Sunday, July 28, 2013

''Bila Nak Kahwin?"


Sering kita semua selalu ditanyakan dengan soalan nie. Bila nak kahwin? Ok aku la..ramai sibuk bertanya bila nak kawin? Tuan yang bertanya pon bukannya sape-sape.. baya adik-adik lake semua. "Akak bila nak kawin?'' Yela mungkin aku selalu post jiwang je kan. Cuba tanya soalan lain pulak contoh ''akak dah ada pakwe? akak dah ada calon? akak dah ada sponsor untuk majlis akak nanti? lau tak ada adik nak sponsorkan semua.. kan bagus kalau macam tu

Sometimes dah tak terpikir nak bagi jawapan macam mana bila acapkali ditanya "bila nak kahwin?". Selalunya aku jawab ''ada jodoh ada lah''.. Selepas ni kalau ditanya lagi, inilah jawapan yang akan aku berikan. Kepada yang still single mingle, sudah terlajak usia atau masih belum ada perancangan nak kahwin, boleh lah copy paste jawapan ni bila nak menjawab pertanyaan pakcik makcik dan kawan2 di luar sana. Jawapan terbaik untuk soalan cepumas ini. Ngeh ngeh ngeh

S- Kenapa lambat?
Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku
S- Dah berpunya?
Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing
S- Siapa?
Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku
S- Bila?
Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemputlah datang ke walimatul urus nanti

Apepon jawapan terbaik apabila ditanya, maka jawablah ''InsyaAllah, doakan saya'' 

Usahlah ditanya selalu bila seseorang itu nak kahwin kerana semua rahsia itu terletak di tangan Allah. Tiba waktu Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah..


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

2 comments: