Thursday, May 15, 2014

saya xnak pengakhiran, tapi saya nak permulaan~Mrr.W

Benda nie mungkin remeh untuk diingati, saya rasa awak pon xingat. Saya uji awak besday sy pon awak teros call malam tu n wish. Kelakar jugak tapi lepas ni mungkin awak akan lupakan. 
Tanggal Mei 8, 2013 saya dan awak telah berkenalan secara xsengaja. Masa tu awak ada perlawanan bola liga ipt@uitmmerbok. Saya dan awak look around, dan awak add saya. Saya kenalkan diri saya dan awak kenalkan diri awak. kita jarang bertego sapa, sampailah awak gelarkan saya budak sombong. Hari demi hari saya selalu luahkan perasaan saya kat moment wechat. Awak pon sedar kan masa tu, yelah saya ada masalah percintaan. Saya memang sombong ngan awak, saya pon xsangka perkenalan tu hinggalah ke hari ni. Awak selalu gelak, komen apa pon selalu HaHaHa. Ada sebab tertentu kenapa saya jarang tego awak dan xbrani nk dekati awak. Tak yah lah saya cakap sebab benda tu dahterbukti depan mata saya pon. Sebab tu saya takot benda yang saya tak nak jadi, akan berlaku dan memang berlaku. Dari wechat, kita bertukar fb, dan seterusnya no phone. Saya pon xjangka satu hari awak akan series dengan saya. Mungkin setelah lihat saya asik update sedih2..barangkali. Saya masih ingat masa tu bulan februari 2014, dimana semuanya berubah, saya kerap mesej awak lepas tu. Perasaan malu dan segan dalam diri saya memang menebal, maaflah jika itu kekurangan yang ada pada saya. Awak teros bercakap bercerita mengenai awak dan family awak, saya pon da lupa tapi memandangkan awak suka main bola dan perkenalan kita pon disebabkan awak main bola, jadi mestilah awak suka bersukan HeHeHe.. Warna Biru? awak anak bongu dr 4bradik, sorang abag, dan dua kakak, Ayah abd halim dan mak.. ermm xpasti :p. Beza kita cuma setahun sj. Saya pon cerita ttg diri saya, entah awak ingt ke tidak. 
Hari demi hari, awak mula memahami saya dan saya sedikit sebanyak mula memahami cara awak. Awak jenis berani, sporting, dan seorang yang pegang pada prinsip. Salah satu prinsip awak, awak xkan pujuk saya kalau awak xwat salah and awak akan biarkan saya sorang2. Awak suka lepak dgn kengkawan, geng futsal/bola awak dekat medan, gelanggang futsal. Awak juga menega, hari khamis di yan, sabtu di gurun. Yes awak suka pergi jalan2, saya pon suka jalan2 dan sy harap sangat kita dapat habiskan masa seharian dengan berjalan. Mungkin seronok kan. Awak tegas, penah awak marah dekat saya, tapi awak diamkan diri sampai xtego dengan saya. Saya pon xkan kaco awak kalau awak tengah moody. Satu lagi suka sangat berletiaq!
awak kata saya ni suka jeles, degil dan bebai.. erm bebai tu yang xtahan. 
awak sedar x 8mei2014 lalu genap setahun usia perkenalan kita? saya tahu awak xingat..dan 9 mei tulah hari yang sy akan ingati walopon sekejap. Saya menunggu text dari awak hari demi hari, tapi saya tahu iannya xmungkin berlaku. Thanks bawak saya. Saya tahu awak baik, mungkin certain sikap awak tu yang menyebabkan saya terkebelakang. benar ckp awak, past is past. Saya tahu dimana kelemahan saya dan kekurangan saya walopon awak xnyatakan. Awak pandai jaga hati saya. tapi dalam menjaga hati saya, sebenarnya saya dah menitis air mata utk awak buat kesekian kalinya. Saya penah berangan, nak ikut awak g jenjalan utk hari seterusnya dan menunggu ayat awak " jom ros, kita keluar nak x minggu ni''.. saya pon xpasti, saya rasa peluang tu xkan terjadi. saya dengar cakap awak, saya hargai awak yg sekarang depan mata, tapi semua yang terjadi baru2 ni, adalah kelemahan saya sendiri yang mungkin awak tidak dapat terima. 
awak tahu x 19mei ni saya akan bkonvo? :( mungkin awk dah lupa.. saya nak kongsikan kegembiraan dengan awak, tapi semuanya musnah..saya teringin nak jadi orang yang dpt bahagiakan awak nanti. Biar orang lain jeles tengok kita happy. besarkan cita2 saya ni? :) 
menyesal? agak la, tapi sekurangnya saya tahu awak penah sayangi saya dahulu walopon awak xshow love awak depan orang ramai. Kita pon xtahu kan, perancangan Allah tu lebih baik. 
Sudi x awak beri saya peluang sekali lagi untuk saya berubah menjadi apa yang awak nak? 


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, May 07, 2014

99 kali rindu?


Rindu?
Rindu itu anugerah. Kurniaan dari Tuhan. Setiap insan yang berhati nurani punya rasa rindu.


Cinta dan rindu itu bermula dari Adam dan Hawa. Dikisahkan Yusuf dan Zulaikha. Diabadikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah. Diperikan Romeo dan Juliet. Diceritakan oleh Rama dan Sita. Dilakonkan oleh Laila Majnun. Kini, kita pula meneruskannya.

Sungguh bahagia org yg telah menemukan cinta dan rindu sejati. Ibarat tasbih dan benang pengikatnya. Terjaud menjadi untaian yang akan selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada RabbNya.

Hijrah itu penawar. Tidaklah Allah menghilangkan sesuatu daripada dirimu, kecuali kerana Dia hendak menggantikannya dengan yang lebih baik.

Kita tak boleh bergantung dgn usaha atau kebijaksaan kita saja. Serahkan urusan selebihnya pada Allah. Orang yg pernah bersama Allah takkan bersendirian.

Kepada wanita2 yang selalu kesepian dan tertekan, ketahuilah memang takkan ada kisah yg sempurna tapi Allah selalu memberi kasih yg sempurna pada setiap kisah kita. Dan ketika kita melihat betapa indahnya kisah org lain, sesungguhnya kita mampu membuat kisah kita lebih indah daripada sesiapa pun.

Dalam Islam apakah kita tidak boleh menyatakan cinta?
Boleh. Tapi tidak penting. Tidak sepenting bukti sebenar cinta. Bukti sebenar cinta itu apabila kita menghargai orang yang kita cintai dengan perbuatan. Agar ia rasa terselamat dan terhormat.

Di saat kita ingin melepaskan seseorang, ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dahulu. Di saat kita tidak merindukannya, ingatlah  saat kali pertama kita melafazkan cinta padanya. Di saat kita mulai bosan dengannya, ingatlah saat-saat kita bersama dengannya.

Apa yang Allah buat bila DIA rindu pada hambaNYA?
Allah akan kirimkan hadiah yg istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian dan dugaan hidup. Allah berfirman melalui malaikat Jibril, “Pergilah kepada hambaKU dan kirimkanlah ujian kepadanya. Sseungguhnya aku rindu akan rintihannya.”

Yg paling jauh bukanlah matahari, bukan juga bulan ataupun bintang. Tapi masa yg berlalu dan takkan kembali lagi. Yang kita ada Cuma hari ini. Hari esok belum tentu lagi untuk kita.

Permintaan Iblis yang paling ingkar pun Allah makbulkan, inikan pula kita hambaNya yang kekurangan. Berdoalah pada Allah, tiada yg mampu menolak takdir kecuali dengan doa. Banyak hal di dunia ini tanpa kita sedari berubah hanya kerana doa. Allah makbulkan doa hambaNya yg bersungguh2 berdoa.

Untuk hati yang masih menanti, menantilah dengan cinta. Cinta yg akan membuatmu menerima apa jua kehendak Tuhan kelak. Tanpa kita sedar, cintamu kepadaNya akan membuatkan penantianmu tidak sia-sia.

Andai kita ada kemampuan, jangan hampakan harapan orang. Nanti Allah Taala akan sekat apa yang kita inginkan.

Tuhan, jika dia memang baik untukku maka dekatkanlah diriku dengan dirinya. Tapi Tuhan, kalau dia bukan untukku, jangan biarkan hambamu ini menjadi suka apa lagi cinta kepadanya.

Bila awak mahu cinta saya, carilah dulu cinta Allah. Bila awak mahu rindu saya, rinduilah dulu Allah dan RasulNya. Jika awak mahu sayang saya, sayangilah dulu agama lebih daripada diri saya ini.

Tidak semua yang kita mahukan akan kita miliki. Ada waktunya kita terpaksa melepaskannya.


Hidup ini akan aku teruskan. Biarlah Allah yang menyusunnya dengan sebaik-baik keindahan. 

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan