Wednesday, December 04, 2013

Tanda Mata Berkedip/berkelip?



Dari pagi tadi sampai la sekarang, mood aku unbalance. Awat ni? Start dari pukul 2 pagi tadi sampai la bagun Subuh tadi, mood aku xberapa seimbang. Bukan sebab hal keje. Tapi entahlah, xtahu kat sape nak luah. and  now kat opis pon, aku macam kat awan-awangan. Ape lagi masalah ni kalau bukan masalah tu. Ok sebenarnya dari pagi tadi, mata kanan aku x henti-henti berkedip. Menurut pendapat orang dulu-dulu la kan ada petanda tu, baik ke buruk. Seyes la weh, memang xhenti-henti berkedip. xtau pasai apa. So sejak dari pagi tadi, aku pikir, apa la nak jadi pah ni..takot senarnya :( Then aku google, petanda mata kanan berkedip. Nah aku nak share

Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.

Alis Kiri – akan mendapat wang.

Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.

Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.

Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.

Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.

Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.

Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.

Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.

Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.

Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

MATA KANAN

Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;

6 hingga 8 pagi – akan  ada yang menggoda atau mengganggu.

8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.

10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.

12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.

4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.

6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.

8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.

10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil

2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.


orang dulu-dlu suka mengaitkan petanda-petanda ni, kita xtahu sejauh mana benda ni, mungkin berlaku secara kebetulan dan orang dulu-dulu teros mengaitkan petanda ni dengan apa yang akan terjadi. nak percaya atau tidak, terpulang. tapi kita kena percaya pada Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah. Yang pasti apa yang berlaku dan akan berlaku ada hikmah yang kita sendiri tidak tahu.

Based dari apa yang aku copy ni, aku rasa benda baik akan berlaku, sebab kanan kan. Kalau kiri, wallahua'alam. Then aku pon dapatkan pandangan kak ina, kak ina banyak pengalaman hehe, then she said.. biasanya kalau kanan nie benda baik akan berlaku. tapi kenapa aku rasa shusah hati :(



disini saya ingin memohon maaf kepada pihak mana yang berkenaan, jika saya ada melakukan kesalahan, saya memohon maaf. Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, boleh terus cakap.



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

No comments: