Sunday, February 16, 2014

Rumput dan Kasih Sayang


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kpd gurunya. ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : cikgu, mcm mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yg paling kita sayang? mcm mana jugak kasih sayang tu nak berkekalan?

Cikgu : ok. kamu ikut apa yg cikgu suruh. kamu pergi ke ladang. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. dan pilih yg paling cantik, bawa ke kelas.

apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai pun rumput di tangannya.

Cikgu : kenapa tiada rumput yg dipilih?

Pelajar : tadi masa berjalan, sy carilah rumput yg paling cantik. memang ada banyak yg cantik tapi cikgu kata pilih yg paling cantik, maka sy pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai di penghujung padang, sy tak jumpa pun yg paling cantik tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yg sy boleh petik.

Cikgu : ya, itulah jawapannya. maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yg kita sayang, janganlah kita mencari lagi yg lebih baik dari itu. kita patut hargai orang di depan kita sebaik-baiknya. janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yg berlaku tetap dah berlaku. semoga yg berlalu tak berulang lagi. dan ingatlah orang yg paling kita sayang itulah yg paling cantik dan paling baik.walaupun nak ikutkan banyak lagi yg lebih cantik dan baik seperti rumput tadi.
**************************************************************************

Maknanya, kita harus hargai orang yg sentiasa ada disamping kita. tatkala kita sedih dan tatkala kita gembira. dia sentiasa berada disamping kita. tapi lumrahlah, manusia tak pernah puas dengan satu. selalu inginkan dua tiga dan seterusnya tanpa menyedari ada yg terluka. namun atas tiket sayang, dia tetap setia. walaupun dihujani pelbagai masalah dan dugaan. itulah nikmatnya kasih sayang, jarang sekali orang menyedarinya.



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

1 comment:

zalizalu said... Reply

kalau amik semua rumput tu boleh? :D