Friday, January 03, 2014

Warm Welcome 2014

Hai! Hello! Annyeonghaseyo! Ahlan Wasahlan! tahun 2014. Sedar tak sedar kita dah pon masuk tahun baru iaitu tahun 2014! wow excited nyer!! uhuk uhuk excited ke? Hi Hi Hi kita pon tahu kan, bila berganjaknya helaian demi helaian, bulan ke bulan itu bermaksud pertambahan umo baru bagi semua orang, yang kanak-kanak da jadi remaja, yang remaja dah jadi semakin remaja, yang semakin remaja lagi jadi makin makin makin makin remaja. Apepon kita makin matang seiring dengan usia kita dan juga pengalaman yang lalu...
So.. aku dapati ramai yer Malaysian kita ni yang berazam.. dan kebanyakan nya berazam nak bina Masjid Perkahwinan. Urm satu bnda yang baik, dan dituntut dalam Islam berdasarkan Nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah swt  Surah An-Nur ayat 24:32
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" - Surah An-Nur 24:32
dalam hadis ni Allah Taala menyuruh serta menggalakkan umat nabi Baginda lelaki dan perempuan berkahwin, dan Allah Taala mengatakan bahawa sesungguhnya perkawwinan itu akan melipatkan kali ganda rezeki daripadaNya.

Dalam satu hadis Nabi juga ada menyebut:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"(riwayat Al-Bukhari)

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"(riwayat Bukhari dan Muslim) 

Lihat? tidak salah kita berniat begitu, benda yang baik kan. Aku pon berharap agar dapat ditemukan jodoh yang baik-baik dari kalangan yang baik-baik.. EHHH! kenapa tetiba cakap pasal kawen-kawen ni? Au bagi contoh situasi ja sekarang ni, terimalah ini sebagai satu nasihat atau mungkin semangat utk kita melakukan sesuatu pekerjaan. Wallahualam. 
Akhir kata, selamat datang 2014...


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

No comments: