Sunday, February 12, 2012

pokok lidah buaya:khasiat Aloe Vera

info:Lidah buaya ialah tumbuhan saka, sukulen separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun hijau ke kelabu-hijau yang banyak, berisi tebal, dan bergerigi. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun. Pokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup. Lebar pokok boleh mencecah 60-120 cm manakala panjang pokok ialah sehingga 80 cm pada peringkat matang. Bunga pokok pula ialah kuning 30 mm panjang pada beberapa batang jambak bunga. Apabila ditanam secara komersial, pokok lidah buaya dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga ke empat daun per pokok.
Lidah buaya adalah antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur.

Kelebihan:
LIDAH BUAYA mempunyai kesan yang purgative iaitu memiliki kesan pencahar yang sangat sesuai untuk wanita-wanita yang sedang berdiet atau ingin kurus dan sebagai penyembuh luka.

  • istimewa untuk kulit,kerana kandungan lignin mampu menembus dan meresap lebih cepat kedalam kulit.
  • mampu mengawal kehilangan air dari badan dan mengelakkan kulit dari cepat kering dan terjaga kelembapan.
  • membantu membersihkan bahagian perut dan saluran pencernaan.
  • dapat menaikkan seri muka agar lebih nampak halus dan licin disamping dapat mempercepatkan penyembuhan jerawat dan parut jerawat.
KEGUNAAN DALAMAN:

  • ALOE VERA mencegah kanser paru-paru. KAJIAN JURNAL penyelidikan KANSER JEPUN membuktikan aloe-vera berkesan dalam menghalang kanser PARU-PARU serta banyak lagi jenis kanser lain.



  • ALOE VERA melegakan masalah penghadaman,berkesan mengubati penyakit radang usus seperti cirit-birit,pembuangan najis tidak menentu, menyahtoksin sistem penghadaman,meneutralkan perut berasid,sembelit,ulser gastrik.Memperkuatkan fungsi buah pinggang,hati dan pundi hempedu.


KELEBIHAN UTAMA 
-menenangkan perut dan melegakan kesenakan*
 -meningkatkan penyerapan nutrien* 
-menyokong imuniti dan memberi perlindungan antioksida*
 -diperbuat daripada daun lidah buaya yang berkualiti premium dan mengandungi enzim,asid amino dan vitamin. 
-mengandungi manfaat menenangkan tumbuhan kamomil. 
-didapati dalam minuman pati yang mudah disediakn




POTENSI PENGGUNAAN ALOE VERA MENYELURUH,SAMA ADA UNTUK KEGUNAAN KOSMETIK LUARAN SEBAGAI PENYUBUR RAMBUT,UBAT JERAWAT,ATAU PENYEMBUH LUKA TERBAKAR SEHINGGALAH UNTUK PENGAMBILAN DALAMAN DI DALAM BENTUK MINUMAN BAGI MENGATASI MASALAH ASMA,SESAK NAFAS,BUASIR DAN SEBAGAINYA.






Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

No comments: