Friday, July 19, 2013

Nukilan Dr.Dayana Isteri Pertama Ashraf Muslim


Dahulu kita dikhabarkan dengan berita pernikahan seorang selebriti yang menjadi kegilaan ramai gadis muda dan juga makcik-makcik yang berangan nak bermenantukan jejaka ni. kalau aku pon, aku nak hehe. Aku juga merupakan salah seorang dari ribuan peminat beliau. Hampir dua tahun beliau mendirikan rumah tangga dengan isteri beliau, kini seluruh Malaysia sudah tau bahawa Ashraf Muslim telah bernikah buat kali kedua dengan bekas PRU Produksi televisyen iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai lalu... Kehadiran Ashraf ke Mahkhamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah mengesahkan perkara ini...

Perkahwinan kedua Ashraf Muslim dirahsiakan daripada pengetahuan isteri pertamanya iaitu Dayana dan keluarga... Perkara ini sedikit sebanyak meremukkan hati Dayana... Dayana mengetahui kejadian sebenar apabila terjumpa interniti penerbangan Ashraf Muslim dalam beg kembaranya...

Bayangkan betapa remuknya perasaan hati seorang isteri... Sebagai Kaum Hawa , perasaan syahdu dan sedih turut dirasai... Semoga Ashraf Muslim dan isteri barunya Wan Sakinah memohan maaf dan menjernihkan kembali hubungan mereka... Kita doakan yang baik-baik untuk mereka... Jom baca puisi dekat bawah ni... 

Berikut adalah Nukilan Hati Dayana...
Puisi dicipta oleh : Ana Hawana...

Sucinya aku , kau miliki ketika di " Makkah "
Hebatnya dia , kau sembunyikan ketika di " Thailand "

Sungguh beratnya memegang " Kasih "  dan " Cinta " pada seorang suami...
Berdoa agar jodoh dia memang milik aku seorang sampai mati dan sungguh...
Andai jodoh dia tetap ada bersama orang lain...
Aku akan terima dengan terbuka dan terus kuat macam yang " Mami " lakukan...

" Percaya pada jodoh " 
" Percaya pada ketentuan "
Menangis air mata darah pun kalau takdir dan begitu...
Kita ada dua pilihan...
" Terima " atau " Menarik Diri "

Tak usah bicara tentang " Payung Emas "
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci " Khadijah " atau " Fatimah "

Tak usah bicara tentang " Zuriat "
Kerana
Aku bukan " Allah S.W.T "
Mudah menyebut " Kun Fa Ya Kun "

Tak usah bicara tentang " Setia "
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan " Perempuan Jalanan "

Tak usah bicara tentang " Tanggungjawab "
Kerana
Aku tahu kau lebih " Arif " tentang itu...

Tak usah bicara tentang " Kesempurnaan "
Kerana
Aku terima " Kekurangan " kau kerana Allah S.W.T...

Tak usah bicara tentang " Dia "
Kerana
Aku " Diasingkan " darimu kerana dia...

Berhenti " Beralasan " ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu...
Hanya itu lah jawapan mudah untuk lepaskan kekhilafan yang disengajakan...

Nota| bagi pendapat aku sendiri, kita tak leh salahkan sebelah pihak sahaja, jika masalah dalaman sekalipon, try la bawa berbincang dengan pasangan.  Dari kontek poligami pula, si suami seharusnya mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari isteri pertama, ape salahnya kan? Dan bagi yang kaum diluar sana, jangan mengadakan2 cerita yang mana boleh mengeruhkan keadaan. Rumah tangga orang, biarlah mereka selesaikan sendiri, jangan disebabkan gosip dari pihak tidak bertanggungjawab, masalah yang bukan masalah boleh bertukar jadi masalah. Ape tu? :p btw aku tumpang sedih dengan apa yang berlaku kepada ashraf muslim dan keluarga..sebab aku dulu frust bila ashraf kahwin dengan Dr.Dayana. Chill oke ^_^



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

No comments: