Thursday, September 20, 2012

Kehadapan my Future Wife(s)

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Hari nie tamatlah minggu kedua pelajar degree belajar.. Esok jumaat, kami cuti. " kau xbalik kampung ke" " nak la balik..tp takut mak aku marah..hurmm.." nak tau kenapa mak aku nk marah? sebab aku dah balik minggu lepas..n hampir xnak balik ke cnie.. hehe..homesick laa katakan :) bukan anak mak..

ok tinggal kan cite tu.. dengan ditemani beruang housemate dan bantal strawberry aku..dan hp pavilion g4..aku ber'fb' walking lagi. aku terjah sorang demi sorang profile fb dorang.. then aku terjumpa note kt sorang wall mamat nie.. bukan calang2 org.. harap2 aku xkena 'gam' selepas copy paste dari note beliau.
aku tertarik nak baca surat yang dia tulis.. (xtahu la dia tulis or xpon dia copycat mcm aku gak) aku sekadar berkongsi kat cni je la..k ..Harap owner jangan marah :)


kehadapan my future wife(s) i menulis surat ini bukanlah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi..err..I..menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca surat ini perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju 


So, wahai my future wife(s)
I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun. I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem. 
Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan? Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi. 
My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan  berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak berharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak, I okey je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau. Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk rumah je jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah 1 lagi (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin. Hmm
You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. kalau you boyish sikit pon apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, i tak suka perempuan yang lemah lembuh sangat. nanti tak meriah rumah tangga. So kalau sekali sekala bergaduh, best juga kan? lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampaka katil di malam jumaat, kita berbaiklah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam jumaat.
My future wife(s),
you, i harap you reti memasak. you mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dna dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4, Banyak sangat. bukan tak mampu. tapi..Ehem. Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. asalkaan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. lagi pun, tak akan setiapa hari kita nak makan kat restoran kan? kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan i tambah lagi satu(cukup 4) kan ? I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak ernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. boyfriend you tu bukan bolh percaya sangat. Kebanyakannya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mpouth is bull****. So, don't trust them. Akhir kata dari i, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan, I imam you makmum, I baca doa you aminkan. You merajuk I pujuk. Perfect kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari you. takut tersalah pilih perempuan lain. you pun mesti tak naak jadi isteri ke dua I kan.
<3 Dx DotMy








Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

No comments: