Wednesday, July 31, 2013

Trainee@KBS

Sebelom tido aku nak bagitau ''i miss you''
Sape?
Ada la.. ada la.. you yang tengah tido!

Bulan Julai dipenghujung sekarang. bulan depan adalah bulan ogos dimana kita bakal meninggalkan bulan Ramadhan, dan akan menyambut satu Syawal, bulan kemerdekaan, bulan kelahiran aku. Ingat tau 23hb Ogos! dan yang paling penting bulan yang aku akan jejak ke alam pekerjaan. Actually bukan pekerjaan pon, its just internship untuk student. kalau U lain dah start, tapi kami yang Uitm ni baru nak memulakan. Dalam kelas aku hampir kesemua berbeza tempat praktikal, hanya dua tiga orang sahaja yang sama. Aku? Ermm aku dapat tempat kat jabatan belia dan sukan spu. Apa yang aku nak wat nanti pon ku xtahu la huhu.. kena turun padang bersama belia-belia negara ke? Rasa macam ye dah. Tapi aku finance..itu yang watkan aku gelisah ni. Tadi dah call opis tu, dia kata datang sebelum 7.30pagi, and jangan lupa yer 3hb kena datang ke Tadarus. Ermm dia dah gtau siap2 dah..huhu.. awalnya 7.30..ke akak tu nak buli aku >.< yang aku tau bukan aku sorang, ada lagi sorang budak yang spesis mcm aku la kot. Tak pe la ada geng sekurangnya nanti.
Apepon aku harapkan semua baik-baik belaka, sabar dengan ujian yang bakal mendatang. Result pon akan kuar xlama lagi. wow..so scary meh. Lepas ni rajin update pasal tempat keje lak dah hahaha

Ni la wisma persekutuan kepala batas,  bangunan yang bakal aku cipta kenangan nanti :D





Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Sunday, July 28, 2013

''Bila Nak Kahwin?"


Sering kita semua selalu ditanyakan dengan soalan nie. Bila nak kahwin? Ok aku la..ramai sibuk bertanya bila nak kawin? Tuan yang bertanya pon bukannya sape-sape.. baya adik-adik lake semua. "Akak bila nak kawin?'' Yela mungkin aku selalu post jiwang je kan. Cuba tanya soalan lain pulak contoh ''akak dah ada pakwe? akak dah ada calon? akak dah ada sponsor untuk majlis akak nanti? lau tak ada adik nak sponsorkan semua.. kan bagus kalau macam tu

Sometimes dah tak terpikir nak bagi jawapan macam mana bila acapkali ditanya "bila nak kahwin?". Selalunya aku jawab ''ada jodoh ada lah''.. Selepas ni kalau ditanya lagi, inilah jawapan yang akan aku berikan. Kepada yang still single mingle, sudah terlajak usia atau masih belum ada perancangan nak kahwin, boleh lah copy paste jawapan ni bila nak menjawab pertanyaan pakcik makcik dan kawan2 di luar sana. Jawapan terbaik untuk soalan cepumas ini. Ngeh ngeh ngeh

S- Kenapa lambat?
Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku
S- Dah berpunya?
Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing
S- Siapa?
Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku
S- Bila?
Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemputlah datang ke walimatul urus nanti

Apepon jawapan terbaik apabila ditanya, maka jawablah ''InsyaAllah, doakan saya'' 

Usahlah ditanya selalu bila seseorang itu nak kahwin kerana semua rahsia itu terletak di tangan Allah. Tiba waktu Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah..


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, July 24, 2013

Sayangku Tok Long Salmah

Hiasan. kite xda gambar tok salmah
Puasa tak? Aku puasa ja, tak ponteng lagi oke..Apa khabar sekeliling kita?kawan2 kita?family kita? Dimana mereka berada sekarang? Pegi check cepat..Mak aku tadi pegi klinik, nak ambil ubat katanya. Abah kt bawah la kot. Adik pulak baru ja turun bawah. Kakak-kakak ku sekalian yang sulong katanya hendak keluar ke Ipoh, wat apa pon entah. Kak Aida pulak, sedang bekerja ekekeke.. Aku? masih berbaring kemalasan sambil menaip. Entry kali ini, hanya berbual kosong.. Sebelom ni asek  jiwang je kan, kali nie nak bercerita pasal Tok Long Salmah. Sape? Tok Salmah nie mak kepada abah aku. Mak Mertua kepada mak aku ehehe..sama la kan. So Tok Salmah ni tok aku lha. Dah lama xmenjenguk Tok Salmah. Dalam bulan Puasa nie..baru dua kali aku berkesempatan untuk melawat dia. Bukan jauh pon rumah kitorang. Dekat ja. kalau jalan kaki leh berpeluh jugak kan..so naik moto ada la dalam kurang 5minit leh sampai. Alah dalam kampung nie jugak. Semalam aku hantar makanan untuk berbuka kat rumah dia, kadang aku tanya kat family aku, ''p umah tok dak?'' Risau jugak bila fikirkan yang tok sorang2 kat rumah, entah ada entah tidak makanan untuk berbuka. tapi semalam, Alhamdulillah, tok bercerita seronok pasal orang nie, orang tue. Sempat juga ku check 'periuk' rumh dia. Makanan apa ada. Risau hmm.. Semalam tok bercerita, aku series tak larat semalam tapi aku dengar gak..main angguk je kepala bila tok bercerita. Maklumlah orang tua,terlalu banyak pengalaman. Aku renung ja muka tok sambil tok bercerita. Penuh semangat. Tok nampak sihat. Tok Salmah dah berumur lebih kurang 70 lebih. Mungkin 74 or 75. Ingatan dia masih kuat tapi tak de lah macam kita anak muda. Penglihatan dan pendengaran agak kurang cikit, maklum lha semua :)


hurm adik ucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat Tok Salmah. TU ja.. ehehehe




Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Saturday, July 20, 2013

Ditinggalkan kekasih..Apa Harus Kita Buat

sebelum tu saya ingin berkongsi kata semangat dari seseorang dan semestinya tinta ini bukan lahir dari akal fikiran saya :), saya tahu semua pernah alami situasi begini. Saya amik tinta nie untuk dijadikan alas apa yang harus kita lakukan

Jangan musnahkan diri sendiri
Ditinggalkan kekasih is not the end of the world!  Kenapa nak musnahkan hidup atau masa depan untuk orang yang tak tentu lagi jadi laki/bini  kita? Sedangkan yang dah kahwin lagi kan bercerai, inikan pula bagi yang tak ada ikatan apa-apa melainkan janji manis taat setia. Gunakan rasa sedih dan marah tu jadi pemangkin untuk kamu berusaha lebih gigih untuk jadi manusia yang lebih baik dan lebih hebat di masa akan datang (Use that anger and sadness deep within yourself to fuel your determination to become a more successful and better person). Cakap pada diri kita " Fine, kau tinggalkan aku sekarang.. satu hari nanti, kau akan menyesal!". Dalam hidup kita hanya ada dua jenis keadaan: pertama ialah keadaan yang kita boleh kawal (within our control), dan satu lagi ialah keadaan yang kita tak boleh kawal (out of our control). Kita tak boleh nak kawal perasaan orang lain pada kita, tapi kita boleh kawal apa yang kita nak buat dengan hidup kita (You can't control how people feel about you, but you can control how you should live your life!) Take charge...jangan bagi peluang untuk orang lain datang dalam hidup kita dan kucar-kacirkan hidup kita. Kita decide hidup kita sendiri.. Jadi kalau orang tu tak sayang kita lagi..... jangan risau..  God loves you and he knows that you would be better off without that person..

Saya tak dapat lupakan dia sebab saya sayang dia sangat-sangat!
OK kamu sayang dia sangat-sangat... tapi ada ke dia sayang kamu? Kenapa nak sayang orang yang tak sayangkan kita? Kenapa nak buang masa pada orang yang tak tahu hargai kita? Lebih baik cari orang yang sayangkan kita. Kuatkan semangat dan kata pada diri "OK, kau tinggalkan aku, tak pe akan ada orang lain yang akan sayangkan aku". Tell yourself this over and over and over.

Saya sedih sangat sampai tak boleh buat apa-apa.. hopeless
Normal la untuk rasa sedih bila ditinggalkan kekasih. Ada yang sedih tahap gaban, ada pula yang sedih tahap cipan :) Masa ni kalau nak nangis pon, nangis la sepuasnya. Kalau nak jadi bad mood tak nak buat apa-apa, cuma nak tengok je ikan emas dalam aquarium tu berenang-renang sampai ikan emas tu jadi rimas pon tengok la. Kalau nak makan aiskrim berkotak-kotak untuk hilangkan sedih pon, makan la. Kita manusia biasa yang ada perasaan, so kalau rasa sedih... let it be. It is OK to feel sad, but don't linger on that feeling far too long!

Macam mana nih.. sedih tak nak hilang juga
Jangan malu untuk minta bantuan nasihat atau sokongan dari kawan-kawan sekeliling atau kenalan rapat. Jangan merana sorang-sorang (You don't have to go through the experience alone). Kalau malu, cari professional yang boleh dipercayai seperti counselor atau di universiti, kadang-kala ada academic advisor. Yang penting, luahkan apa yang terbuku di hati. Jangan pendam dan buat-buat konon semuanya ok padahal tidak (Don't pretend that everything is OK when it is NOT).

Mungkin ada yang akan berkata "alaa cakap senang la, nak buat belum tentu lagi boleh". Apa yang saya kongsi nih berdasarkan pengalaman saya sendiri. Memang sedih tahap gaban, menangis tahap cipan. But I told myself... I will grief later coz I have a battle to win (my exam).   Saya pilih masa depan sebab saya tahu, kalau saya fail pon, bukannya boyfriend saya akan datang balik kepada saya. Dia bahagia dengan orang lain kenapa kita nak hancurkan hidup kita sendiri? Alhamdullillah,  kalau saya boleh buat, anda boleh juga kan?



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, July 19, 2013

Nukilan Dr.Dayana Isteri Pertama Ashraf Muslim


Dahulu kita dikhabarkan dengan berita pernikahan seorang selebriti yang menjadi kegilaan ramai gadis muda dan juga makcik-makcik yang berangan nak bermenantukan jejaka ni. kalau aku pon, aku nak hehe. Aku juga merupakan salah seorang dari ribuan peminat beliau. Hampir dua tahun beliau mendirikan rumah tangga dengan isteri beliau, kini seluruh Malaysia sudah tau bahawa Ashraf Muslim telah bernikah buat kali kedua dengan bekas PRU Produksi televisyen iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai lalu... Kehadiran Ashraf ke Mahkhamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah mengesahkan perkara ini...

Perkahwinan kedua Ashraf Muslim dirahsiakan daripada pengetahuan isteri pertamanya iaitu Dayana dan keluarga... Perkara ini sedikit sebanyak meremukkan hati Dayana... Dayana mengetahui kejadian sebenar apabila terjumpa interniti penerbangan Ashraf Muslim dalam beg kembaranya...

Bayangkan betapa remuknya perasaan hati seorang isteri... Sebagai Kaum Hawa , perasaan syahdu dan sedih turut dirasai... Semoga Ashraf Muslim dan isteri barunya Wan Sakinah memohan maaf dan menjernihkan kembali hubungan mereka... Kita doakan yang baik-baik untuk mereka... Jom baca puisi dekat bawah ni... 

Berikut adalah Nukilan Hati Dayana...
Puisi dicipta oleh : Ana Hawana...

Sucinya aku , kau miliki ketika di " Makkah "
Hebatnya dia , kau sembunyikan ketika di " Thailand "

Sungguh beratnya memegang " Kasih "  dan " Cinta " pada seorang suami...
Berdoa agar jodoh dia memang milik aku seorang sampai mati dan sungguh...
Andai jodoh dia tetap ada bersama orang lain...
Aku akan terima dengan terbuka dan terus kuat macam yang " Mami " lakukan...

" Percaya pada jodoh " 
" Percaya pada ketentuan "
Menangis air mata darah pun kalau takdir dan begitu...
Kita ada dua pilihan...
" Terima " atau " Menarik Diri "

Tak usah bicara tentang " Payung Emas "
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci " Khadijah " atau " Fatimah "

Tak usah bicara tentang " Zuriat "
Kerana
Aku bukan " Allah S.W.T "
Mudah menyebut " Kun Fa Ya Kun "

Tak usah bicara tentang " Setia "
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan " Perempuan Jalanan "

Tak usah bicara tentang " Tanggungjawab "
Kerana
Aku tahu kau lebih " Arif " tentang itu...

Tak usah bicara tentang " Kesempurnaan "
Kerana
Aku terima " Kekurangan " kau kerana Allah S.W.T...

Tak usah bicara tentang " Dia "
Kerana
Aku " Diasingkan " darimu kerana dia...

Berhenti " Beralasan " ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu...
Hanya itu lah jawapan mudah untuk lepaskan kekhilafan yang disengajakan...

Nota| bagi pendapat aku sendiri, kita tak leh salahkan sebelah pihak sahaja, jika masalah dalaman sekalipon, try la bawa berbincang dengan pasangan.  Dari kontek poligami pula, si suami seharusnya mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari isteri pertama, ape salahnya kan? Dan bagi yang kaum diluar sana, jangan mengadakan2 cerita yang mana boleh mengeruhkan keadaan. Rumah tangga orang, biarlah mereka selesaikan sendiri, jangan disebabkan gosip dari pihak tidak bertanggungjawab, masalah yang bukan masalah boleh bertukar jadi masalah. Ape tu? :p btw aku tumpang sedih dengan apa yang berlaku kepada ashraf muslim dan keluarga..sebab aku dulu frust bila ashraf kahwin dengan Dr.Dayana. Chill oke ^_^



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Taman Bunga Terindah DiDunia(Butchart Gardens)


Butchart Gardens adalah nama sebuah kebun bunga yang terletak di Brentwood Bay,British Columbia, Canada berdekatan pulau Victoria dan Vancouver. ia meruapakan kebun bunga yang disebut-sebut oleh kebanyakan orang sebagai kebun bunga yang terindah di dunia.  kerana sememangnya Butchart Gardens mempunyai pemandangan yang sangat Indah.

Kebun yang diberi nama sesuai nama tokoh pelopor pembangunannya (Robert Pim Butchart dan isterinya Jennie Butchart) ini mempunyai banyak koleksi bunga yang beraneka jenis serta penuh warna warni. Bunga-bunga penuh warna inilah yang menjadi pusat keindahan taman ini. Selain itu, terdapat air terjun The Ross Fountain yang  menambahkan keindahan taman bunga ini











Pemandangan indah pada waktu malam juga turut tidak dilepaskan.




Banyak lagi pemandangan yang menarik yang terdapat di taman ni. So memang puas hati lah bagi mereka yang ingin abadkan kenangan terindah di luar negara, bolehlah kunjungi taman ni di Canada.


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, July 18, 2013

Cikgu Hizami BudakLelakiSebelahPintu


Kali nie aku nak bercerita tentang seorang cikgu. Bukan calang2 cikgu. Nie cikgu 'hemsem'..haha kan bagus puji tu daripada mengata dibulan mulia ni en. Aku x kenal pon. Tapi aku mula tahu tentang dia bila aku nga meng'google' gambar. Korang taip ja 'lelaki hemsem'  and then keluar banyak2 gambar lelaki yang belagak hemsem hehe. So, dalam banyak2 gambar tu, korang akan perasan satu gambar, bukan artis lah kan..tapi seseorang yang berkulit cerah, rambut ala spike gitu :) korang view je gambar dia..korang leh agak dah kat mana sources empunya tuan itu. Sape lagi kalau bukan Hizami Li aka Budak Lelaki Sebelah Pintu


Erm sape dia ni? Boyfie kau eh? Eh kalau boyfie aku, aku xlayan dah facebok2 nie. :p aku jaga dia 24jam! haha 
Walopon saling xkenal, tapi ada sejarah cinta aku dulu dengan latar cikgu ni. Korang jangan pikir bukan2, aku and cikgu nie xpenah kenal pon. Biasa la kan faker kan banyak sekarang nie, so ramai yang amik kesempatan atas kelebihan orang lain. Mungkin Khilaf aku sendiri. Kata orang cerita lama jangan diungkit. Atas sebab jangan di ungkit, biarlah ianya menjadi pengajaran. 

Hizami Li nie seorang cikgu muda, umo dia tua setahun dari aku HeHeHe..pandai2 la korang agak kan. Aku kena panggil dia abang kan? oke abang Hizami :p Seorang blogger dan pemilik blog www.budaklelaki.com. bercakap pasal cikgu, aku xpasti lak dia mengajar sekolah mana,hurm korang nak tahu korang tengok la sendiri fb dia. Hizami Li

Macam artis Korea ye dop?


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, July 17, 2013

Dia untuk Ku?



Ya ALLAH,bolehkah aku mencintainya?"

Ya ALLAH,bolehkah aku mencintainya?

Ya ALLAH,bolehkah aku menyayanginya?

Ya ALLAH,bolehkah aku merindukan nya?

Bila perasaan ini mulai meluluh lantahkan segenap hatiku..

Aku tak sanggup untuk menanggungnya sendiri..

Aku memerlukan sandaran hati untuk menenangkan hatiku ini..

Kepada siapa aku akan melabuhkan 'Cinta'ku ini?

Dan sampai saat ini belum ku temukan jawabannya..

Jika memang dia yang dapat menjadi yang terbaik untuk hatiku..kan kupasrahkan semuanya kepada-Mu..

Jikalah dia yang tepat Engkau pilihkan untukku
ya Rabb..

Tak akan kemana hatiku mencari tambatannya..

Jika bukan dia yang terbaik untuk ku..

Kan ku coba untuk mengikhlaskan semua meskipun sakit untuk menanggungnya..

Ya ALLAH..
Jika memang Kau jodohkan dia kepadaku pertemukanlah dia dengan ku dalam ikatan yang suci dan halal yaitu PERNIKAHAN..

Aamiin ya Rabbal'alamin..



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

1st Giveaway from CatchChaya Chocolates

1st Giveaway dari CatchChaya Chocolates

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua fans CatchChaya Chocolates, kami telah membuat keputusan untuk mengadakan 1st GiveAway kami.

Hadiah menarik menanti anda untuk mendapatkannya dengan mudah.

Sebagai permulaan, pada bulan ini, anda mungkin merupakan 2 ORANG yang terpilih untuk di hadiahkan  1 LolliChoc Bouquet setiap seorang ---->

Bagaimana???
Anda hanya perlu mengikuti empat(4) langkah mudah seperti berikut:

  • Sila SHARE banner ini ke timeline facebook anda dalam 'Public Mode';
  • Tulis caption yang menarik mengenai CatchChaya Chocolates; 
  • Tag sekurang-kurangnya 3 orang kawan; DAN
  •  Comment 'Done' di SINI

Kami akan memilih 2 orang pemenang berdasarkan caption yang menarik dan keputusan adalah muktamad. Cepat! cepat! Jangan lepaskan peluang memenangi hadiah yang menarik dari kami!


Dateline : 23 Julai 2013, 10 malam.

                                                                                                           
Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Khas Untuk KBM222 5a

bertemu dan berpisah adat manusia biasa
hilang di mata tapi di hati tidak lupa
berdoalah kita agar aman dan sentosa
semoga kelak kita bertemu suatu masa








Ucapan sekalung tahniah buat semua rakan seperjuangan KBM2225a UiTM kedah 2013..akhirnya kita menamatkan semester kelima..walopon result xkuar lagi, tp saya nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua. Salah silap, terkurang terlebih, maafkan kite..sorry xsempat nak wat video utk korang semua..apepon sedikit pesanan dan nasihat
''ingatlah wahai sahabat ku semua, selepas ini kita akan berpindah dari dunia belajar kepada dunia yang sebenar. Mungkin didunia belajar kita mengenal erti kawan tetapi didunia sebenar kita akan bertemu dengan kawan yang lawan, dan yang kawan seperti kawan. Kalau dulu kita mengeluh dengan apa yang kita belajar, tetapi selepas ini kengkawan, kita akan mengeluh dengan peperangan dunia sebenar. Mungkin benar kata orang, dunia belajar tidak seindah dunia lain. Semoga berjaya dan memperoleh keputusan cemerlang sahabat handai'' regards me :D
                                                                                                           
Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Monday, July 15, 2013

last semester 5

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^


hye! petang semalam(14/72013) berakhirlah final exam untuk semester 5 nie..bermakna lepas nie pergi praktikal pulak. Gembira? actually not..macam2 kite pikir dan tentu sekali kite tentang masa depan. untuk kali nie kite pikir  tentang subjek final yang lepas, takot la..hmm sebab entah boleh jawab ke entah tidak. Risau sangat. 
Keduanya, kite rindu. Bukan rindu kat Boyfie..boyfie?? sape? .............. malas la nak cakap..lau ada, adalah..lau xda.xda lah..hehehe. kite rindu kat mak kite, kat famili kite. Maklumlah bulan puasa nie kan. awak tahu x kite xmerasa lagi suasana bukak puasa dengan family.. duduk kat rumah sewa ni, kite makan ngan kengkawan je. 
Tadi kite and rakan kite pegi ronda kat SP. kiteorang tengok wayang cite ''Despicable Me 2''..lawak cite tu. kite syorkan korang yang tension tension tu..pegi la nonton cite nie. boleh hilang cikit stress. last sekali kiteorang makan KFC dan dalam perjalanan balik kite nyanyi lagu raya.. dalam dingin subuh hatiku terusik..kenang nasib diri dirantauan... sebak la kite rasa, kite imbas balik memory masa 3tahun kat arau dulu, balik penang naik bas time raya, pasang pulak lagu tu...then kat sini pon rindu jugak xbalik lgi ni ha.. genang la sikit air mata tadi..sepanjang tempoh hampir 6 tahun kite duduk di perantauan..lepas nie entah la kat mana pulak kite merantau.
Then baru balik..sampai rumah dalam pukul dua kot. Sekarang nie semua dah penat. tinggal kite je nga update untuk blog :p
kite nak abadikan last update kat cni.
kenape kite tak balik penang lagi?
Hurmm..senarnya kite ada taklimat pasal praktikal hari selasa nie.. so nak xnak kena la stay kat cni. baju pon kite tak packing lagi. esok pagi baru packing kot. ok la.. nak tido. nite :D

aku menangis bukan kerana aku memerlukanmu, aku menangis bukan kerana mahu kau kembali kepada ku, tetapi aku menangis kerana akhirnya aku menyedari aku harus melupakanmu sayang 

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, July 12, 2013

CatchChaya Chocolates

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Anda penggemar Coklat? Inginkan sesuatu yang manis untuk pasangan anda, kawan anda, family anda? Tidak tahu hadiah apa yang sesuai untuk majlis perkahwinan, hari jadi?
Disini CatchChaya Chocolates boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut. Chocolates menggunakan coklat yang berkualiti dan sedap dalam menghasilkan produk:

wedding doorgift








untuk tempahan sila tekan DISINI

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan