Saturday, February 15, 2014

Finally End of Study

Result universiti baru je keluar semalam, (Jumaat). Refresh email xdapat-dapat lagi. Eleyh, macam lah aku nak tengok time tu jugakkan..paling koman pon tgu sehari dua baru tengok. Beberapa jam sebelom  keluar result UiTm tu, kecoh dekat whatsapp group Alumni UiTM kedah iaitu aku, Sarah, Yana dan juga Ekin. Masing-masing takot da xsabar nak tau keputusan  masing-masing. Akhirnya kitorang tunggu result pukul 9 esok pagi (semalam). Seeprti Biasa aku xbukak lagi, takot weyh. series takot. Memang setiap kali result keluar ja, rasa nak demam. Ingat senang ke nak lulus hehe..usaha tau. Kawan-kawan duk bagi nasihat suruh tengok gak. Dah usaha kan..tawakal je la ape-pon. 
Pukul 2 lebih kot, aku bukak jugak student portal. Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................!!!!!
tengok jugak akhirnya. Walopun tak mencapai target seperti yg diinginkan, tapi meningkat jugak la ..boleh la.. syukur, pass! 
BIG HUGS to my MOM and DADDY, my family sebab selalu ada bersama adik, membesar, mendidik, merotan, membesarkan sampai dah jadi anak dara! hehe.. Adik xkan hampakan korang semua.. 
and to my teachers, all my friends and u! because of everything. yang dikecewakan, or mengecewakan , yang pernah hadir dan pergi selepas itu, awak adalah sebahagian daripada ini. 

Plan selepas nie? InsyaAllah bulan 4 ni bertunang..  :) Aminnn... dengan sape? aku pon xtau >.< kalau 40 org yg baca ni sebut 'amin' ... insyaAllah benda yang kita xsangka mungkin termakbul.. hehe 
Selepas ni kita jumpa di Shah Alam tau.. bawak bunga sixe XL and Bear sixe XXL.. bunga ros tau sebab nama ros :p InsyaAllah :)

“Yang bernama ilmu itu bukanlah kepandaian atau banyaknya meriwayatkan(sesuatu),melainkan hanyalah nur yang diturunkan Allah SWT ke dalam hati manusia.Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah SWT dan menjauhkannya dari kesombongan diri”

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

2 comments:

Puteri said... Reply

Amin :)

@peace said... Reply

owh bulan depan dah nak bertunang.. lari jauh2 dulu la... aminnnn