Sunday, January 15, 2012

cantiknya seorang WANITA

`gambar hiasan`


cantiknya seorang Wanita itu sebagai seorang gadis
bukan kerana merah kilaunya lipstik pada bibir senyum kosmetik

cantiknya seorang wanita itu sebagai remaja
tidak pada kulit mulus menggebu terdedah


cantiknya seorang wanita itu sebagai hawa
bukan kerana bijak meruntuh iman kaum Adam


cantiknya seorang wanita itu sebagai anak
tidak menjerat diri kepada kedurhakaan


cantiknya seorang wanita itu sebagai isteri
merempuh badai disisi suami


cantiknya seorang wanita sebagai menantu
menjauhi persengketaan ipar lamai


cantiknya seorang wanita itu sebagai ibu
membuai anak kala suami menjalin mimpi


cantiknya seorang wanita itu sebagai mertua
telus hati mengagih kasih setara pada semua


cantiknya seorang wanita itu sebagai nenek
menjaring teladan para anbiya' buat cucu cicit


cantiknya seorang wanita sebagai warganegara 
peka membela nasib maruah negara


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

2 comments:

Rozita a.Halim said... Reply

awk kene tag =)

http://kamusayepunyer.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-2012-belog-nemomimosh.html

ros ritsu said... Reply

^_*