Friday, October 19, 2012

Tinta untuk Rashidah Alias

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

SAHABAT
Hari ini..tak ada lagi puisi yang ku tulis untukmu
Hari ini..tak ada lagi kata-kata indah ku tulis untukmu
semua terdiam dan membisu
hanya tetsean air mata di pipimu
SAHABAT
Hapuskanlah air matamu..aku tak mampu lihat semua itu
padamu ku ucapkan sejuta Terima Kasih
kau tinggalkan kenangan yang tak kan terhapus
kaulah pengibur hati di saat lara
disaat suka dan duka
sejuta kenangan indah kala canda, tawa kita
bersama kita lewati semua
SAHABAT
waktu telah mengantarakan kita
pada satu titik pemahaman
bahawa dunia ini tidak ada yang abadi
kini saatnya kita harus berjalan sendiri
melangkah mengikuti takdir yang telah tergariskan
dalam ruang dan waktu yang berbeza
ketika kebersamaan menjadi angka
ketika canda tawa begitu brharga
SAHABAT
semoga waktu tak akan membuat kita lupa
bahawa kita pernah ada..kita pernah punya cerita
walau perpisahan ini menyiksakan luka kita
tapi yakinlah...
bahawa kau tak akan tergantikan.. SAHABAT..
abadilah tercipta lebih dari cinta 

Selamat Bertugas^^vv




Entry kali nie sangat bermakna buat diri aku dan dirinya . Siapa dirinya?ahakss... dia adalah kawan baek, kawan sepermainan, seperjuangan..kawan se'nangis', kawan se 'gado', kawan se'ketawa' dan kawan punya kawan.. walopon kami jarang berjumpa..maklumlah semakin meningkat dewasa..masing2 dengan kehidupan sendiri. aku masih di Uitm..dia pulak di kolej 'nursing'.. kenapa aku tulis pasal dirinya?
aku mendapat khabar darinya yang dia akan 'terbang' ke sarawak..owh..best gitu :)
''weh..best la duk tempat orang, mula-mula memang sedey tapi lama2 bila da kenal orang ..kenal tempat..baru best.. nanti bila duk sana jangan lupakan aku..keje la elok2..kumpul duit, then belanjalah tiket fly ke aku..ngeee.. nak jugak rasa fly g sana..xpenah wooo g sana.. sebelom tu aku tingin nak belanja hang makan McD, nanti tuntut lah kat aku.. aku belanja McD okeyh  :( sedey tau xdpt jumpa hang.. da la aku xda kawan,.. nanges tau x aku skrg nie..raya Haji kali nie..xdpt lah aku nk bergaya :( pepon gudluck yerk.. ''
notakaki| this entry dedicated to my BFF: RASHIDAH ALIAS fly to Miri
Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, October 18, 2012

Doa Dhuha

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^


''Ya Allah sesunguhnya waktu dhuha itu dhuha-MU, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu...Ya Allah jika rezekiku masih dilangit turunkanlah jika dibumi, keluarkanlah jika sukar permudahkanlah..jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu.. limpahkanlah kepada ku segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang SOLEH"

solat Duha ialah solat sunat yang dilakukan seorang muslimketika waktu dhuha yakni ketika matahari mulai naikkurang lebih 7 hasta terbitnya matahari ( 7.00 pagi hingga) hingga waktu Zuhur.Solat Dhuha boleh biasnaya dikerjakan 2,4,8, atau 12 ra'kaat dengan setiap satu salam dalam dua rakaat. 





Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, September 20, 2012

Kehadapan my Future Wife(s)

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Hari nie tamatlah minggu kedua pelajar degree belajar.. Esok jumaat, kami cuti. " kau xbalik kampung ke" " nak la balik..tp takut mak aku marah..hurmm.." nak tau kenapa mak aku nk marah? sebab aku dah balik minggu lepas..n hampir xnak balik ke cnie.. hehe..homesick laa katakan :) bukan anak mak..

ok tinggal kan cite tu.. dengan ditemani beruang housemate dan bantal strawberry aku..dan hp pavilion g4..aku ber'fb' walking lagi. aku terjah sorang demi sorang profile fb dorang.. then aku terjumpa note kt sorang wall mamat nie.. bukan calang2 org.. harap2 aku xkena 'gam' selepas copy paste dari note beliau.
aku tertarik nak baca surat yang dia tulis.. (xtahu la dia tulis or xpon dia copycat mcm aku gak) aku sekadar berkongsi kat cni je la..k ..Harap owner jangan marah :)


kehadapan my future wife(s) i menulis surat ini bukanlah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi..err..I..menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca surat ini perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju 


So, wahai my future wife(s)
I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun. I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem. 
Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan? Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi. 
My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan  berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak berharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak, I okey je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau. Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk rumah je jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah 1 lagi (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin. Hmm
You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. kalau you boyish sikit pon apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, i tak suka perempuan yang lemah lembuh sangat. nanti tak meriah rumah tangga. So kalau sekali sekala bergaduh, best juga kan? lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampaka katil di malam jumaat, kita berbaiklah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam jumaat.
My future wife(s),
you, i harap you reti memasak. you mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dna dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4, Banyak sangat. bukan tak mampu. tapi..Ehem. Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. asalkaan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. lagi pun, tak akan setiapa hari kita nak makan kat restoran kan? kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan i tambah lagi satu(cukup 4) kan ? I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak ernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. boyfriend you tu bukan bolh percaya sangat. Kebanyakannya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mpouth is bull****. So, don't trust them. Akhir kata dari i, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan, I imam you makmum, I baca doa you aminkan. You merajuk I pujuk. Perfect kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari you. takut tersalah pilih perempuan lain. you pun mesti tak naak jadi isteri ke dua I kan.
<3 Dx DotMy








Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, September 12, 2012

Dan sejak dari itu aku bukan lagi Ros Ritsu yang dikenali

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

dan sejak itu aku bukan lagi Ros Ritsu yang dikenali.. entry kali nie tajuk panjang..tp harap2 isinya xde la sepanjang si tajuk :) Biarlah aku berterus terang..aku xda mood sebenarnya nk titip2 kat cni..tapi kat mana lagi nak aku luahkan..
yer aku tegar ber facebok .. aku rajin on9..kadang sampai tak tido semalaman.. ''mak kau xmarah ke" ''gila kau..ada pulak xmarah..mestilah marah'' hehe.. itulah..mak aku sgt xsuka lau aku on9 ngadap laptop..kadang dari pagi sampai ke maghrib HuHu.. aku dgn dunia maya aku..gila kan?
ape yang kau 'update'?
macam2 yang aku update..kebanyakannya soal cinta..soal hati. Bila aku post ja ayat jiwang..org pon mula beri respon..positif negatif pon ada..tu yang aku suke! ada jugak org tnya..knp aku selalu post jiwang..mcm org bercinta..n putus cinta.. sebenarnya, itu mmg luahan hati aku.. tapi sumpah aku ckp.. ada jugak ayat yang aku copy paste.. and ada jugak ayat aku sendiri.. :) 
kenapa soal cinta? ada pengalaman ke?
aku suke post ayat cinta..aku xda pengalaman sangat bab2 cinta ni.. walopon org kata aku nie mcm dah ada sumone? ada ke? haha.. malas nk jawab. bagi aku pengertian cinta ni sgt luas hinggakan semua org leh sesat dlm menuju cinta yang kekal.. 

dan sejak itu aku bukan lagi ros ritsu yang dikenali
sejak bila aku bukan ros ritsu.. semuanya terjadi bila ada beberapa pihak yang menegor aku..xkesah la tegor ape.. dulu aku rajin post mcm2..sampai org remove aku dr fren.. kelakar kan.. kawan2 sekelas pon duk mengacah..ros ritsu terkenal dgn on9 fb.. dlm kelas nset mesti duk tekan2..ngee~~
ramai xtahu senarnya apa yang berlaku..fb kena hack pon pena berlaku..dicerca..dimaki..dikutuk pon pernah..well..aku sendiri pon xtahu kat mana silapnya..mungkin benar kata org tu..aku menunjuk2..aku megah2 dgn rupa paras..tarik perhatian org..
ramai yang xtahu?
aku sebenarnya pendiam..aku susah utk buat kawan.. ramai kata aku sombong..sampai block aku teros..betol weh..aku xtipu! aku xrapat ngn org..nth la..org pon mungkin pk aku ni memilih..aku senarnya xkesah anggapan org..sbb prinsip aku.. kita hidup bukan atas kaki orang laen!
dan bila berlaku tu..aku semakin hari semakin kurangkan pergaulan aku di fb.. mungkin juga aku sedang diperhatikan..adat sosial,,xsume org leh trime diri kita :)

jam pon dah menunjukkan kul 2..tido dlu.. nite :)


  



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, September 07, 2012

Tips Memasuki Semester Baru

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
Salam SaiyidulAyyam wat semua sahabat tak kira dimana kita berada..apa khabar Iman kita hari ini? 
harap semuanya baek indah belaka. Kali nie aku nak share tips memasuki semester baru. Kita pon tahu raya da lepas..ketupat rendang sume dah basi..yang dah keja tu..dah start keja semula..yang sekolah pon dah kalut2 g sekolah.. tapi yang bakal memulakan semester baru yang pelajar2 IPT nih.. aku xtahu la IPT laen start bila..tapi kalau UiTM nie akan bermula isnin nie..tp kelas aku bermula ahad nie!.. Maklumlah Kedah! HuHu.. "kau dah sedia lom" "kau jgn tanya aku la..mesti la.. berat nk melangkah" :p 
Anyway aku mewakili DKnS Blog ingin mengucapkan Selamat menempuh Semester baru wat semua pelajar IPT! utk adik2 junior tu mungkin nga seronok orientasi :)


TIPS Memasuki SEMESTER BARU by Me

  • Mental Fizikal Spritual

Paling utama adalah soal kelengkapan diri, kita  haruslah bersedia dari segi mental fizikal spiritual..bila bercakap soal nie..mestilah soal luaran dan dalaman kita. Disebabkan da lama cuti..mood study pon hilang ke mana nth..so sebelom masuk belajar mestilah kita cari semula mood belajar tu..slow2 k. fizikal kita pon harus kuat..kalau dah rasa xsehat tu..g la jumpa doktor peribadi ke..klinik..check sume sistem saraf samada fungsi elok x? hehe
  • Kelengkapan diri
Baldi?tikar? bantal? meja? bukan tu maksud aku..kelengkapan yang dimaksudkan adalah laptop..hey..laptop penting tau utk mahasiswa/wi.. nnt kalau kau masuk blajar kat IPT..kau tahu la penting mcm mana..telepon bimbit- supaya mudah menghubungi rakan dan keluarga..utk kegunaan emergency..nk call gewe kau pon boleyh :) data traveller- ape tu? pendrive la..senang nk tranfer maklumat..selain mudah dibawa ~kewangan- part yang penting! make sure kau pandai gunakana bajet kau dalam satu semester.. beli buku xpon potostat je dr senior.. jangan membazir! yang amik PTPTN tu, gunakanlah pinjaman kau tu sebaik  mungkin k. :)
  • Perancangan kuliah
sebagai seorang pelajar yang nak berjaya..mestilah ambil berat menegenai jadual kuliah..jangan bergantung pada kawan ja..sampai kls pon xtahu kat mana..subjek apa..lecturer yng mengajar pon xtahu sape! make sure kau kena rapat ngn lecturer k..lau x kau leh fail! 

hurm ape lagi ea..aku pon dah xigt.. semalaman aku pk ape aku nk goreng kat cni.. 
tapi bagi aku sendiri..penyediaan utk memasuki semester baru mestilah handphone and laptop. make sure handphone touchskrin tu elok..clear.sng digunakan masa exam test nnt..hehe.. tak faham? ok tak perlu paham pon..ekeke..

aku ucapkan selamat menempuh semester baru wat semua pelajar yang akan bemrula ahd dan isnin ini.. 


p/s: semakin tinggi level..makin susah 



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, September 05, 2012

Mereka Sudah, Aku Bila Lagi?

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
kalau dulu masa zaman sekolah..mesti sibuk tanya.." bilalah nak habis belajar''
then dah dapat SPM..mula melangkah ke alam universiti..belajar 3 tahun amek diploma.. pon duk tanya ''bila la nk habis belajar''
dah habis diploma..dapat pulak sambung belajar peringkat ijazah.. umo pon dah 23 da sekarang.. soalan yang selalu ditanya ''bila la nak kerja pulak''
tapi dalam sibuk2 nak habiskan sisa2 degree nie..fenomena yang hangat dan tak hangat sangat.. ramai rakan seperjuangan dah mendirikan rumah tangga! paling tak pon..ada yang mengikat tali pertunangan dulu..maklumlah..dah nak habis belajar..mestilah bertunang dulu..habis ja belajar.teros kahwin.. HeHe
kadang tu bila bukak je facebook..dah ada yang relationship, engaged,married tetiba =.=..bila gado teros jadi single lik..hahaha..budak2 macam tu la.. tapi yang tu tak hairan sgt.. bila ada kengkawan yang undang ke majlis dorang..siap wat 'event' and 'kad undangan' lagi.. itu yang teros kata " tahniah" then komen2..mulalah usik2 kita.."kau bila lagi" "aku tunggu kau dululah..nampak kau ramai sgt gf/bf'''
macam tu lah.. kadang yang bercinta bagai nak rak kononnya siap bucuk..beby boy.. baby girl..mama papa..ape pon xda..tapi yang diam2 ubi..yang tu la selalunya ada something kan... mcm kawan aku sorang ni..dah nak ada anak pon..yang da nak masuk dua orang..ada gak..hehe.. tp yang lagi dahsyat..yang da cerai pon ada! nauzubillah...

apepon aku ucapkan tahniah buat sahabat baikku..nurzahirah dan pasangannya di atas pertunangan baru2 ini pada 1 september lepas.. maaf xdapat g..jauh sgt.. hehe..insyaAllah lau kenduri nnt..kami g k :)
dan tahniah buat Hanisibrahim(Maksu) serta suami yang bakal bergelar ibu'ayh tahun depan..insyaallah..dan pada mereka2 yang bakal menamatkan zaman bujang..semoga bahgia hiangga ke akhir hayat. aminn..


Mereka Sudah, Aku Bila Lagi?
kekadang hati nie tertanya2..aku bila lagi? bila kawan-kawan ada yang usik usik..aku hanya mampu gelak..hehehe.. jawapannya aku pon xtahu.. yang pasti aku sedang menanti si dia.. Siapa? Aku pon xtahu..bukannya aku xda org yang aku suka..ada..tapi aku sendiri belom pasti..aku sendiri xtahu apa yang aku tunggu.. Aku bukan memilih kesempurnaan..kerna aku sendiri pon bukanlah sempurna..bila ada yang datang, aku rasa aku jauh sekali utk diri nya..aku bukan memilih..aku bukan ramai peminat seperti yang org selalu katakan..aku nie orangnya biasa2 saja..sederhana :)
"Hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, InsyaAllah ia akan datang esok atau lusa, atau bila-bila pun ia kehendaki, itu adalah sebahagian dari kekuasaanNya, Jodoh adalah perkara ghaib..tanpa ada seorang pun yang tahu bila & dengan siapa kita akan berjodoh..jujur ku katakan itu bukanlah perkara biasa tapi sungguh luar biasa"
p/s:  menanti bulan jatuh ke riba :p
Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, August 30, 2012

Adam & Hawa: Adam & Hawa - Episod 01


Adam & Hawa: Adam & Hawa - Episod 01

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

da lama nak tgok cite adam hawa ni..karya novel aisya sofea. lakonan mantap oleh pelakon kelahiran singapura nie..sape lagi kalau bukan Aaron Aziz sebagai adam mukhriz n heroinnya iaitu Nadiya Nissa sebagai ain hawani... tp sayang dorang muatkan dlm astro mustika.. umah aku mn de astro mustika :( arini aku terjumpa link ni..episode satu..jomm layannn

p/s episode sampai 80..bleh lah wat koleksi nak donlot nnt.. :)
Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Monday, August 20, 2012

SeLamaT Hari RaYa AidilFitri

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

dikesempatan ini saya Roshadah Che Raus pemilik blog Ceritera Dulu Kini Selamanya mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri wat semua bloggerz yang menyambut raya.. actually hari raya nie untuk semua kan.. xkira bangsa agama mahupun budaya..

nah..sedikit pantun untuk sahabat handal::
Buah Laici Buah Strawberi
Enak dimasak bersama ikan patin,
Selamat Hari Raya Aidilfitri ucapan diberi..
Mohon Maaf Zahir & Batin 
notakaki| Raya nie cuba kurangkan makan banyak tau..heHe.. pic raya erm nantilah upload HeHeHe





Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, August 16, 2012

Nak Kad Raya !

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
selamat pagi kamis wat sume blogger yg xbaca and yang xbaca..
seawal bangun arini dah kena mintak izin mak.." mak nak on9" hehehe..mak aku cukup xsuka bila aku on9..sebab bila aku on9..berjam-jam aku leh habiskan mengadap HP Pavilion g4 nie..orang nasehat pon xpenah aku dengar and xpenah aku amek peduli HoHo..
benda 1st mestilah aku bukak Facebook.. 



topik aku arini " Nak Kad Raya''.. imbas kembali zaman masa sekolah dulu..
bila nak raya ja, posmen la orang paling sibuk..Ye ke?rasanya sume org sibuk..aku pon sibuk gak..HaHa. tapi aku fokus posmen la kan..sebab dia kena antar kad raya..dulu selalu tgu2 posmen..and bila posmen masuk kampung ja..dalam hati harap sangat 
"abang posmen..surat utk saya xde ke?"
bila dapat surat..mestila kena tengok kepada siapa surat ditujukan..kalau dlu asyik lawan ngan akak2..berapa byk surat dapat.. selalunya aku la ketinggalan :( sebab aku kadang dapat satu dua surat ja..kadang xdapat langsung HaHaHaHa.. meme jeles :p

tapi sekarang zaman dah berubah, dunia dah baru, teknologi serba canggih,, khidmat posmen xdiperlukan lagi..posmen skrg hanya jalankan tugas antar surat rasmi ja HikHikHik.. maklumlah sekarang dah ada phone canggih, Ipad, nak yg lagi open.. FACEBOOK la..sekarang ni sume dah guna facebook, xhenti2 orang duk 'tag' kad raya.. aku pon xwat lagi..aku lebih suka rekacipta sendiri..tapi xthu la mcam mana lau rajin..aku wat la. :)

notakaki| lagi seronok lau dapat kad raya yang handwriting punya..kata orang ikhlas :p apepon Thanks to Abang Posmen yang menghantar surat..Jasamu Dikenang ^_^



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, August 15, 2012

Entry Bulan Puasa

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

dah lama x bertinta di cni
kalau dulu bz dgn final exam..sekarang ni bz nak raya..
tapi senarnya malas nk bukak cite :p

lagi 3ari kita Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan 1 Syawal
mood? aku pown xtahu rasa ape..kejap ok..kejap x..

sebelom aku bukak cite panas bulan lepas..
aku nak update dulu rupe belog aku nie..=.= tension tengok berterabur je 
and
aku nk ucapkan selamat mendirikan rumahtangga wat blogger 'idol' aku..HeHe
adik comel yang kini sah bergelar isteri di usia yang muda iaitu IreneNadia pada buln Jun lalu..bila la turn aku pulak yerk..HaHa


chumell kan..pasangan irene&amirul
note| teringin nak jadi macam irene n dpt laki mcm suami dia.. mcm perfect pulak :p


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, July 20, 2012

Saya menunggu seorang Wira bukan Lelaki

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^




Sebagai seorang muslimah, korang mesti berharap agar dapat seorang suami yang menyenangkan hati, kan. Seorang yang dapat melindungi dan mengarahkan korang menuju redha Allah SWT. Betul tak? Berikut merupakan ciri2 calon suami yang dicadangkan dalam penjelasan berikut:


1. Seorang Jujur dan Terus Terang
Dari awal pembawaan ini harus dipastikan dahulu, apakah dia adalah seorang lelaki yang jujur atau sebaliknya. Dari mukanya dapat dinilai seorang jujur atau tidak. Dari cara dia berkata-kata juga dapat ditentukan apakah dia seorang yang jujur atau tidak. Sejak awal korang harus peka dengan sifat ini kerana kejujuran seorang lelaki adalah hal yang sangat jarang2 berlaku untuk masa kini. Apabila dia memang orang jujur, dia tak hanya akan mengutarakan kebaikan-kebaikannya selama ini, namun juga kelemahan dan keburukannya ketika akan melamar korang.
2. Menghormati WanitaDi mata wanita, tentu wanita yang matang, bukan wanita muda, juga wanita yang telah bersedia untuk berkahwin, mendambakan seorang lelaki yang ideal dan sangat sederhana. Dia hanya perlu seorang lelaki yang mampu membuat wanita selesa, membahagiakan secara batin dan kata2. Memiliki sikap hormat, tak merendahkan, tak juga melecehkan meskipun dia lelaki cerdas dan lebih memiliki kemuliaan yang lain. Seorang lelaki yang benar2 tahu bagaimana memperlakukan seoang wanita. Menghormati secara profesional dan tak berlebihan. Dia memandang wanita bukan sebagai objek seks, namun menghormatinya dengan baik.
3. Seorang Lelaki Yang TegasTegas bukan bererti keras kerana ketegasan tak perlu ditunjukkan dengan kekerasan. Wanita akan lebih 'tunduk' dengan lelaki yang tegas, mampu mengambil keputusan, percaya diri, sangat konsisten dengan keputusannya. Dia dipilih untuk menjadi suami yang mampu membuat keputusan bagi keluarga. Semasa dia menjadi seorang pemimpin rumah tangga dia tak dapat mengambil kira semua kepentingan. Dia harus memiliki keputusan sendiri dan harus komitmen dengan keputusan2 yang dia buat.
Seorang lelaki memang dikenali sebagai yang keras kepala dan tak nak minta maaf. Meskipun sudah jelas telah melakukan kesalahan, tak ramai lelaki yang dengan rela hati mengatakan "Abang minta maaf, abang bersalah...". Ego mereka sangat kuat sehingga menghalangi kerelaan meminta maaf. Bahkan pada keadaan tertentu, kadang kala meminta maaf akan dilakukan bila dah takde pilihan. Lelaki jenis ini akan membuat wanita bertahan dan mendambakan menjadi pendamping hidupnya. Sayangnya para lelaki muda dan bujang jarang memiliki sikap seperti ini. Lelaki jenis ini biasanya sudah berkeluarga sehingga susah atau bahkan tak mungkin untuk mendapatkan cintanya.
5. Cerdas, Menguasai Banyak Hal
Sifat ini akan mengundang kekaguman para wanita kerana wanita selalu sahaja mempunyai banyak persoalan yang nak diketahui. Setiap kali bertanya, dia selalu dapat menjawab. Jawapannya tak hanya beberapa perkataan sahaja, tapi dah cukup untuk membuat korang terpesona. Meskipun tak memiliki ketampanan luar biasa, lelaki jenis ini banyak peminatnya. Kepintarannya cukup membuatnya mampu menaklukki hati para wanita.

Namun bila ternyata tak pandai menguasai banyak hal, seorang lelaki juga cukup dikagumi apabila dia mahir dalam satu bidang tertentu. Kemahiran dan kecerdasannya pada bidang tertentu sangat dihargai oleh kaum wanita.



6. Mampu Beradaptasi
Kemampuan beradaptasi dengan orang baru, keluarga baru dalam lingkungan baru juga menjadi nilai tambahan karakter seorang calon suami yang baik. Saat ijab kabul ditunaikan, suami akan tinggal di rumah keluarga isterinya buat seketika. Bila dia tak dapat membawa diri, kemungkinan besar dia hanya duduk terdiam di satu sudut atau mungkin lebih memilih untuk menyendiri di bilik tanpa mahu keluar.

Seorang lelaki baik seharusnya memiliki kemampuan beradaptasi. Bijak membuka sebuah perbincangan dengan siapa pun. Sehingga perkataannya tak berlebihan tetapi selalu mudah difahami.

7. Berani

Inilah sikap yang paling disukai, iaitu keberanian. Keberanian ini lebih kepada sebuah sikap positif yang didorong oleh mental yang kuat. Apabila mendapat tekanan hidup, dia mampu untuk melawan dengan kekuatan mental dan fizikal yang dia miliki. Dia berani untuk menjadi diri sendiri dan selalu membela kebenaran. Ketika dia memutuskan untuk melawan suatu kezaliman, dia sudah mempertimbangkan segala sesuatunya dengan matang. Bukan hanya sekadar bangkit tanpa perhitungan.

8. Berjiwa Besar

Lelaki yang berjiwa besar adalah seorang yang tak mudah menyimpan dendam dalam hatinya. Lapang dada dalam menerima kekurangan pasangannya, dan selalu memaafkan apabila memang dia dituntut untuk memaafkan seseorang. Dia sangat sedar bahawa setiap orang diciptakan tak sempurna, namun setiap makhluk memiliki kekurangan satu sama lain. Sehinggakan dia menyedari beberapa kekurangan pasangannya, dia tak menuntut lebih dan lebih memilih sikap menerima seadanya.

9. Kelak Bila Menjadi Suami

Apa yang dikemukakan di atas adalah ciri2 calon suami yang mungkin boleh dikenali dengan perkenalan. Namun bagaimana halnya kalau setelah berkahwin segalanya berubah? Korang dapat mengenali apakah suami korang nanti berubah atau tak, dengan cepat.

Suami bukan komander perang dan bukan juga bos, main perintah sesuka hati, caci maki selancar sampah di longkang. Bukan. Bukan macam tu. Suami adalah seorang teman hidup untuk isteri. Dia adalah seorang yang dirindui dan dikagumi. Selalu ditunggu dan dialu-alukan. Sehingga pada dasarnya dia adalah seorang yang keras dan tegas, namun ketika berinteraksi dengan orang lain, lebih2 lagi dengan isteri dan anak-anaknya, dia harus bersikap lembut agar mereka tak jauh dan berpaling. Sikap lemah lembut ini merupakan rahmat dari Allah SWT sebagaimana kalam-Nya ketika memuji Rasul-Nya yang mulia.


sources from "click here"



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Saturday, June 23, 2012

50 tips Untuk Pikat Lelaki

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
kenapa? bunyi macam kelakar eh..tak percaya yang girl leh pikat lelaki? kemon2..kadang laki ni lambat pick up..lambat respon..sebab tu ada keadaan yang buatkan girl bertindak dulu..but depend pada seseorang cam ne nak handle pasangan korang k.. HaHa lets reveal it....



1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!



notakaki| at least u must try at once...HeHe
selamat mencuba utk para gadis :)

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Tuesday, June 19, 2012

Bila Lelaki Jatuh Cinta

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami . Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. 

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi 
pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar 
isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :


  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
  • Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
  • Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
  • Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
  • Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
  • Dia akan mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
  • Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
  • Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.
  • Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
  • Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya. Lelaki yang jujur dan cukup `mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya. 
notakaki| mungkin ada sesetengah lelaki berlainan caranya..adakala lelaki lebih suka berdiam diri menahan EGO nya didepan perempuan


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, June 01, 2012

WeLcoMe JuNe

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

Syukur ke hadrat Illahi..dengan izinnya kita dapat ber'tinta2' lagi..alhamdulillah :)
actually xda benda nk conteng2 kat cni.. nak kongsi pon macam banyak je kan..
Malam nie aku nak habiskan report opm aku...ahad nie kene submit..boleh lagi rilek =.=
esok aku balik ke umah sewa setelah seminggu cuti duk saje menghapdet status mengarut kat facebook HaHa

pasal cinta? 
hurmm...biarlah ianya menjadi rahsia..kerana dihati ini terlalu banyak perasaan..terlalu banyak yang pelu dihuraikan...wah! da macam terlalu dewasa nk cakap pasal nie.. EH! harusla..kawan aku da nak bertunang pown hari ahad ni..congrate Ekin.. pasni kena jaga diri lelok..untung la ada org sayang ^_^

after this nk habiskan sisa2 study..dengan presentation, test sana sini, ade lagi x eh kuiz? HeHe
Ramadhan pon akan tiba tak lama lagi..bagaimana dengan persediaan kita nak menyambut bulan Islam yang dinanti-nantikan.. berkesempatankah kita utk bertemu lagi :(


status updated

"Cinta Boleh DiPupuk Tetapi Tak Boleh DiPaksa
Biarkan ♥ Mengalir Seperti Air Sungai...lama kelamaan tersebar juga.."






Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, May 31, 2012

Doa Pelembut Hati

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^



Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:
Baca surah Al-Fatihah
Al Fatihah……………..
Baca Ayat di Bawah:
Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir
Baca ayat 1-5 Surah Taha

1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Saturday, May 26, 2012

OTAK-OTAK Trangganu

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

awalnya aku bangun..da kul 2.41 am ... senarnya aku xtdo lagi..xpela jap g pas hbis naip.kita g tdo k 
^_^
setiap kali ada pasa malam kat kampung aku..aku xterlepas peluang utk membeli Otak2.. pena makan otak2 x? xtahu otak2 tu cam ne rupenya? haishh..ape la..
otak2 yang dibalut dgn daun kelapa ...ini la rupe kalau ditengok dari luar :)

terliur la.. da mcm peveret pulak.. yela..nk ngorat anak terengganu..kene pandai makan makanan org ganu...HaHaHa
so tadi aku post kat group GGAJ.. naek loya tekak aku makan otak2..heHeHe
kawan aku soal..wane ape..
Eh..ade ke macam2 wane ni? 
setahu aku..selama ni aku makan..wana merah ja...
tapi dia kata wana putih lau kat ganu,,, HeHe nie yang wat aku rasa kene cari sumone dr Ganu nie..HaHa
then aku search uncle google..taip je Otak2..haaa.kua la imej ni...
nie kot otak2 yg berwane putih...kan kan,,.



otak2 semenanjung


Haa...ni la otak2 yang aku selalu makan... isinya wana merah.... tapi kata Tuan Muda .. otak2 ganu yang wane putih tu lagi sedap... ni yg wat aku terliur ni :( sera nak balik g uma dia ja..HeHe boleyh x 
korang nak dapatkan resipi percuma utk membuat otak2 isi putih ni...haa cer klik disini


notakaki| Tak sure la..Otak2 dari Johor or Terengganu hehe




Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, May 25, 2012

Aku dan MarshMallow

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
hye..tanx kerana menyinggah beloq saya merapu ni..HuHu

 Hari ini  merupakan cuti bagi UiTM..yg laen xtahu la kan..so ari nie adalah hari 1st aku kat umah, memang larh bosan giler..xda sape kat umah..melainkan aku dengan adik aku yang chumei2 tu je...wahh makin chubby la dia..makan xhenti >.<
JOM nak bercerita:
selama sebulan aku mengharungi kehidupan di rumah sewa..xbalek kampung kowt..dugaan uhh..aku siapkan test ni..test tu..assesment bagai, g kuliah balik kuliah..xtdo semalaman pon ade.. penah satu malam tu aku n da group siapkan keje last minit! sampai kul 2 pagi,, aku and da group bersengkang mata siapkan report yang kene submit esok..penat~_~ padan muke kau..len kali wat la keje last2 minit.. :p sekarang da cuti seminggu..guna lah cuti dgn sebaiknya..HeHe 
okeyh!
------------------|---<@

aktiviti ape yang menarik sepanjang hari nie? entahlah..da puas aku ber'fesbuk'..stalker sana sini..ape pon xdapat..HuHu.. actually perut aku nga sakit sekarang..tak hilang2  :(
 semalam baru teringat aku kua ngan family g beli barang dapo..so tadi aku turun kebawah..aku bertukar jadi 'tikus' ke 'kucing' eh.. jadi kucing la senang..sebab chumel..mcm aku..HakHakHak
aku cari Marshmallow!
sambil2 menaip.. satu persatu aku kunyah nyunyah marshmallow ni.. sedap? entahlah..juz cuma sonok mengunyah sebab lembut..HeHe disamping wane wani.. sesedap mata memandang.. 

soalan?
Bila pertama kali anda tahu mengenai Marshmallow?
masa aku kat uitm arau,  aku and geng turun ke bilik tv..ade la dua org kawan baek ni..masuk n suwo kami rasa.. masa ni la baru kenal apa tu marshmallow..HeHe tapi mahal beb..xmampu nk beli masa tu..satu bungkus yang dorang jual tu..besar tahap ibu jari kot.. bape ringgit nth..rasa sample dah ler..



kawan2 leh dapatkan marshmallow dalam perbagai bentuk dan beraneka warna..sume cute n chumel2 belaka.. apepon..aku bukanlah penggemar sangat..
juz berkongsi...

nak tahu resipi wat Marsmallow? klick sini 
selamat mencuba...da berjaya wat jangan lupe post ke saya ckit tau..  :)


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, May 17, 2012

Dari Hati ke Mr.afi

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^
salam kamis malam jumaat wat blogger yang lalu lalang..malas nak berkias bagai..
aku nak berkongsi satu cerita dari seorang teman (bukan aku)
lepas siasat nak mula dar mana n mana... so aku copy paste jela satakat ni .. :)


" unsubcribe <--- memandangkan saya da unsubcribe seseorang dari aktiviti dia..so saya langsung xtengok ape yg dia post..utk kebaikan jugak, nak lupekan kisah dia.. :)
sape dia? nnt saya reveal k..biarlah saya bahasakan diri dia Mr.afi.
tak banyak yang saya tahu pasal Mr.afi ni..yela pekenalan pon singkat sehinggalah dia dimasukkan ke hospital atas sbb accident..saya pon xtnya keadaan dia.. (xreti senarnya nak jadi seorang yang care kat org laen) ok..saya boleyh ja nk care kat org..tp saya xtahu knp ngn Mr.afi ni..saya jadi xreti..macam budak nak blaja bercinta....HeHe...
so tadi saya da terjah ke fb dia..tu pon lepas kak juwita like satu post..HiHi..mesti kak juwita  pikir saya da ada sumone kan..hurmm melepas lagi..menyesal? agaklah..sebab saya lupa yang kak juwita ada kat group tu..psstttttt...
sape kak juwita ni? hurmm dialah org tengah yang menghubungkan saya ngn Mr.afi.. korang jgn pk bukan2..saya juz 'berkawan...hubungan serius?ermmm... walopon permintaan dari kak juwita mcm nak ja saya serius dengan Mr.afi...... =.=
yela..sebab saya rasa saya bukanlah calon yang sesuai utk Mr.afi nieh walopon Mr.afi sendiri ngaku dia sukakan sikap kesederhanaan...
Sekarang ni saya xtahu larh ape cite mr.afi.. yang saya tahu..dia da kuar dari hospital..kaki dia injured..siap kena pakai tongkat lagi..
TO MR.afi
maaf saya xpenah nak bg sokongan kat awk..saya pikir awk ada ramai lagi kawan2 teman2 sekeliling awak..yang dekat ngn awak..yang leyh bantu awak.. yang leyh bagi harapan ke awak..dan saya? saya...saya cuma leh perhati awak dari jauh.. saya nak tanya kabar dari awak..tapi saya xtahu nak mulakan dari mana..awak pon menyepi..mesti awak dah xingat ke saya kan..nak tanya kat kak juwita..tapi takot diherdik pulak..sebab last pesanan dari kak juwita.. dia suwo saya amek berat pasal awak, msj, call awak selalu...sebab katanya masa ni la hati awak sedang rapuh dan katanya lagi mungkin awak memerlukan seseorang.. (maaf saya xtunaikan permintaan kak juwita..)
senarnya saya..urghhh..cam ne nak cakap eh.. saya xtahu ape yang saya harus lakukan..kalaulah awak dapat baca coretan ni..awak dapat memahami x..HuHu
saya salah ke? menyesal? ye memang saya menyesal sebab saya xdapat wat pape utk awak.. saya xlayak jadi kawan baek awak mcm org laen yang baek kat awak...mungkin bagi awak..saya xperlu coretkan pape mengenai awak..maafkan saya Mr.afi.. "
..............................................TAMAT................................................
Mr.afi 
status updated

‎"Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat."

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

ada apa dengan 13 mei? sume orang tahu hari tersebut adalah hari ibu...sama a jugak macam 14 feb yang orang sambut tu..Hari Kekasih..sambutan2 ni sume ada lah ritual org luar utk memperdayakan kita umat islam... 
p/s: maaf saya tidak boleh mengulas lanjut kerana hari diluar kemampuan saya :)

meh nk kongsi ckit sejarah hari ibu... 

sejarah hari ibu  telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. pada tahun 1600 orang2 England merayakan hari mereka yang dinamakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari  Ahad keempat setiap lent. Lent adalah tempoh selama 40 hari samada dalam bulan Feb hingga Mac. dalam tempoh ini, sebahagian orang2 kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai perhormatan terhadap Mother Mary iaitu Maryam, ibu kepada nabi Isa a.s. atau Jesus yang dianggap mereka sebagai tuhan. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church yg dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memulihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap Ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. 
sumber: by Hanif Bin Idrus blog

sedikit copy paste dari squdara hanif yang aku xkenali...hehehe...
apepon, terpulang pada niat kita...xsalah nk ucap, tp janganlah sampai terikut,terpesong kearah budaya barat, sume orang tahu..ucap sayang hari pon ok kn... kalau call tu..tanyala..khabar mak..mak wat ape? sehat ke? masak ape? HeHe...

jadilah anak yang taat kepada ibu bapa..insyaAllah..dunia kamu akan selamat :) doa anak kepada kedua org tua itu penting... ^_^
mood: tgu mak datang melawat..ngeee


kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah tiada tandingan.. miss u both :(

p/s:bila lagi nak merasa ada mak/ayah mertua...HeHe n bila nk merasa diri dipanggil UMI...ekekeke... maaf

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, May 11, 2012

Wanita dan Cemburu

AssaLaMuaLaikuM wbt! ^_^

perempuan dan cemburu xdapat dipisahkan? kalau xcemburu bukan namanya perempuan<--statement HaHaHa
"cemburu tandanya sayang"
itu adalah ungkapan yang kita sering dengar...cemburu tandanya sayang, kalau xcemburu maka xsayang la eh? Ligat otak nie memikirkan ttg sesuatu utk dikongsikan..lalu mendapat satu idea "CEMBURU'.. pantas jari jemari menaip pada papan kekunci keyboard  (bukan nk study..buleh pulak ko wat belog merapu) HuHu... >_<
aku akui, semua orang bukan sahaja  wanita, malah lelaki juga mempunyai sifat cemburu..dan ini adalah fakta!! so korang jangan penah nak menyangkal.. :) 
kalau lah cemburu tu bermata, pastinya ia akan mengalirkan airmata akibat penyalahgunaan cemburu oleh segelintir orang..ok biarlah aku gantikan perkataan orang dengan wanita..sebab dah tajuk pon pasal wanita dan cemburu kan... #mekasih kerna memahami 
bila keadannya cemburu? cemburu ni meluas..samada terhadap kengkawan, adik beradik, family, mahupon jiran tetangga...tapi kat cni biarlah aku fokuskan cemburu terhadap pasangan...


Memang tidak dapat dinafikan dalaam setiap hubungan kekasih yang terjalin pastinya wujud perasaan cemburu, pada pendapat aku la kan..cemburu ini tidak akan wujud selagi kita yakin dengan kejujuran pasangan kita. istilah cemburu BUta memang femes kan kan... aku pon xterkecuali ada perasaan cemburu..tapi cemburu xbertempat pon ada...HeHe... 
ko nak cemburu ke sape..bukan ade boyapren pong =.=


ok...perempuan ini kadang xsedar senarnya..bila adanya perasaan cemburu, ianya akan mengeruhkan lagi keaadan and mungkin menyebabkan bubungan yang dibina selama nie berantakan..but sumtime cemburu tu perlu dalam situasi tertentu tapi biarkan berpada-pada ( to be fair..and xnak berat sebelah okey)... maksud aku jangan terlalu cemburu sehingga mengongkong pasangan dalam melakukan rutin harian.. tapi kalau lelaki tu nakal memang xheran lah kan kita perempuan kena perhati banyak ckit..nasibla nak wat guane...pantang nampak yang berdahi licin ckit..yang putih gebu..yang tertera status single kat FB..haaa mula lah nk "hye...asl pls.."  xkurang jugak kalau c perempuan tu jenis bg respon positif kan...tapi korang jgn lah nk ambush xtentu pasal..selidik dulu okey...normal lah kan bg lelaki tuk tertarik pada seseorang..kadang lelaki tu sedar sape lah dorang kan nk tackle awek cun mcm tu...tapi kalau laki korang still xjemu2 tu..haaa meme nak cari nahas =.=
tapi bagi aku sendiri...lau laki tu dah ade awek..meme aku xkan usik..noted that :) kalau kene kat batang hidung sendiri baru tau langit tinggi ke rendah kan..tetapi AWAS. dengan cemburu juga korang akan kehilangan orang yang di sayangi.. 

ok back to CEMBURU...perempuan cemburu sebab nak merpertahankan hak mereka utk tak nak kehilangan orang yang mereka cintai.. to all ladies..kalau korang sayangkan pakwe korang..pls jangan cemburu bute k..sebb cemburu ni merimaskan...and ni lah penyebab pertengkaran kecil jdi pertengkaran besar..so selidik2 dulu la k...anggaplah ini semua dugaan yang harus ditempuhi dalam perhubungan..
tapi...tapi...berhati-hatilah dengan perempuan iaitu pihak ketiga yang jujur akui xkesah dan akan merampas pakwe korang..haaaa...laen cite pulak.. teknik rampas merampas.. 

bagaimana pulak dengan cemburu seorang lelaki terhadap perempuan?

pendapat aku la kan..laki bila cemburu lagi bahaya dari perempuan..yela..sebab laki ni leh wat apa ja an..sampai tahu tahap dia leh kata "kalau aku xdapat minah ni..sape pon xkan dapat.." cuak x dengar?HeHe... kalau perempaun akan berlaku tarik rambu..lau laki pulak? hurmmm u kill me i'll kill u.... tapi..tapi..xsume yang macam tu.. ade jugak laki yang baek..yang ciri2 mithali katakan..bila dia cemburu..samada dia diamkan diri..or melepaskan girl tu pergi dengan berat hati.....if she comes back to u..sorry to say..my heart is not for u.. 

apepon bek laki ke perempuan ke..sama ja..jangan nak cemburu sangat k.. sebab..sebab..korang pk sendiri..janga sampai nnt merayu2 kua air mata darah sekalipon..nyesal xgune... pesanan utk diri sendiri jugak sebb aku pon kuat cemburu...HaHaha.....

bagaimana pulak dengan cemburu seorang isteri kepada suaminya?
ini cemburu yang digalakkan dalama islam...xde sape leh bantah.. tu je komen yang aku leh kasik..hehehe

notaki| 

cinta bunga kan layu..cinta manusia kan pergi..cinta Allah kekal abadi

pepatah: kumbang bukan seko..bunga bukan sekuntum <----ingat tu...




Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan