Wednesday, February 29, 2012

TIPS|petanda wanita jatuh CINTA

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Monday, February 27, 2012

Percintaan Jarak Jauh

 Biar setitik peluh membasahi diri.walau air mata menambah keringat,menjangkau hari2 y mendatang, namun dirimu masih tetap dihati 
 Syg awak jgn takot na,sy sentiasa ada bersama awk.lg2x saat bla awk pelukan sy na.sbb sy sygkn awk..



hai assalamulaikum...
da nak dekat penghujung februari kan...penulis DKnS menghilangkan diri..hari ni baru dia muncul..HaHa..
maaf da lama saya xtulis awak..masalah ke? hurmm..kejap2 nk pk..
xde pon..diri sendiri yang bermasalah sebenarnya..
nak tanya leh? ape maksud ayat permulaan uhh...
penulis: Eh..itu quote base ja..ada unsur2 percintaan kan..sebb ada syg2 gitu..
motif???
........................................................BLANK..................................................
PERCINTAAN JARAK JAUH
baru2 ni..sy dicetuskan dengan alasan 'jaoh'
bukan saja percintaan, tapi juga persahabatan..
berkawan lah seramai org pon..
tapi kalau jaoh tu..mmg jauh jugak..
Eh korang! kalau ikatan tu kuat..walau hujung sabah sarawak pon..kalau ada inisiatif tu..insyAllah akn dipermudahkan! (aku mula la ni nk mara2!)

so, admin walau kita da xda pape,tp saya tetap sayangkan awak... wat survey ke atas pendapat umum..
itu adalah contoh poll jwpn dr org ramai.. option utk *sanggup..janji setia* mendapat rating tertinggi.. ini bermaksud rmai yang sanggup..asalkan setia :) senyum kambing admin dengar mcm tu..HeHe..tp laen org laen pendapat..sumenya based on experience :)



ini jawapan admin sendiri

andai ditagihkan rasa kasih, mungkin satu hari akan memiliki sayang, andai memiliki kasih sayang, pasti cinta yang akan ditagih, apabila cinta sudah ditagih terbitnya sekuntum kerinduan, andai semekar kerinduan berkekalan menyemai hubungan yang berpanjangan - A.Shah 


pesan saya: ajal maut jodoh pertemuan itu ditangan Allah..kita manusia hanya merancang..walau ape yg berlaku kita kena redha..xsalah bercinta jarak jauh..sumtime kita kena berkorban jugak kan :)
apepon doakan saya agar berjaya dalam pelajaran..Uitm akan memulakan sesi seminggu dari sekarang..kita bercinta dgn buku je a skrg..hee.. 
salam sayang ^_^





Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Tuesday, February 14, 2012

saya nak "cheesecake"

assalamualaikum wbt
..................................................................
selamat tengahari selamat petang..
saya sakit tekak.. :( 
petanda nak demam la tu..makan pun xde selera...
xde sape amek tahu...
xpela..kita sedar kite ni sape...

dalam xsehat2 ni...
ngidam pulak nak makan cheese cake
tetiba sebut cheese cake msa sonok2 komen  ngn kawan2 tdi..hee
kita pon tnya pak cik google..

Ya Allah..terliur!
da lama xrsa cheese cake..
ade putera raja nak blanja saya makan cheese cake x?
saya xminta yg secret recipe..base2 dah la.... 






skrg ni nga terbayang cake tu dlm mulut...waaaa...






Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Monday, February 13, 2012

Dua Hati

Wahai nurkasihku.. .ini lagi beberapa madah cinta yang ingin ku kongsikan bersama


Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang 
bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. 
Jangan mengharapkan balasan cinta,
 tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya,
 tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu. 

Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, 
dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. 
Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

Cinta Pertama Adalah Kenangan. 
Cinta Kedua Menjadi Pengajaran. 
Dan 
Cinta Yang Seterusnya Adalah Satu Keperluan 
Kerana Hidup Tanpa Cinta 
Bagaikan Masakan Tanpa Garam. 
Lantaran Itu Bajailah Cinta Yang Dianugerahkan Itu Sebaik-Baiknya.
 Agar Ia Terus Mekar Dan Wangi Sepanjang Musim.

Kita hanya memulakan sesaat untuk mengenali seseorang... 
seminit untuk menyukai seseorang... 
sehari untuk mencintai seseorang... namun 
kita memerlukan masa yang lama untuk melupakan seseorang... .

Kata pujangga Hamka, 
"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembus kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.''


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Sunday, February 12, 2012

pokok lidah buaya:khasiat Aloe Vera

info:Lidah buaya ialah tumbuhan saka, sukulen separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun hijau ke kelabu-hijau yang banyak, berisi tebal, dan bergerigi. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun. Pokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup. Lebar pokok boleh mencecah 60-120 cm manakala panjang pokok ialah sehingga 80 cm pada peringkat matang. Bunga pokok pula ialah kuning 30 mm panjang pada beberapa batang jambak bunga. Apabila ditanam secara komersial, pokok lidah buaya dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga ke empat daun per pokok.
Lidah buaya adalah antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur.

Kelebihan:
LIDAH BUAYA mempunyai kesan yang purgative iaitu memiliki kesan pencahar yang sangat sesuai untuk wanita-wanita yang sedang berdiet atau ingin kurus dan sebagai penyembuh luka.

  • istimewa untuk kulit,kerana kandungan lignin mampu menembus dan meresap lebih cepat kedalam kulit.
  • mampu mengawal kehilangan air dari badan dan mengelakkan kulit dari cepat kering dan terjaga kelembapan.
  • membantu membersihkan bahagian perut dan saluran pencernaan.
  • dapat menaikkan seri muka agar lebih nampak halus dan licin disamping dapat mempercepatkan penyembuhan jerawat dan parut jerawat.
KEGUNAAN DALAMAN:

  • ALOE VERA mencegah kanser paru-paru. KAJIAN JURNAL penyelidikan KANSER JEPUN membuktikan aloe-vera berkesan dalam menghalang kanser PARU-PARU serta banyak lagi jenis kanser lain.



  • ALOE VERA melegakan masalah penghadaman,berkesan mengubati penyakit radang usus seperti cirit-birit,pembuangan najis tidak menentu, menyahtoksin sistem penghadaman,meneutralkan perut berasid,sembelit,ulser gastrik.Memperkuatkan fungsi buah pinggang,hati dan pundi hempedu.


KELEBIHAN UTAMA 
-menenangkan perut dan melegakan kesenakan*
 -meningkatkan penyerapan nutrien* 
-menyokong imuniti dan memberi perlindungan antioksida*
 -diperbuat daripada daun lidah buaya yang berkualiti premium dan mengandungi enzim,asid amino dan vitamin. 
-mengandungi manfaat menenangkan tumbuhan kamomil. 
-didapati dalam minuman pati yang mudah disediakn




POTENSI PENGGUNAAN ALOE VERA MENYELURUH,SAMA ADA UNTUK KEGUNAAN KOSMETIK LUARAN SEBAGAI PENYUBUR RAMBUT,UBAT JERAWAT,ATAU PENYEMBUH LUKA TERBAKAR SEHINGGALAH UNTUK PENGAMBILAN DALAMAN DI DALAM BENTUK MINUMAN BAGI MENGATASI MASALAH ASMA,SESAK NAFAS,BUASIR DAN SEBAGAINYA.






Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Saturday, February 11, 2012

persiapan raya

hai! aku nak cite, semalam aku temankan kak aida g pekan..utk dinner dia mlm ni..dipendekkan cite, aku berkenan la sume2 baju kat butik 2.. terlintas saat tu jugak..RAYA! HaHa..semalam jalan2 pusing2 sume kedai, cari ilham fesyen ape nk digayakan utk raya kali nie?hurmm..pening larh

 
makin maju zaman,makin byk pulak fesyen2 pelik..especially tudung! sampai sekarang aku masih setia dgn tudung bawal..walhal sume dah kenakan tudung bagai..ape tu..pashmina lar..hana tajima..btol ke aku sebot? hurmm nthla..gaya datok ct, gaya org tu gaya org ni... lilit sana sni..sejujurnya aku xminat larh..walopon timbul gak perasaan nak mencuba..tapi tengok jugak pada diri seseorang..ada setengah sesuai ja pkai apepon..kang silap aribulan..gaya makcik..hehe..pepon aku salute those yang berani tampil menggayakan tudung bagai.. (clap2)..

 ok..ok..back to my story..bg aku lau saat nk permilihan pakaian..yg penting..warna,corak,bentuk, n lastly harga! same goes to tudung, kasot n hiasan..
pilihan pertama

pilihan utama!!

cantik x?
ok tu antara baju2 yang aku bkenan..(google search ja) kebnyakan sume baju lebey kurang..tapi aku bekenan yang mcm tu... :( 
tudung lak...antaranya...
ni la tudung ala dato ct..tapi aku nak yang ada manik2  yang tepi2..en cantiklah.. harga RM5+
xbrani nak mencuba..heee
Jubah? hurmm ade gak ter pkir an..nampak mcm muslimah sangat..hee.. msok dlm list jugak la..
kalau boley nak macam ni..set sume lengkap!




tips: 
1st-aku agt cerewet dalam pemilihan pakaian, sebab tu kalau nk g beli baju ja..kena berpasangan ngn orang yang sabar..heee. 

2nd- tempoh nak beli..ada orang yg 3bulan sebelom raya dah tempah..n bgi yang nk beli siap..beli awal2 k..lau beli last2 pon xpe..tp jgn nanges lak lau sume xbekenan nnt..heee

3rd-carilah teman yang suka beli belah..tapi bagi yang berlainan jantina..bf/gf.. apabila si gf membeli pakaian..si bf kena faham..nm pon girl..nk perfect sentiasa..utk tatapan bf jugak n plus laki ni simple ja, esok raya mlm ni baru beli >_< 

4th-harga?kebiasaannya kalau beli dibutik..bg aku la yg sederhana ni..#$300 cukup x?hehe..baju bajet dlm $150, tudung $70.. kasut $50.. nk jimat..hurmm kasut $10 dah la..bukn g mane pon.. xpon tudung pinjam kat jiran sebelah... 

*pemilihan warna..raya ni nk tema hijau,hitam,merah (merah dah byk dah)..hurmm

"awak2...nanti raye kita matching la dorang...hekhekhek.. xpon awk belikan la utk saya"HaHa














Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, February 09, 2012

andainya lelaki tahu

andainya lelaki tahu..
apabila seorang perempuan jatuh cinta
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

andainya lelaki tahu..
apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

andainya lelaki itu..
apabila seorang perempuan marah
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tetapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyanyangi lelaki itu

lihat saja pada pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh,
tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seserang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

andainya lelaki tahu
apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat...

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, February 08, 2012

assalamualaikum wbt..

hye dear..da lame an x update belog..erm bukan bz, bukan xde intenet..bukan xde masa..
juz cam xtahu nak tulis ape..nak cakap pasal diri sendiri..errr...aku bukan la artis pown.. ;(
aku byk habiskan n tipu2 kat facebook n twitter..
ehh da follow tweet ke belom ni..ape kata follow dulu..jika sudi la an..jom borak2 kat sana n kite ngumpat2 ok..hehe
yang mana ada FB tp belom add..ha ni la masa nak kenal2 n get in touch each other..walopon aku bukan c peramah or kaki cite..tp kalau korang okey..aku pon okey la.. :)

sekarang ni aku nga cuti sem..keje? mak kata xpayah la..sebulan ja cuti
so ape aku wat cuti ni? membesarkan badan..HaHaHa
eh aku on diet larh..mkn pon kurang je ni tau.
aku kini da jadi driver xbertauliah g anta n amek adik aku g sekolah..
masak ckit2..ckit je la.xleyh byk2..HeHe..

Petang2 macam ni aku duk uma je la
aku memang anak yg baek..heee
Dating? mn ada BF,.xmaen la bf2..
kawan2 je byk..ahh xsedia lah tu sume
bek blaja dlu...nananananana

result pon xlama lagi nak kua..HuHuHu
p/s:harap2 maka kata lau xdpt 4+ , jgn belaja dah..tros kawen...HaHaHa..besttnyaaa...

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, February 02, 2012

Jika Aku Jatuh Cinta










Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, February 01, 2012

sifat dan peranan wanita

lelaki patot tahu wanita:

  • SENSITIF: bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian

  • CEREWET:bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala

  • HALUS: ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. walaupon wanita  memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanyaa Wanita akan ingat kesalahan tersebut unutk disimpan jadi pengajaran. Bukan Dendam

  • IKHLAS: ikhlas seorang wanita tak perlu diragui

  • KORBAN: wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.

  • PRIHATIN: sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam

  • MANJA: walaupun dian adalah seorang Wanita yang pandai berdikari, naluri wanita masih lagi tetap seorang wanita. suka bermanja bukn hanya kepada insan yang bernama LELAKI namun juga sesama kaum

  • EGO: wanita terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai

  • CINTA: cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

  • SEKS: bukanlah segalanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. nafsu yang bayak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya

"Peranan LELAKI dalam kehidupan Wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami Hati dan Perasaan Wanita"


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan