Thursday, February 09, 2012

andainya lelaki tahu

andainya lelaki tahu..
apabila seorang perempuan jatuh cinta
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

andainya lelaki tahu..
apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

andainya lelaki itu..
apabila seorang perempuan marah
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tetapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyanyangi lelaki itu

lihat saja pada pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh,
tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seserang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

andainya lelaki tahu
apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat...

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

No comments: