Saturday, December 01, 2012

cinta jarak usia?

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
da lama aku menyepi dari berblogging, kerana bz dgn study, dan faktor 'internet' slow.. agak lama juga aku xberbicara ttg cinta, dan semestinya aku bukan Dr.Cinta or Prof.Cinta.. Hari nie aku bangkitkan isu cinta di usia berbeza.. apa yang usia berbeza ni? 



Cinta tidak mengenal usia, bangsa, negara dan perasaan cinta itu tiada batas. Salahkah mempunyai kekasih yang jarak usianya jauh lebih muda atau lebih tua dari korang? Tidak salah asalkan korang tidak menggangu kebahagiaan orang lain. Apa yang penting di dalam perkara ini adalah persepsi korang terhadap erti sebuah perhubungan.


Biarlah berbeza jarak usia asalkan korang tetap mencintai antara satu sama lain. Ianya tidak salah. Cinta itu sesuatu yang sangat luas pengertiannya. Asalkan tidak melampaui batas batas norma masyarakat dan agama, tiada masalah sebenarnya untuk korang bercinta dengan seseorang yang jauh lebih tua atau lebih muda.

Jangan risaukan kata2 orang, kerana yang bercinta itu korang, bukannya mereka. Pendapat yang baik, ambillah dengan hati yang terbuka manakala buanglah kritikan yang menghina dan menjatuhkan korang. Atasi semuanya dengan buat tidak tahu saja. Lama kelamaan persepsi buruk orang terhadap korang dan pasangan akan hilang juga nanti ditelan masa.

Apa yang sebenarnya korang perlu fikirkan adalah cara untuk membuatkan hubungan korang pasangan makin mesra dan serasi biarpun berlainan era usia. Ada yang senang bercinta dengan lelaki muda dan ada juga yang tidak kisah bercinta dengan lelaki yang jauh lebih tua.

Itu semua terpulang kepada individu. Korang yang bercinta jadi koranglah yang perlu bertanggungjawab di atas cinta itu. Seperti juga dengan pasangan pasangan yang lain, korang juga tidak akan terlepas daripada masalah. Dan rasanya masalah korang yang utama adalah masalah pemikiran yang berbeza.

Yelah, lain era lain pendapatnya. Tetapi korang boleh selesaikan masalah itu. Jangan runsing kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Yang penting korang dan pasangan dapat mengambil pendekatan saling bertolak ansur dan saling memahami, itu sudah cukup.

Antara yang selalu terjadi dalam kes pasagan berlainan usia ini adalah lelaki yang bercinta dengan wanita yang lebih tua, gadis yang bercinta dengan lelaki lebih muda dan gadis yang bercinta dengan lelaki yang jauh lebih tua.

Apa pun kategorinya, ia bukan satu masalah. Bercinta sajalah tanpa mendengar kata kata sinis dari orang lain. Asalkan korang dan pasangan bahagia. Siapa kata percintaan berlainan faktor usia tidak boleh bahagia? Boleh je, tapi sudah lumrah manusia ini yang sering mencari kesalahan dalam sesuatu benda.

Jika ditakdirkan korang menerima jodoh dengan seseorang yang jauh faktor usia, terimalah dengan hati yang terbuka. Cinta kan tetap satu cinta. Yang berbeza itu usia, bukannya perasaan korang. Perasaan korang berdua adalah sama, iaitu saling mencintai.

Pedulikan kata kata orang lain. Hiduplah dengan tenang dan gembira dan buktikan yang korang dan pasangan juga bahagia seperti orang lain. Hilangkan mentaliti masyarakat yang memandang serong terhadap hubungan atau perkahwinan dengan faktor jarak umur yang jauh berbeza ini. Apa yang korang boleh lakukan untuk menghiraukan kata kata orang adalah, ikat segera ikatan percintaan itu dengan perkahwinan yang sah.

Pasti kata kata buruk orang lain akan hilang juga nanti. Senang cerita, jadilah seseorang yang kebal dalam menerima kata kata tidak baik dari orang lain. Pekakkan telinga, kalau korang dengar cakap orang pun bukannya ada kebaikan kan? Makin merosakkan hubungan korang dan pasangan lagi adalah.

Tidak dinafikan, pasti sedikit sebanyak akan timbul masalah untuk memahami pasangan kan? Korang memang berkongsi satu rasa cinta yang sama tetapi lumrah kita cuma manusia biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula korang dan pasangan. Sebagai contoh, pandangan korang terhadap sesuatu seperti muzik misalnya, sudah pastilah lain.

Lagi panjang beza jarak umur korang dan pasangan, lagilah ada macam macam pandangan yang berbeza nanti. Hehe. Tapi tidak apa, ia sekurang kurangnya akan membuatkan korang lebih memahami di antara satu sama lain. 

p/s: aku malas nak karang, aku copy jer.. jangan risau..luahan dia sama jugak dgn luahan aku..wakakaka

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

No comments: