry Bulan Puasa

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

dah lama x bertinta di cni
kalau dulu bz dgn final exam..sekarang ni bz nak raya..
tapi senarnya malas nk bukak cite :p

lagi 3ari kita Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan 1 Syawal
mood? aku pown xtahu rasa ape..kejap ok..kejap x..

sebelom aku bukak cite panas bulan lepas..
aku nak update dulu rupe belog aku nie..=.= tension tengok berterabur je 
and
aku nk ucapkan selamat mendirikan rumahtangga wat blogger 'idol' aku..HeHe
adik comel yang kini sah bergelar isteri di usia yang muda iaitu IreneNadia pada buln Jun lalu..bila la turn aku pulak yerk..HaHa


chumell kan..pasangan irene&amirul
note| teringin nak jadi macam irene n dpt laki mcm suami dia.. mcm perfect pulak :p


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, July 20, 2012

Saya menunggu seorang Wira bukan Lelaki

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^




Sebagai seorang muslimah, korang mesti berharap agar dapat seorang suami yang menyenangkan hati, kan. Seorang yang dapat melindungi dan mengarahkan korang menuju redha Allah SWT. Betul tak? Berikut merupakan ciri2 calon suami yang dicadangkan dalam penjelasan berikut:


1. Seorang Jujur dan Terus Terang
Dari awal pembawaan ini harus dipastikan dahulu, apakah dia adalah seorang lelaki yang jujur atau sebaliknya. Dari mukanya dapat dinilai seorang jujur atau tidak. Dari cara dia berkata-kata juga dapat ditentukan apakah dia seorang yang jujur atau tidak. Sejak awal korang harus peka dengan sifat ini kerana kejujuran seorang lelaki adalah hal yang sangat jarang2 berlaku untuk masa kini. Apabila dia memang orang jujur, dia tak hanya akan mengutarakan kebaikan-kebaikannya selama ini, namun juga kelemahan dan keburukannya ketika akan melamar korang.
2. Menghormati WanitaDi mata wanita, tentu wanita yang matang, bukan wanita muda, juga wanita yang telah bersedia untuk berkahwin, mendambakan seorang lelaki yang ideal dan sangat sederhana. Dia hanya perlu seorang lelaki yang mampu membuat wanita selesa, membahagiakan secara batin dan kata2. Memiliki sikap hormat, tak merendahkan, tak juga melecehkan meskipun dia lelaki cerdas dan lebih memiliki kemuliaan yang lain. Seorang lelaki yang benar2 tahu bagaimana memperlakukan seoang wanita. Menghormati secara profesional dan tak berlebihan. Dia memandang wanita bukan sebagai objek seks, namun menghormatinya dengan baik.
3. Seorang Lelaki Yang TegasTegas bukan bererti keras kerana ketegasan tak perlu ditunjukkan dengan kekerasan. Wanita akan lebih 'tunduk' dengan lelaki yang tegas, mampu mengambil keputusan, percaya diri, sangat konsisten dengan keputusannya. Dia dipilih untuk menjadi suami yang mampu membuat keputusan bagi keluarga. Semasa dia menjadi seorang pemimpin rumah tangga dia tak dapat mengambil kira semua kepentingan. Dia harus memiliki keputusan sendiri dan harus komitmen dengan keputusan2 yang dia buat.
Seorang lelaki memang dikenali sebagai yang keras kepala dan tak nak minta maaf. Meskipun sudah jelas telah melakukan kesalahan, tak ramai lelaki yang dengan rela hati mengatakan "Abang minta maaf, abang bersalah...". Ego mereka sangat kuat sehingga menghalangi kerelaan meminta maaf. Bahkan pada keadaan tertentu, kadang kala meminta maaf akan dilakukan bila dah takde pilihan. Lelaki jenis ini akan membuat wanita bertahan dan mendambakan menjadi pendamping hidupnya. Sayangnya para lelaki muda dan bujang jarang memiliki sikap seperti ini. Lelaki jenis ini biasanya sudah berkeluarga sehingga susah atau bahkan tak mungkin untuk mendapatkan cintanya.
5. Cerdas, Menguasai Banyak Hal
Sifat ini akan mengundang kekaguman para wanita kerana wanita selalu sahaja mempunyai banyak persoalan yang nak diketahui. Setiap kali bertanya, dia selalu dapat menjawab. Jawapannya tak hanya beberapa perkataan sahaja, tapi dah cukup untuk membuat korang terpesona. Meskipun tak memiliki ketampanan luar biasa, lelaki jenis ini banyak peminatnya. Kepintarannya cukup membuatnya mampu menaklukki hati para wanita.

Namun bila ternyata tak pandai menguasai banyak hal, seorang lelaki juga cukup dikagumi apabila dia mahir dalam satu bidang tertentu. Kemahiran dan kecerdasannya pada bidang tertentu sangat dihargai oleh kaum wanita.



6. Mampu Beradaptasi
Kemampuan beradaptasi dengan orang baru, keluarga baru dalam lingkungan baru juga menjadi nilai tambahan karakter seorang calon suami yang baik. Saat ijab kabul ditunaikan, suami akan tinggal di rumah keluarga isterinya buat seketika. Bila dia tak dapat membawa diri, kemungkinan besar dia hanya duduk terdiam di satu sudut atau mungkin lebih memilih untuk menyendiri di bilik tanpa mahu keluar.

Seorang lelaki baik seharusnya memiliki kemampuan beradaptasi. Bijak membuka sebuah perbincangan dengan siapa pun. Sehingga perkataannya tak berlebihan tetapi selalu mudah difahami.

7. Berani

Inilah sikap yang paling disukai, iaitu keberanian. Keberanian ini lebih kepada sebuah sikap positif yang didorong oleh mental yang kuat. Apabila mendapat tekanan hidup, dia mampu untuk melawan dengan kekuatan mental dan fizikal yang dia miliki. Dia berani untuk menjadi diri sendiri dan selalu membela kebenaran. Ketika dia memutuskan untuk melawan suatu kezaliman, dia sudah mempertimbangkan segala sesuatunya dengan matang. Bukan hanya sekadar bangkit tanpa perhitungan.

8. Berjiwa Besar

Lelaki yang berjiwa besar adalah seorang yang tak mudah menyimpan dendam dalam hatinya. Lapang dada dalam menerima kekurangan pasangannya, dan selalu memaafkan apabila memang dia dituntut untuk memaafkan seseorang. Dia sangat sedar bahawa setiap orang diciptakan tak sempurna, namun setiap makhluk memiliki kekurangan satu sama lain. Sehinggakan dia menyedari beberapa kekurangan pasangannya, dia tak menuntut lebih dan lebih memilih sikap menerima seadanya.

9. Kelak Bila Menjadi Suami

Apa yang dikemukakan di atas adalah ciri2 calon suami yang mungkin boleh dikenali dengan perkenalan. Namun bagaimana halnya kalau setelah berkahwin segalanya berubah? Korang dapat mengenali apakah suami korang nanti berubah atau tak, dengan cepat.

Suami bukan komander perang dan bukan juga bos, main perintah sesuka hati, caci maki selancar sampah di longkang. Bukan. Bukan macam tu. Suami adalah seorang teman hidup untuk isteri. Dia adalah seorang yang dirindui dan dikagumi. Selalu ditunggu dan dialu-alukan. Sehingga pada dasarnya dia adalah seorang yang keras dan tegas, namun ketika berinteraksi dengan orang lain, lebih2 lagi dengan isteri dan anak-anaknya, dia harus bersikap lembut agar mereka tak jauh dan berpaling. Sikap lemah lembut ini merupakan rahmat dari Allah SWT sebagaimana kalam-Nya ketika memuji Rasul-Nya yang mulia.


sources from "click here"



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Saturday, June 23, 2012

50 tips Untuk Pikat Lelaki

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
kenapa? bunyi macam kelakar eh..tak percaya yang girl leh pikat lelaki? kemon2..kadang laki ni lambat pick up..lambat respon..sebab tu ada keadaan yang buatkan girl bertindak dulu..but depend pada seseorang cam ne nak handle pasangan korang k.. HaHa lets reveal it....



1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!



notakaki| at least u must try at once...HeHe
selamat mencuba utk para gadis :)

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Tuesday, June 19, 2012

Bila Lelaki Jatuh Cinta

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami . Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. 

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi 
pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar 
isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :


  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
  • Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
  • Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
  • Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
  • Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
  • Dia akan mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
  • Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
  • Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.
  • Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
  • Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya. Lelaki yang jujur dan cukup `mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya. 
notakaki| mungkin ada sesetengah lelaki berlainan caranya..adakala lelaki lebih suka berdiam diri menahan EGO nya didepan perempuan


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, June 01, 2012

WeLcoMe JuNe

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Syukur ke hadrat Illahi..dengan izinnya kita dapat ber'tinta2' lagi..alhamdulillah :)
actually xda benda nk conteng2 kat cni.. nak kongsi pon macam banyak je kan..
Malam nie aku nak habiskan report opm aku...ahad nie kene submit..boleh lagi rilek =.=
esok aku balik ke umah sewa setelah seminggu cuti duk saje menghapdet status mengarut kat facebook HaHa

pasal cinta? 
hurmm...biarlah ianya menjadi rahsia..kerana dihati ini terlalu banyak perasaan..terlalu banyak yang pelu dihuraikan...wah! da macam terlalu dewasa nk cakap pasal nie.. EH! harusla..kawan aku da nak bertunang pown hari ahad ni..congrate Ekin.. pasni kena jaga diri lelok..untung la ada org sayang ^_^

after this nk habiskan sisa2 study..dengan presentation, test sana sini, ade lagi x eh kuiz? HeHe
Ramadhan pon akan tiba tak lama lagi..bagaimana dengan persediaan kita nak menyambut bulan Islam yang dinanti-nantikan.. berkesempatankah kita utk bertemu lagi :(


status updated

"Cinta Boleh DiPupuk Tetapi Tak Boleh DiPaksa
Biarkan ♥ Mengalir Seperti Air Sungai...lama kelamaan tersebar juga.."






Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, May 31, 2012

Doa Pelembut Hati

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^



Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:
Baca surah Al-Fatihah
Al Fatihah……………..
Baca Ayat di Bawah:
Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir
Baca ayat 1-5 Surah Taha

1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan