Tuesday, April 24, 2012

TIPS mengelakkan Account FB daripada HACKERS

...hye assalamulaikum...

sebelom tu aku nak ceritakan detik2 bersejarah..utk pertama kalinya aku di HACK..
facebook dihack larh..aduyaiii...aku rsa dah 3ari lepas kot...aku agak budak ni junior lagi..baru nak belajar..teknik phising..<--ape tu? nth la..aku pon xtahu LOL
aku yang belajar masuk U ditipu hidup2 oleh seorang budak umo 20tahun?..politeknik...lak uhh..identiti biarlah rahsia.. 
cam ne? dia bagi aku link suwo aku masuk..then aku masuk..saat tu la dia ceroboh masuk fb aku..tgok mcm2..tmbahan pula aku ni admin utk group..so meme group tu kene hack betol..nanges aku tau..
effect dr kejadian tu..aku dilucutkan jawatan sbgai admin..sebab security aku lemah, doarang da pesan..tp aku wat tak tahu.. :( sedey..sob sob sob... the day after..aku dibantu oleh seorang hackers.. iqkage blacklist DF <--(page dia).. then dia suh donlot ape nth..kami bkerjasama wat security..xtahu la kuat ke x.pesan dia..jgn bukak link ape2 selain facebook!!! tu je.. kata org "da terhantuk baru na tengadah" sama la mcm da kene,baru na bertindak :p
(aku bagi tips je la k)

========================================================================

Tips Untuk Menjaga Account Anda Drpd Di Hack

  • PASSWORD>> Password korang mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 14 patah perkataan. Jangan sesekali memasukkan maklumat peribadi seperti tarikh lahir, tempat tinggal atau umur korang. Contoh password mcm ni:- BATMAN12345 atau BATMAN12345% atau BATMAN$12345
  • ANTI VIRUS Pastikan korang pakai anti virus yang up-to-date.
  • BROWSER INTERNET KORANG Pastikan korang pakai browser internet yang bagus. So far FIREFOX adalah browser yang paling bagus atas sistem security nya yang tersendiri. Namun demikian, hackers ada cara lain untuk mendapatkan data2 korang melalui COOKIES. Jadi pastikan korang DELETE INTERNET COOKIES selepas masuk mana2 laman web.
  • PROFILE SETTING Sila pastikan profile setting korang di set kepada hanya orang yang korang percaya sahaja atau set kan kepada korang sendiri sahaja. Maksudnya orang lain tak boleh tengok apa2 komen korang, atau apa2 bentuk gambar. Namun seperti no 3 di atas, hackers tau menggunakan javascript di mana penggunaan javasript dapat masuk ke setting private korang melalui kod2 tertentu.
  • APPLICATIONS Ha ini memang menarik sebab aku peratikan ramai sangat yang suka main farmville la mafia wars la dan mcm2 lagi. Tau tak application ni kita boleh masuk dalam profile korang? Maksud aku mcm ni, PENCIPTA (CREATOR) application ini ada access masuk ke profile korang. So hati2 la ek.
  • JANGAN POST GAMBAR ATAU PERSONAL INFO Senang mcm ni la, kalau korang ada gambar bogel sendiri atau gambar bogel makwe korang sendiri atau gambar bogel pakwe korang sendiri, jgn la masukkan dalam facebook kalau tak nak orang lain tengok. Kalau korang masukkan gambar maknanya gambar2 tu untuk orang tengok la. Faham kan? Tak faham pi minum air yasin :-)
  • SELALU BERHATI-HATI Korang kena sentiasa check profile2 korang, posting2 korang dan buletin2 korang. Maksudnya, katakalan korang tak on9, tiba2 ada posting kat buletin dari id korang sendiri, maknanya account korang kena hacked la tu.
  • BERHATI-HATI APA YANG KORANG CLICK Sebelum click apa2 page, pastikan korang baca dulu page tu, jgn main click je. Kebiasaannya hackers akan hantar posting atau message yang suruh korang click lepas tu akan bukak 1 window baru. Tu maknanya dia dah dapat information account korang dan information itu akan terus masuk ke account hackers melalui FTP(FILE TRANSFER PROTOCOL). p/s aku banyak id2 ftp. heheheheh
  • So pandai2 la ek kalau nak selamatkan facebook korang. like i always said, if you hack me, i'll hack you back :))
  • Masuk link ni untuk check sama ada password korang tu kuat, lemah atau sederhanahttps://www.microsoft.com/security/pc-security/password-checker.aspx  (jgn risau link ni selamat dan ia dari link microsoft sendiri..)


hackers nie xsume jaat..kadang after dpt pe yg dorang suke, dorang akan pulangkan pada owner suh ketatkan security owner tu lik..mcm yg aku kenal ni..dia pulangkan lik..siap ajar lagi... :p TAPI kalau yg jaat tu..memang jaat sungguh..hahahaha 

kepada hackers diluar sana..saya bukanlah artis hot pon HeHe...ade lagi yg lebey hot (NERAKA) buang masa ja nk hack2 fb saya ni..ape pon xde..kalau nak...gtau je la..saya leh bagi.. "JANGAN NAKAL_NAKAL yerk"




Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

2 comments:

Admin said... Reply

Assalamualaikum.....

Hacker atau penggodam pada asalnya adalah mereka yang sengaja "memperlihatkan" (suka-suka) kemahiran mereka dalam ilmu berkaitan komputer dan pencerobohan mereka dalam sistem komputer pada zaman awal komputer adalah hampir seiring dengan penciptaan virus iaitu iaitu di penghujung tahun 1940-an.

Namun setelah beberapa tahun selepas itu, niat "hacker" atau pencipta virus ini berubah daripada serangan dan pencerobohan suka-suka kepada yang berorientasikan keuntungan.

Sebagai contoh, sama ada mereka menceroboh sistem komputer bank dan mengambil sejumlah wang dari para pendeposit ataupun mereka menerima upah dari pihak tertentu untuk mengganggu sistem komputer atau laman web yang disasarkan.

Unknown said... Reply

dunia yang berbeza :)