Tuesday, July 09, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^


Seperti yang kita ketahui, setiap tahun umat Islam di seluruh dunia pastinya tidak sabar menanti bulan Ramadhan iaitu bulan penuh keberkatan bagi menunaikan ibadah puasa. Tapi hakikatnya bukan tak sabar nak berpuasa, tak sabar nak menyambut hari raya Aidil Fitri kann?? Hehehe
Tahukah anda pada zaman para nabi dahulu, mereka akan besedih tiap kali ingin berakhirnya bulan Ramadhan al-Mubarak? Maka tidak hairanlah pada malam terakhir Ramadhan di zaman Nabi Muhammad SAW, masjid Nabawi penuh sesak dengan orang-orang beriktikaf dan ramai yang menangis teresak-esak ketika beriktikaf tersebut kerana Ramadhan ingin meninggalkan mereka. 
Bukan kata manusia sahaja yang menangisi pemergian bulan Ramadhan ni, semua makhluk ciptaan Allah menangisinya. Dari Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda,


“Di malam terakhir Ramadhan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat, karena akan berlalunya Ramadhan, dan juga keistimewaannya. Ini merupakan musibah bagi umatku.” 

Zaman sekarang ni ada ke? Mungkin la ada, tapi tak ramai lah kan. Yang ramainya gembira tak ingat dunia, siap ada kedai-kedai atau supermarket besar buat SALE lagi pada 10 malam terakhir puasa sedangkan 10 malam terakhir itulah sepatutnya umat Islam mengejar malam Lailatul Qadr. Tak percaya tunggu la 10 malam terakhir, tengok iklan kat TV, tengok iklan kat surat khabar. 

Disini aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa tahun ini kepada semua kaum muslimin yang dah wajib berpuasa. Harap kita akan bertemu lagi puasa yang terakhir..ingat yer kengkawan, Puasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dahaga dan perbuatan..malah puasa tmengingatkan kita tentang Baginda a.s dan juga para nabi terdahulu dalam mengerjakan ibadat puasa. 
tinggalkan perkara mungkar.. rebutlah ganjaran dibulan Ramadhan kerana bulan Ramadhan adalah bulan IBADAH... wallahualam



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

No comments: