Thursday, January 23, 2014

Petua Bibir Merah



Semua orang impikan bibir merah bak merah epal. sini korang leh cuba utk dapatkan bibir merekah bak delima gitu. selain dari menggunakan produk dipasaran mungkin korang leh try cara nie pulak :D

Tomato
Sapukan isi buah tomato pada bibir setiap hari. Boleh lakukan beberapa kali sehari, tidak kira pagi petang atau malam. Bibir anda akan kelihatan segar kemerahan bak tomato.
Kunyit hidup+Santan
Tumbuksedikit kunyit hidup dan campurkan dengan sesudu pati santan. Sapukan pada bibir. Amalkan 3 kali seminggu.
Ubat gigi
Florida yang terdapat dalam ubat gigi sebenarnya boleh membuat bibir kita akan merah merona. Percayalah. Senang je cara dia amik sikit ubat gigi tu dan sapukan di bibir. Biarkan selama 3 hingga 5 minit dan kemudian bilas dengan air suam.  Buat lah selang sehari ke atau hari hari.. In Syaa Allah boleh buat ia kemerahan. tapi jangan banyak kan merah lebih dari bibir plak. hahahaha....  
Madu
Madu boleh mengurangkan kekeringan pada bibir dan semestinya akan membuatkan bibir kelihatan lebih merah berseri. Mudah juga, korang cume sapukan pada bibir menggunakan jari anda tp ingat pastikan korang dah cuci n bebas dari lipstick atau lip balm atau sebagainya. Madu asli ke madu segera ke apa ke tak kisah asalkan madu. campur sedikit dengan minyak zaitun pun ok jugak tau. setitik dua sudahlah ehehehe...
Daun Sirih
Ambil tiga helai daun sirih, tumbuk lumat dan perah airnya. Sapu pada bibir pada waktu malam.

Ok ini je yg dapat aku kongsikan. Yg ni pulak tips menjaga bibir, kata orang lebih baik mencegah dari mengubati kan?

1) Jangan biasakan diri menjilat atau membasahkan bibir terutama ketika bibir tengah kering . Ini kerana air liur mempuyai enzim yang menyebabkan kerengsaan pada luar bibir.

2) Jadikan lipbalm sebagai teman baik anda. Bawalah selalu keman-mana anda pergi.

3)Jangan gelupas atau tarik kulit bibir yang mati. Ia akan menyebabkan bibir anda luka dan berdarah . Seeloknya gunakan kain yang bersih atau wet tissue untuk mengelap bibir yang gelupas itu.

4) Pilihlah gincu yang sesuai supaya tidak tersalah pilih kerana ia akan menyebabkan bibir anda hitam dan kering. Bagi penggemar gincu juga, tidak perlulah menggunakan gincu yang sudah setengah tahun umurnya , kerana ia akan merosakkan bibir anda.

5) Elakkan daripada selalu memakan makanan yang pedas , panas dan bergetah seperti duku.

6) Bagi yang gemar menggunakan bahan semulajadi , hirisan tomato boleh di saukan pada bibir anda . Biarkan selama 10-15 minit dan lakukan nya sebanyak 2 3 kali sehari. Hasilnya , bibir anda kelihatan lebih halus dan bebas dari pecah-pecah.

7) PENTING!! amalkan meminum AIR yang banyak kerana penyebab bibir kering dan pecah-pecah adalah disebabkan kekurangan air dalam badan. TAHUKAH ANDA manusia memerlukan 70% air dalam badan?  





Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

1 comment:

Unknown said... Reply

ooo. camtu upanya. huhu. doknganga.blogspot.com