Friday, April 26, 2013

Cinta Agung ADAM a.s dan HAWA: Wanita didatangi bukan mendatangi

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
Aku tertarik untuk menulis kisah cinta agung nabi Adam alaihissalam dan Siti Hawa. Entry kali nie amat istimewa kerana kisah cinta agung ini mampu menyedarkan kita kembali besarnya kehadiran seorang wanita dan kehadiran seorang lelaki sebagai peneman hidup. Mungkin kita seringkali meng'damba'kan kisah percintaan Romeo and Juliet yang terhalang kerana keluarga, Shah Jahan dan Mumtaznya cinta yang dibina berasaskan ukiran Taj Mahal. Tapi kita lupa yang cinta agung nabi kita, Muhammad s.a.w dan Khadijah, Sadina ali dan Fatimah Az-zahra. kali nie aku tertarik untuk menceritakan kisah cinta Nabi pertama iaitu nabi Adam a.s

Nabi Adam hidup bersendirian di syurga (al-jannah), segala kesenangan ada di dalamnya. semua tersedia, apa sahaja yang diinginkan, tanpa bersusah payah mendapatkannya. Sungguh tempat yang indah. Hari-II nya dihabiskan dengan menikmati keindahan Maha pencipta selain dirinya. Adam a.s terpikat melihat makhluk lain darinya iaitu burung-burung yang berterbangan kesana kemari, sambil bekejaran, bernyanyi dan bersiul seolah mempamerkan kemesraan sehinggalah adam berasa kesunyian tidak mempunyai kawan. Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! tetapi apalah ertinya jika hati selalu gelisah resah seorang diri? Inilah satu-II nya kekurangan yang dirasakan adam. Hendak mengadu tetapi tetapi apakan dia malu dan hanyalah makhluk biasa, namun Allah itu Maha Mengetahui Maha Melihat apa yang tersirat dikalbu hambanya. 

Allah swt ingin mengusir keresahan dihati Adam a.s. lalu saat Adam tidur nyenyak pada suatu malam, Allah menampaikan wahyu kepada malaikat jibril mencabut tulang rusuk kiri Adam a.s tanpa merasa sakit sikitpon. Dengan kuasa Ilalhi, apabila disebut 'Kun' maka terciptalah seorang wanita yang sempurna kecantikan paras rupa dan budi pekertinya yang diberi nama Hawa. 
Sebaik sahaja Adam bangun dari tidur, beliau mendapati ada serang gadis jelita berada disampinya sambil tersenyum manis lantas bertanya..Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang. 
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan. 

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan. 
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak lalu memandang Adam dengan penuh ketakjuban. 
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan. 
    Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. 


p/s: ada lagi sambungan..yang menegah Adam dan Hawa untuk bersama kecuali melalui pernikahan, mahar perkahwinan. 
Gambar hiasan
"Siti Hawa tidak diciptakan dari kepala Nabi Adam sebab ia tidak diciptakan untuk memimpin Nabi Adam. Siti Hawa tidak diciptakan dari kaki Nabi Adam supaya ia tidak diinjak-injak oleh Nabi Adam.  Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam supaya ia selalu dekat dengan hati Nabi Adam"




Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

No comments: