Thursday, February 20, 2014

My First Gadget ( Based on True Story)

Dari tadi duk cari idea nak update apa utk blog..hmm pikir punya pikir..aku terpandangkan handset aku ni, then review balik gadget-gadget yang pernah aku guna sebelom nie sampai la sekarang. Aku tak nafikan budak-budak sekarang xsama dengan budak-budak dulu kala ni. Baru masuk darjah satu dah ada handset sorang satu. Jangan kata darjah satu yang tadika pon xlebih xkurangnya.. Kita ambil aura positif oke, untuk keselamatan, utk senang mak bapak diorang nie hubungi ketika kecemasan, rindu pon bole kan. 
TAPI!! haa.. tapi bagi orang yang mcm aku ni, yang sederhana molek ni kan, memiliki handset pada usia 18tahun! Ini FAKTA! Dalam erti kata lain, aku xdak pon bercintan cantun masa sekolah menengah hehehe.. Itupon masa masuk UiTM kat Arau. Yela sebab berpisah dari family hurm sedih2.. so nset yang pertama ni kak ina yang tolong beli hehe jenama NOKIA. Bukan Nokia 3310 yang baling anjing leh mati tu :p 
Nampak? yang atas ni la handset aku yang pertama tahun 2007. Ada lampu kat atas berguna utk suluh dlm bilik asrama. nada dering pon monofonik.. tret tret tret.. hahaha mmg kelakar. Masa tu duk hostel ngn kengkawan. Rindu pulak zaman tu. Nokia ni mmg tahan sampai skrg ada lagi kat umah aku, cuma xda sape guna. utk kecemasan kalau habis bateri hehe
Bila masuk sem dua, da remaja cikit, baru teringin nak bli nset lain lak. Masa nie jiwa memberontak sebab jeles tengok kengkawan, roomate ada nset canggih2. bercakap pasal handset, masa ni la jiwa kami memberontak, memang jenis nk menunjuk gila hehe.. kalau dulu monofonik, second ni, advance cikit polifonik and ada camera. casing dia leh tukar-tukar. tapi ni da rosak.
Dengan teknologi yang semakin berkembang dan umo yang semakin meningkat, dunia teknologi makin berubah, Ni la nset aku yang ketiga. masa tu aku di semester 4 dekat arau. Dari Nokia, aku bertukar kepada Sony Ericsson. Actually aku xpasti sony apa, tapi lebih kurang mcm atas ni la. Warna Putih. masa aku beli tu MYR400. Masa ni jiwa aku kata nak nset yg ada memori, mp3,camera. So setelah berpusing satu Arau dengan kengkawan Leen, Nadia, and Yana, ina mungkin kot.. akhirnya aku beli ni. Thanks Korang :)
Macam yang aku kata tadi, zaman dah berubah, teknologi makin canggih, orangnya pon makin bijak. Dan aku pon yang makin cerdik ni, mula berminat utk mencuba sesuatu yg baru. Nokia Express 5800 menjadi pilihan dihati setelah diperkenalkan oleh saudara Hamdi dari WD (M) Sdn Bhd. Aku beli nset dari dia la. Ada memori 8gb, 1st and 2nd camera, and ada pen lagi tu. Pe lagi, siap tenyeh la ari2 haha. Last2 pensil dia hilang huhu hilang kat kedah. Masa ni aku da habis belajar dan sambung ke uitm kedah.
Bila dah jemu..bukan jemu, tapi nset nokia tu da rosak sebab skrin dia jadi cam ne ntah . So aku bertukar arah pergi ke Samsung. kali ni Samsung young pulak or SGY. ni aku beli masa semester dua dekat lembah bujang, rumah sewa 47B. Yang ni pon touch-skrin jugak. Lebih smooth lagi berbanding dengan sebelomnya.


Ok lastly, sampai sekarang ni dan saat ni yang aku tengah taip ni, nset ni la yg aku guna sekarang. Apa? xnampak? nasibla, dapat tgok sisi pon jadi la haha. Baru ja beli, agak la baru beli, 13/9/2013 hari Jumaat. tarikh dan hari yang aku xkan lupakan  sebab berlaku dua kejadian. yg pertama moment aku beli benda ni, and kedua sebab personal ckit. sedih sgt :(  lantak lah dia.  Akan datang..mungkin bila da keja nanti, mungkin la kan.. mungkin... noted that, semua ni aku beli sendiri, cuma yg pestime tu je akak yang beli.

pada adik-adik tu yang spenda pon mak bapak yg tolong belikan, xyah nak kerek sangat pakai nset mahal2..bukan korang yang beli. :p 

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

3 comments:

zalizalu said... Reply

banyoknye henset dia

adriana said... Reply

Hehe.. bru ja 6kali.

Anis Adnan said... Reply

singgah & follow. follow mw back :)
http://rookieleviosa.blogspot.com/